Now Reading
“Cabaran Mental Berbanding Fizikal” – Doktor Non-Muslim Kongsi Momen Cuba Berpuasa

“Cabaran Mental Berbanding Fizikal” – Doktor Non-Muslim Kongsi Momen Cuba Berpuasa

Menurut pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Kevin Kong, berpuasa pada ketika ini adalah lebih mudah buatnya berbanding minggu pertama yang disifatkan seperti mod survival.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, para Muslim kini sedang menunaikan rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa. Pejam celik pejam celik, kini sudah masuk hari ke-11 dah bulan Ramadan.

Selain mendapat ganjaran pahala, amalan berpuasa ini sebenarnya banyak memberi kesan baik terhadap kesihatan seseorang. Sebagai contoh, badan anda akan lebih bertenaga jika mengambil pemakanan yang seimbang ketika bersahur.

Tertanya-tanya tentang manfaatnya, anda boleh lihat semakin ramai individu bukan Muslim mahu menyertai rakan umat Islam yang lain untuk berpuasa pada bulan ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Non-Muslim Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Nasihat Jangan Minum Air Kosong Sahaja Ketika Sahur, Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: “Seronok Semua Harmoni” – Non-Muslim Sertai Buka Puasa Di Dataran Putrajaya Raih Perhatian

Doktor Non-Muslim Kongsi Pengalaman Berpuasa Hari Ke-7

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila pakar kesihatan dikenali sebagai (@drkevinkong7) berkongsi dan mengulas tentang pengalaman puasanya setakat ini.

Menurut Dr Kevin, tubuh badan akhirnya terbiasa dengan rutin menahan lapar dan dahaga selepas tujuh hari berpuasa. Pada setiap hari, pakar kesihatan tersebut akan bersahur jam 6 pagi.

“Saya rasa kurang penat bangun awal pagi dan saya boleh rasa perubahan dalam badan. Hari ni hari rehat saya, jadi saya ada masa untuk relax dan fikir semula (tentang perjalanan berpuasa),” ujarnya.

Jelasnya lagi, minggu pertama berpuasa disifatkan seperti mod survival yang mana dia perlu menahan lapar dan dahaga sehinggalah azan Maghrib berkumandang.

Namun selepas sudah mula terbiasa, dia tidak lagi berdepan dengan masalah terbabit.

Puasa Uji Mental Berbanding Fizikal

Tambah pakar itu, amalan berpuasa ini lebih menguji kesabaran mental berbanding fizikal seseorang. Malah, bersukan selepas berbuka puasa juga adalah lebih mudah baginya yang mana dia tidak berasa begitu letih.

“Dah masuk seminggu (berpuasa). Perubahan tenaga, minda lebih jelas dan saya belajar bahawa disiplin mengatasi motivasi,” kata Dr Kevin di ruangan kapsyen.

@drkevinkong7 One week in. Energy's shifting, mindset's clearer, and I’m learning that discipline beats motivation every time. #ramadan #FastingAsANonMuslim #doctorlife ♬ AlHijratu – Mohamed Youssef

Tonton video penuh [DI SINI].

Di bawah ini, kami kongsikan juga beberapa klip Dr Kevin menunjukkan rutin berpuasanya pada bulan mulia ini.

@drkevinkong7

Day 6 of my fasting as a non Muslim doctor

♬ AlHijratu – Mohamed Youssef

Tonton video penuh [DI SINI].

@drkevinkong7 Fasting is teaching me more than I thought. Hunger fades, but perspective lasts. #ramadan #gratitude #MindOverMatter #doctorlife ♬ AlHijratu – Mohamed Youssef

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kongsi Tips Kepada Dr Kevin Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pendapat Dr Kevin selain berkongsi cabaran dilalui oleh mereka sepanjang bulan Ramadan.

“Part paling susah adalah apabila korang kena bercakap banyak pada sepanjang hari,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga sempat memberikan tips untuk kekal cergas ketika berpuasa seperti yang diminta oleh Dr Kevin sendiri.

“Doktor boleh cuba iftar di masjid. Tu cara baik untuk naikkan lagi motivasi untuk teruskan berpuasa selama 30 hari,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, sesetengah individu turut memuji pakar kesihatan itu kerana tidak berputus asa mencuba sesuatu yang baharu.

“Doktor dah buat yang terbaik dah. Malah lebih bagus berbanding segelintir orang Muslim. Saya nampak keikhlasan hati dan kekuatan dalaman doktor. Good job! Bagi saya, berpuasa mendorong minda yang lebih sihat,” kata seorang warganet.

Sumber: TikTok (@drkevinkong7)

Ceddy Mula Berpuasa Pada Bulan Ramadan Bermula Tahun 2023

Sebelum ini pada tahun 2023, Content Creator Ceddy turut berkongsi pengalamannya cuba berpuasa buat kali pertama.

Untuk permulaan, dia masih boleh menahan lapar sekitar jam 3 petang dengan beralaskan tujuh buah kurma sahaja ketika bersahur.

Perkongsian Ceddy berpuasa penuh buat pertama kali mendapat reaksi positif dari orang ramai dan mereka meminta Ceddy untuk memberitahu tentang pengalaman peribadinya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Soo Wincci & Ceddy Kongsi Tips Buat Non-Muslim Yang Ingin Cuba Puasa Tahun Ini, Take Note!

Tidak terhenti di situ, Ceddy tetap bersemangat untuk meneruskan puasa sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini (2025) juga. Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, Ceddy kerap kali berkongsi rutinnya mengambil sahur dan juadah berbuka puasa pada setiap hari.

Alhamdulillah, nampaknya Ceddy dah pro berpuasa seperti umat Islam yang lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd