Now Reading
[Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas

[Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas

Menerusi rakaman itu, pemilik video beberapa kali cuba menarik keluar tangan si comel, namun ia tetap berkeras mahu terus “lepak” di dalam peti ais.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pencinta kucing pasti sudah lali dengan perangai dan kerenah si bulus di rumah. Baik baka mahal mahupun kucing kampung.

Semakin membesar, semakin bertambah telatahnya, terutama dalam membuat pilihan. Tak ubah seperti manusia.

Baru-baru ini, seekor kucing mencuri perhatian apabila dilihat “bersantai” di dalam peti ais akibat kepanasan dan enggan dikeluarkan oleh tuannya.

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Nak Campak” – Tukang Sapu Dipuji Lepas Angkat Kucing Di Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur

Kucing ‘Santai’ Dalam Peti Ais

Baru-baru ini tular satu rakaman gelagat seekor kucing yang dikongsi di laman TikTok (@sislynnn).

Video tersebut memaparkan si bulus dengan selambanya berbaring di dalam peti ais dan enggan keluar meskipun ditarik berkali-kali.

“Menggelupur kalau tak ada ‘aircond’. Lepastu pantang nampak peti terbuka, terus nak ‘landing’ di dalam,” tulis pemiliknya di kapsyen.

Pemilik video menambah gurauannya di video dengan menyatakan bahawa ini adalah ragam seekor kucing bandar apabila dibawa pulang ke kampung.

https://www.tiktok.com/@sislynnn/video/7480149845668351239?_r=1&_t=ZS-8uZtjoNtwWd
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur Dengan Aksi Spontan Kucing Itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagatnya. Ada yang berkongsi pengalaman sama membela si comel yang ‘demand’ seperti kucing berkenaan.

Sumber: TikTok @sislynnn
Sumber: TikTok @sislynnn

Turut bergurau dengan mengatakan si bulus perlu dididik dari kecil supaya tidak membesar dan menjadi anak manja.

Sumber: TikTok @sislynnn
Sumber: TikTok @sislynnn

Beberapa pengguna turut menambah gurauan mereka dengan menjelaskan bahawa si hitam itu mungkin kepanasan kerana ‘memakai tuxedo’ dan stoking tebal.

Sumber: TikTok @sislynnn
Sumber: TikTok @sislynnn

Kucing Cari Tempat Sejuk Adalah Tanda Demam, Betul Ke?

Kucing sememangnya boleh merasakan perubahan suhu, sama ada sejuk atau panas. Jadi, jika si bulus tiba-tiba gemar mencari tempat yang lebih sejuk daripada biasa, itu bukan bermakna ia mengalami demam.

Namun, ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan kucing anda tidak sihat. Antaranya:

  • Kurang aktif – Jika sebelum ini aktif ke sana sini tetapi tiba-tiba hanya terbaring dan tidak bermaya, itu mungkin petanda suhu badannya meningkat.
  • Tidur berlebihan – Kucing memang suka tidur. Tetapi jika masanya lebih lama daripada kebiasaan, anda perlu mula ambil berat.
  • Hilang selera makan dan minum – Demam boleh mengganggu metabolisme badan, menyebabkan kucing kurang berminat untuk makan atau minum.

Jika tanda-tanda ini berlarutan, sebaiknya bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kucing Didakwa Dicampak Keluar Dari Kereta Bikin Ramai Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd