Now Reading
[Video] Ramai Cemas Lihat Momen Ibu Mengandung Dibawa Ke Hospital Naik Axia

[Video] Ramai Cemas Lihat Momen Ibu Mengandung Dibawa Ke Hospital Naik Axia

Menerusi video tersebut, pemandu kereta berkenaan bagaimanapun berjaya membawa rakannya yang ingin bersalin ke hospital.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Saat cemas menunggu kelahiran pasti menjadi pengalaman yang mendebarkan, bukan hanya bagi si ibu tetapi juga mereka yang berada di sekeliling.

Dalam keadaan begini, setiap minit terasa begitu lama, dan perjalanan ke hospital boleh menjadi satu momen penuh tekanan.

Itulah yang terjadi pada sekumpulan rakan kerja apabila mereka berdepan situasi mencabar membawa seorang rakan mereka ke hospital selepas dia mula menunjukkan tanda-tanda ingin bersalin.

Baca Artikel Berkaitan: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu

Baca Artikel Berkaitan: Tips Buat Wanita Yang Bersalin Normal Agar Tiada Koyakan

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya!

Lelaki Pandu Rakan Ingin Bersalin Ke Hospital

Detik penuh debaran itu bukan sahaja dialami oleh mereka di dalam kereta, malah turut sempat dirakam dan dikongsi di laman TikTok (@rosierosechann).

Video tersebut memaparkan seorang pemandu lelaki bersama tiga orang rakan perempuan dalam perjalanan ke hospital.

Salah seorang daripada mereka merupakan wanita yang sedang menahan kesakitan untuk bersalin.

Kelihatan juga salah seorang daripada rakannya cuba menenangkan dengan si ibu itu dengan mengusap perutnya.

Rakaman Dari Pelbagai Sudut

Menariknya, video itu dirakam dari pelbagai sudut, memperlihatkan situasi dari dalam dan luar kenderaan.

Ketika mereka tiba di sebuah persimpangan, seorang kenalan yang kebetulan berada di jalan yang sama turut merakam detik tersebut dari arah belakang.

Kereta yang dipandu lelaki tersebut memasang lampu kecemasan sambil menyusuri dan mencelah ruang yang ada demi memastikan rakan mereka sampai ke hospital secepat mungkin.

Dari sudut itu, kelihatan beberapa pemandu lain memberikan laluan kepada mereka yang dalam kecemasan.

https://www.tiktok.com/@rosierosechann/video/7478960091350256903?_r=1&_t=ZS-8ubulaEyPMG
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Kongsi Pengalaman Naik Kereta Ke Hospital Ketika Ingin Bersalin

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman berdepan situasi hampir serupa.

Sumber: TikTok @rosierosechann
Sumber: TikTok @rosierosechann
Sumber: TikTok @rosierosechann

Malah ada juga yang meluahkan rasa debar melihat situasi itu. Walaupun suasana dalam kereta kelihatan tenang, netizen tetap merasakan tekanan yang dihadapi mereka ketika bergegas ke hospital.

Sumber: TikTok @rosierosechann
Sumber: TikTok @rosierosechann
Sumber: TikTok @rosierosechann

Selain itu, seorang pengguna TikTok menasihatkan agar ibu hamil, terutama yang bakal bersalin anak kedua agar tidak berlengah ke hospital.

Menurutnya, proses bersalin anak kedua biasanya lebih cepat kerana laluan sudah terbuka, jadi sebarang kelewatan adalah berisiko.

Sumber: TikTok @rosierosechann

Kalau Ibu Bersalin Dalam Kereta, Lokasi Anak Dilahirkan Dalam Surat Beranak Dikira Di Mana?

Terdahulu, pernah juga berlaku satu kejadian di mana seorang ibu melahirkan anak keduanya dalam kereta.

Memetik laporan Says tentang kejadian berkenaan, tiada jawapan tepat mengenai alamat yang akan dicatatkan dalam sijil kelahiran bagi bayi yang lahir di luar hospital.

“Hospital tak keluarkan surat perakuan bersalin di hospital sebab saya bersalin di kereta. Tali pusat juga dipotong dalam kereta, uri keluar dalam ambulans. Suami kena buat report polis dan dapatkan surat perakuan DUKE atas arahan JPN.

“Ini anak kedua saya. Saya rasa takut dan lega waktu itu. Baby selamat, lepas keluar dia menangis kuat. Semestinya ia tak semudah bersalin seperti di wad hospital. Saya sendiri yang sambut baby sebab suami bawa kereta ke Hospital UM,” ujar ibu berkenaan.

Pengguna TikTok pula berkongsi pengalaman berbeza-beza tentang alamat dalam sijil lahir mereka.

Ada yang berkata alamat tertera dalam surat beranak adalah alamat hospital. Tetapi, tempat kelahiran sebenar hanya akan disimpan untuk rekod hospital sahaja.

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Barang Berguna Untuk Beri Kepada Pasangan Yang Baru Dapat Anak

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Di AS Berjaya Lakukan Pembedahan Otak Bayi Dalam Janin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd