Now Reading
“Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian

“Terima Kasih Orang Baik” – Wakaf Barang Keperluan Di Surau, Dua Sahabat Raih Pujian

Menerusi video tersebut, kedua-dua wanita berkenaan membeli barangan seperti selipar dan tisu untuk diwakafkan kepada beberapa surau stesen MRT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk melakukan kebaikan kepada manusia. Ada yang lebih senang menghulurkan wang ringgit, ada juga yang memilih untuk menawarkan perkhidmatan atau kemahiran secara percuma.

Walaupun nampak kecil, setiap kebaikan yang dilakukan boleh memberi makna yang besar. Amalan seperti ini menjadi salah satu cara mencari keberkatan agar Allah memudahkan segala urusan.

Begitulah yang dilakukan dua wanita ini apabila mereka mengwakafkan barangan di surau-surau MRT sekitar Selangor dalam mencari keberkatan di bulan Ramadan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Christy Ng Penuhi Pantri Khas Buat Staf Sempena Ramadan, ‘Supplements’ Pun Ada!

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Mana Nak Derma Barang Preloved Di Bulan Ramadan? Ini List Dari DBKL

Dua Rakan Sedekah Barang Di Surau MRT

Menerusi perkongsian di TikTok (@izzhazhri), dua rakan ini meraih perhatian ramai selepas berkongsi usaha mereka mengwakafkan beberapa barangan ke surau-surau MRT sekitar Selangor.

Di awal video, kelihatan dua sahabat ini sedang membeli-belah barangan yang akan diwakafkan ke surau. Barangan yang dibeli ialah selipar, ‘makeup wipes’ serta tisu.

Setelah itu, mereka dilihat mengusung beg plastik berisi barangan tersebut sebelum meletakkannya di beberapa surau stesen MRT yang dikunjungi.

Walaupun tidak dirakam secara langsung, beberapa barangan tersebut sudah siap ditanda dengan perkataan “wakaf.”

https://www.tiktok.com/@izzhazhri/video/7479840666730679560?_t=ZS-8uc8sLqQOQM&_r=1

“Kami Perlu Doa Yang Baik-Baik Di Bulan Ramadan”

Menurut kapsyen yang ditulis, tujuan utama mereka melakukan wakaf ini adalah untuk mendapatkan doa yang baik-baik sepanjang bulan Ramadan.

Turut menambah, mereka pada asalnya bercadang untuk wakafkan barangan itu di setiap stesen MRT, namun mengakui keletihan selepas beberapa lokasi.

Oleh itu, baki barangan akhirnya diwakafkan di surau IOI Mall agar dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.

Ramai Luah Rasa Syukur & Kongsi Pengalaman Guna Barang Wakaf Mereka

Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa syukur atas usaha mereka. Ada yang berkongsi pengalaman pernah menggunakan makeup wipes yang diwakafkan.

Sumber: TikTok @izzhazhri
Sumber: TikTok @izzhazhri

Malah ada seorang pengguna TikTok turut menceritakan kisah kakaknya yang singgah solat di surau MRT dan kebetulan memerlukan ‘makeup wipes’ berkenaan.

Sumber: TikTok @izzhazhri

Seperti yang diinginkan kedua-dua sahabat berkenaan, ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka atas inisiatif yang diambil untuk memudahkan urusan orang lain.

Sumber: TikTok @izzhazhri
Sumber: TikTok @izzhazhri
Sumber: TikTok @izzhazhri

Wakaf Dan Kepentingannya Berdasarkan Pejabat Mufti

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, wakaf sangat digalakkan dalam Islam kerana pahalanya berterusan selagi harta tersebut dimanfaatkan.

Rasulullah bersabda, apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.

(Hadis Riwayat Muslim, No. 1631)

Antara kepentingan wakaf ialah membantu golongan yang memerlukan, memudahkan urusan masyarakat, serta menjadi bekalan pahala berterusan bagi pewakaf.

Selain itu, wakaf juga memainkan peranan dalam pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam. Dalam konteks moden, wakaf boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, termasuk menyediakan kemudahan asas di tempat awam seperti surau dan masjid.

Amalan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima tetapi juga menjadi satu bentuk pelaburan akhirat bagi pewakaf kerana ganjaran pahalanya yang berterusan.

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Buang Je” – Peniaga Dipuji Sedekah Nasi Beriani Extra Buat Pengunjung Bazar Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd