[Video] Ramai Tertarik Dengar Laungan Azan Dengan Alunan Takbir Raya
Berdasarkan perkongsian di ruangan komen, difahamkan azan tersebut adalah jenis Tarranum Jiharkah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umat Islam pasti merindui mendengar takbir raya yang bergema di hari raya bagi mengagungkan dan membesarkan Allah SWT.
Manakan tidak, ia hanya dilaungkan dua kali setahun iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Mungkin ramai tidak tahu, sebenarnya terdapat seruan azan yang diucapkan dengan alunan seakan-akan takbir raya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Berusia 8 Tahun Curi Perhatian Ramai Apabila Ada Suara Sedap Ketika Azan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Bilal Tutup Lubang Telinga Semasa Laungkan Azan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Mat Saleh Terbang Ke Malaysia Demi Sambut Ramadan, Kagum Dengar Laungan Azan
Bilal Laungkan Azan Berlagu Takbir Raya
Satu video yang dikongsi di akaun TikTok (@baharizulkifl) merakam suara merdu azan Isyak yang dilaungkan bilal di sebuah surau di Cheras.
Namun apa yang menariknya, azan Isyak tersebut dilaungkan dalam alunan tidak ubah seperti takbir raya.
“Bilal muda Idzham laungkan azan Isyak takbir raya nak panggil orang datang surau,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi video terbabit, ruangan jemaah lelaki masih kelihatan agak kosong ketika azan sedang dilaungkan.
Video berdurasi 3.36 minit itu telah mula dirakam pada lafaz azan اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ kedua sehinggalah selesai.
Tonton video penuh [DI SINI].
Azan Alunan Takbir Raya Tidak Mudah Dibawa
Mendengar suara azan yang merdu dan mendayu-dayu itu sememangnya mengingatkan kita kepada takbir raya. Seorang individu dipercayai jemaah di surau sama berkata dia juga terperanjat apabila mendengar laungan azan tersebut.
Berdasarkan perkongsian beberapa pengguna media sosial, azan dengan alunan takbir raya itu turut dilaungkan di tempat lain.
Namun ramai yang berkongsi bahawa azan itu tidak mudah untuk dilaungkan dan boleh tersilap menjadi takbir jika bilal tidak fokus. Seorang lagi memuji bilal terbabit kerana sudah mahir melaungkan azan sedemikian.
Ada juga yang berkata azan dengan alunan takbir raya itu memudahkan bilal untuk mengawal nafas.
Menurut seorang lelaki yang mempelajari taranum, azan sedemikian digelar sebagai Azan Tarranum Jiharkah.







Tarannum Jiharkah Sesuai Bagi Ayat Al-Quran Meminta Pengampunan
Berdasarkan laman web Haraki, tarannum Jiharkah merupakan salah satu kaedah membaca al-Quran dan sering digunakan bagi menceritakan tentang sebuah rintihan, meminta pengampunan, sebuah doa mahupun soal hari kiamat.
Memandangkan alunannya mampu membuatkan pembaca dan pendengar berasa terharu, ia sesuai digunakan bagi membaca ayat al-Quran yang meminta pengampunan daripada Allah SWT.
Diingatkan bahawa setiap jenis tarannum mempunyai sifatnya yang tersendiri dan perlu dipilih dengan betul ketika membaca suatu ayat al-Quran agar mesej dapat disampaikan dengan jeles.
Berikut merupakan cara membaca surah Al-Fatihah dengan tarranum Jiharkah.
5 Jenis Azan Yang Mudah Dibawa Oleh Bilal
Jika anda pernah berkunjung ke lain, lebih-lebih lagi negara Islam, pasti pernah mendengar laungan azan dengan alunan berbeza.
Selebriti TV AlHijrah, Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin, sebelum ini telah berkongsi lima jenis azan yang mudah dibawa oleh bilal iaitu:
- Azan Bayyati
- Azan Hijjaz
- Azan Nahawand
- Azan Jiharkah
- Azan Rast
Mengendar laungan azan sememangnya menjadi peringatan buat umat Islam untuk menyegerakan kewajipan solat fardu.
Bukan itu sahaja, malah ada juga daripada kalangan mereka yang bukan beragama Islam gemar menikmati suara merdu azan, lebih-lebih lagi apabila menetap di negara Islam atau majoriti penduduk Muslim.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Reaksi Lelaki Non-Muslim Terkesima Dengar Alunan Azan Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Terus Solat Lepas Masuk Waktu Walau Tak Dengar Laungan Azan?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



