Now Reading
[Video] Dua Kucing ‘Santai’ Lepak Dalam Keranda Curi Tumpuan Ramai

[Video] Dua Kucing ‘Santai’ Lepak Dalam Keranda Curi Tumpuan Ramai

Menerusi video tersebut, kedua-dua si bulus sedang berehat dalam keranda sebelum perakam menyedarinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pencinta kucing pasti sudah biasa dengan perangai si bulus yang suka mencari tempat unik untuk berehat.

Namun, dua ekor kucing ini memilih lokasi yang langsung di luar jangkaan iaitu di dalam sebuah keranda.

Kucing sememangnya gemar tempat yang selesa dan terlindung, tetapi aksi bersahaja mereka melepak dan tidur dalam keranda ini benar-benar mencuri perhatian.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur

Santai Macam Bilik Sendiri

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh pengguna TikTok (@mhmdnrazlan), kelihatan dua ekor kucing selamba sahaja ‘melepak’ dalam sebuah keranda.

Video berkenaan mencuit hati ramai kerana gelagat mereka yang bersahaja, seolah-olah tidak ada apa yang pelik dengan pilihan tempat itu.

Pemilik video turut menambah gurauannya di kapsyen video dengan menulis:

“Amboi, anak beranak lepak dalam ‘banglo’ eh,” tulisnya ringkas.

https://www.tiktok.com/@mhmdnrazlan/video/7480093656888675602?_t=ZS-8uaP9Bh4FG6&_r=1
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Soalan ‘Pelik’ Mula Timbul

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat aksi dua ekor kucing tersebut. Seperti biasa, netizen tidak boleh lari daripada bergurau.

Ada yang tertanya-tanya mengapa dalam keranda tersebut terdapat beberapa bantal kecil.

Tidak lama kemudian, ada yang menjelaskan bahawa bantal itu digunakan untuk menyendal jenazah supaya tidak bergerak.

Sumber: TikTok @mhmdnrazlan
Sumber: TikTok @mhmdnrazlan
Sumber: TikTok @mhmdnrazlan

Namun, soalan paling mencuit hati datang daripada seorang netizen yang bergurau, “Kalau jenazah alergik kucing, macam mana?”

Sumber: TikTok @mhmdnrazlan

Entah bagaimana dua ekor kucing ini boleh terfikir untuk melepak dalam keranda, tetapi yang pasti, aksi mereka telah menceriakan ramai orang!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kucing Didakwa Dicampak Keluar Dari Kereta Bikin Ramai Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd