[Video] Aksi Pantas Rider Selamatkan Anak Kucing Comel Bawah Flyover Raih Pujian
Menerusi video tular, kelihatan anak kucing itu sedang duduk di bawah jejambat sekitar LRT Jelatek dalam keadaan ketakutan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, semakin banyak pula haiwan comel yang terkandas di atas jalan raya. Ada yang dibuang, dan ada juga yang tersesat hingga berada di situ.
Namun kebanyakan haiwan tersebut sebagai contoh kucing tidak tahu cara untuk menyelamatkan diri mereka daripada trafik yang sesak. Ia sekaligus menyebabkan banyak kucing yang mati atau terlibat kemalangan semasa berada di atas jalan.
Sebagai individu yang berperikemanusiaan, adalah tanggungjawab kita bagi menyelamatkan kucing berkenaan sekiranya mampu. Mana tahu, tindakan murni itu menjadi asbab anda menjejakkan kaki ke syurga.
Baca Artikel Berkaitan: “Hero Tak Beruniform” – Sekumpulan Lelaki Selamatkan Kucing Dari Kebakaran Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Sukarelawan & Pelajar Selamatkan Kucing Terbiar Di UM Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: “Si Bulus Ni Tak Berdosa” – Ramai Hiba Lihat 4 Anak Kucing Dicampak Ke Sungai
Rider Foodpanda Bantu Selamatkan Anak Kucing Tersadai Tepi Jalan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang rider penghantar makanan Foodpanda dikenali sebagai Aus (@_aus99) berkongsi situasi semasa dalam perjalanan menuju ke sebuah bazar Ramadan sekitar LRT Jelatek, Ampang Jaya.
Semasa berada di atas jalan raya, Aus terserempak dengan seekor anak kucing yang tersesat di bawah tembok jejambat (flyover). Dalam video tersebut kelihatan si bulus sedang duduk dalam kedudukan seperti loaf, kerana berasa takut dengan lalu lintas yang sibuk itu.
Prihatin dengan keselamatan anak kucing berwarna hitam dan putih tersebut, Aus dengan segera menghentikan motosikal dan melintasi jalan bagi mengambil si comel.
Selepas berjaya menyelamatkannya, Aus kemudian meletakkan kucing berkenaan di atas beg penghantaran.
“Comelnya! Kembangnya bulu, kesiannya,” kata Aus sambil mengusap kepala si bulus bagi menenangkannya.

Aus Bela Si Bulus Kerana Terlalu Comel!
Oleh disebabkan rasa kesian dan terlalu comel, Aus mengambil keputusan untuk membela kucing itu. Lelaki terbabit turut memberikan nama ‘Popcorn’ buat haiwan peliharaan baharunya.
“Al kisahnya tengah laju nak hantar order sebab nak pergi bazar untuk iftar. Tiba-tiba nampak kucing ketakutan dekat situ (tepi jalan raya) terus berhenti untuk selamatkan risau kene langgar.
“Alhamdulillah terus ambil bawa balik sebab dia comel sangat,” kata Aus di ruangan kaspyen.
@_aus99 al kisahnya tengah laju nak hantar order sbb nak pegi bazaar untuk iftar😅, tiba ii nampak kucing ketakutan kt situ.. terus berhenti untuk selamatkan risau kene langgar , alhamdulillah terus amik bawak balik sbb dia comel sgt😂 #petlovers ♬ original sound – Ausssss
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Tindakan Rider Selamatkan Anak Kucing Tersadai Tepi Jalan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang memuji tindakan rider itu kerana cepat bertindak menyelamatkan si bulus.
“Saya perasan kebanyakan rider-rider kerap jumpa anak kucing tepi jalan. Selamatkan dan ambil bela. Baik betul hati korang. Semoga dimurahkan rezeki kalian,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ada juga yang sempat berkongsi tips kepada Aus untuk menjaga anak kucing.
“Jaga elok-leok bang. Jangan bagi susu Dutch Lady, susu kambing okay. Elak bagi makanan basah sebagai makanan utama. Selang 1-2 kali dalam masa dua minggu okay. Mungkin dia asbab rezeki abang melimpah ruah lepas ni,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga mendoakan agar urusan Aus selepas ini dipermudahkan oleh Allah SWT.




Lelaki Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi
Sebenarnya ramai sahaja di kalangan masyarakat yang prihatin dengan nasib haiwan terbiar. Seperti tahun lalu, seorang lelaki bertindak menyelamatkan kucing yang terjatuh ke dalam dalam sebuah perigi yang gelap gelita.
Menerusi video perkongsian, kelihatan si bulus sedang mengiau dengan kuat tanpa henti seolah-olah sedang meminta bantuan sesiapa di kawasan sekitar.
Menyedari perkara tersebut, lelaki itu dengan pantas mengikat seutas tali pada sebuah bakul kosong. Bakul tersebut kemudian diturunkan secara perlahan-lahan ke dalam perigi. Tidak lama selepas itu, si bulus telah memasuki bakul yang disediakan.
Tanpa membuang masa, ‘wira’ berkenaan mengangkat bakul secara perlahan-lahan bagi menyelamatkan si comel itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Pekerja Zoo Selamatkan Anak Kucing Dalam Kandang Harimau Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Ni Misi Menyelamatkan Diri” – Cara Lelaki Ini Selamatkan Anak Kucing Lain Dari Yang Lain
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.