Now Reading
[Video] Murtabak Isi Selambak Buat Ramai Puas Hati, Siap Minta Nak Beli Frozen!

[Video] Murtabak Isi Selambak Buat Ramai Puas Hati, Siap Minta Nak Beli Frozen!

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pekerja menggunakan dua senduk daging dan dua biji telur untuk membuat murtabak berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tiba bulan Ramadan, terdapat beberapa makanan yang popular serta sering dicari oleh orang ramai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Sebagai contoh apabila tiba sahaja bulan puasa ramai yang akan mencari kuih tepung pelita, roti john, air katira, martabak dan banyak lagi.

Malah jika berkunjung di mana-mana bazar ramadan pasti ini merupakan salah satu gerai yang mempunyai ramai pelanggan beratur untuk membeli makanan berkenaan.

Murtabak isi selambak raih perhatian ramai

Baru-baru ini, seorang peniaga martabak di Jerantut, Pahang telah menarik perhatian ramai kerana juadahnya yang mempunyai kelainan berbanding di tempat lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nadeamart di TikTok, kedai itu dikenali sebagai Murtabak Jerantut Ferry, tidak kurang ada yang menggelarnya murtabak feri.

Dalam video tular berkenaan, kelihatan pekerja yang sedang membuat martabak itu meletakkan isi yang begitu banyak ke atas doh roti sebelum melipatnya.

Sebaik ia dilipat, pekerja berkenaan kemudian membentuknya dengan baik sebelum mengangkat doh berkenaan agar ia tidak terkoyak dan menyebabkan isi jatuh.

Tidak lama kemudian, kelihatan dia meletakkan martabak yang dibuat ke atas pan panas untuk dimasak.

Isi martabak begitu tebal

Di atas pan tersebut kelihatan banyak martabak yang mempunyai saiz sama dan kelihatan ia begitu tebal.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan kelihatan pekerja menunjukkan inti yang diletakkan dalam murtabak terbabit selepas ada yang bertanya adakah ia dipenuhi bawang dan kobis.

Letak banyak daging, bawang dan telur

Menerusi video dikongsikan pekerja menunjukkan dia meletak sebanyak dua senduk isi daging, dua senduk bawang, dan dua biji telur yang digunakan untuk satu hidangan martabak.

Kesemua bahan-bahan itu kemudiannya digaul bersama sehingga sebati sebelum diletakkan di atas doh untuk dimasak.

Turut kelihatan dalam sehari, peniaga menjual martabak dalam kuantiti yang begitu banyak mungkin kerana mendapat permintaan tinggi dari pelanggan.

“Jika ditanya apa spesial murtabak Jerantut ini? Jawapannya satu je murtabak ini dibuat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran,” katanya di ruangan kapsyen.

Ramai nak beli martabak, sanggup bayar mahal kerana isi banyak

Melihat di ruangan komen, ramai yang ingin mencuba martabak berkenaan kerana teruja melihat isi yang banyak.

Pihak Nadea Mart turut memaklum disebabkan saiz yang besar dan tebal, martabak itu mengambil masa yang sedikit lama untuk dimasak. Dia juga menyifatkan ia boleh dimakan lebih 4 orang.

Tidak kurang juga ada yang membezakannya dengan mengatakan kebiasaannya martabak yang dijual di tempat lain begitu nipis, is tidak banyak namun mempunyai harga yang mahal.

Di ruangan komen, Nadea Mart turut memaklumkan harga bagi sekeping martabak adalah RM18 sahaja.

Ada juga mengatakan mereka sanggup membayar harga yang mahal asalkan ia sedap dan berpatutan dengan saiz dan sebagainya.

Malah ada yang sanggup membeli martabak yang telah dibekukan memandangkan mereka tinggal di kawasan jauh namun masih ingin merasainya.

“Ni baru betul martabak, selalunya senipis A4.”

This image has an empty alt attribute; its file name is martabak-isi-selambak-1.jpg

“Semalam beli martabak dalamnya penuh bawah je. Isinya sekelumit ayam pun tak ada.”

This image has an empty alt attribute; its file name is martabak-isi-selambak-2.jpg

“Wuu penah makan sini dulu, memang puas hati. Kalau betul-betul lapar dicadangkan makan sini. Saya dulu siap bawa balik Kuala Lumpur makan dalam kereta.”

This image has an empty alt attribute; its file name is martabak-isi-selambak-3.jpg

“Adoi rindunya terngiang-ngian rasanya. Sedap..”

This image has an empty alt attribute; its file name is martabak-isi-selambak-4.jpg

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd