Now Reading
[Video] Kapal Terbang Mainan Jatuh Terkena Orang, Gelagat Comel Anak Ini Minta Maaf Raih Perhatian

[Video] Kapal Terbang Mainan Jatuh Terkena Orang, Gelagat Comel Anak Ini Minta Maaf Raih Perhatian

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan kelihataan “cair” dengan cara sopan kanak-kanak lelaki itu meminta maaf padanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kanak-kanak yang masih kecil mudah meniru apa sahaja yang mereka lihat di sekeliling. Oleh itu, didikan sejak awal sangat penting dalam membentuk peribadi yang baik.

Mereka yang diajar untuk bersikap sopan dan menghormati orang lain sejak kecil cenderung membesar dengan peribadi yang positif. Sikap seperti meminta maaf apabila melakukan kesilapan adalah antara nilai penting yang perlu diterapkan.

Lebih menarik, ada kanak-kanak yang bukan sahaja tahu meminta maaf, tetapi melakukannya dengan cara yang sangat menyentuh hati.

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-kanak Selamba Tabur Bedak Ketika Abang Tidur Cuit Hati [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Sulung Tabur Beras Kerana Merajuk Dapat Adik Baru Buat Ramai Terhibur

Anak Ini Minta Maaf Dengan Penuh Sopan

Menerusi video yang tular di laman TikTok (@i4myuki), seorang kanak-kanak lelaki mencuri perhatian ramai apabila tampil meminta maaf dengan penuh sopan selepas tidak sengaja membaling kapal terbang mainan hingga terkena seorang wanita.

Dalam klip tersebut, pemilik video sedang merakam pemandangan pantai sebelum satu kapal terbang mainan tiba-tiba jatuh terkena belakang rakannya yang berada di hadapan.

Terkejut dengan kejadian itu, wanita berkenaan sempat melatah sebelum seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai pemilik mainan tersebut segera datang menghampiri.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah cara kanak-kanak tersebut meminta maaf. Dia memegang kedua-dua pipi wanita itu sambil mengusap perlahan dan meminta maaf.

https://www.tiktok.com/@i4myuki/video/7480554240692456711?_t=ZS-8ucHLHuA88d&_r=1
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Puji Tindakan Kanak-Kanak Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap sopan kanak-kanak ini yang segera meminta maaf dengan penuh keikhlasan. Malah ada yang memuji melihat kecomelannya.

Sumber: TikTok @i4myuki
Sumber: TikTok @i4myuki

Ramai yang beranggapan bahawa budak itu pasti telah dididik dengan baik oleh ibu bapanya kerana adab seperti ini biasanya dipelajari dari rumah.

Sumber: TikTok @i4myuki
Sumber: TikTok @i4myuki

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Pasrah, Anak Masukkan Sirap Dalam Lauk Lemak Labu Buat Ramai Geli Hati [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd