Now Reading
“Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai

“Tak Perlu Sesakkan Highway” – Ramai Puji Tindakan Dua Individu Terbabit Kemalangan Terus Ke Balai

Difahamkan, kedua-dua pemandu kereta tersebut bersetuju untuk terus ke balai polis bagi menyelesaikan masalah mereka untuk mengelakkan lebuh raya bertambah sesak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan jalan raya tidak dinafikan memang sering terjadi, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Biarpun hanya insiden kecil, ia tetap boleh menyebabkan lalu lintas semakin sesak, apatah lagi dengan keadaan trafik yang sedia ada.

Namun, berbeza dengan dua individu ini yang mencapai kata sepakat untuk terus ke balai perlahan-lahan bagi mengelak kesesakan yang lebih kronik di lebuh raya.

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Tak Nak Keluar Kereta” – Gelagat Driver E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Insiden Paling Kelakar Pernah Aku Tengok” – Netizen Terhibur 2 Individu Bertikam Lidah Atas Jalan, Akhirnya Berdamai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Pemandu Tampal Sticker Lesen ‘P’ Penuh Kereta Buat Ramai Terhibur

Dua Individu Pandu Kereta Terlibat Kemalangan Ke Balai

Menerusi rakaman yang dikongsi di laman TikTok (@tomtom20098), kelihatan dua buah kereta yang mengalami kerosakan sedang bergerak di atas lebuh raya.

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Veloz berwarna ‘maroon’ terlibat dalam kemalangan dengan sebuah sedan putih Hyundai Ioniq. MPV tersebut merupakan kenderaan yang dilanggar, manakala sedan adalah kenderaan yang melanggar.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kerosakan sedan tersebut yang agak luar biasa. Bonet depan kereta itu ternaik sehingga menutup keseluruhan bahagian hadapan, menimbulkan tanda tanya bagaimana pemandunya masih dapat melihat jalan.

Tonton video penuh [DI SINI].

Pemilik Kenderaan Jelas Apa Terjadi

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna bernama (Cik Anie Abie89) yang dipercayai pemilik MPV tampil memberi penjelasan.

Menurutnya, pemandu sedan putih itu tidak menyedari bahawa kenderaan di hadapannya memperlahankan kelajuan akibat kesesakan, menyebabkan pelanggaran berlaku.

Sumber: TikTok @tomtom20098
Sumber: TikTok @tomtom20098

Bagaimanapun, kedua-dua mereka sepakat untuk tidak memanjangkan cerita dan enggan menambah kesesakan di lebuh raya. Mereka terus bersetuju untuk bergerak ke balai bagi menyelesaikan segalanya.

Ramai turut memuji sikap profesional kedua-dua pihak yang tidak bertikam lidah di tempat kejadian, malah mengambil pendekatan lebih baik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Netizen Terhibur, Mula Bergurau Mengenai Keadaan Sedan

Mengenali rakyat Malaysia, pasti tidak boleh lari daripada bergurau.

Ada yang tertanya-tanya bagaimana pemandu sedan itu dapat melihat jalan dengan bonet yang ternaik.

Sumber: TikTok @tomtom20098
Sumber: TikTok @tomtom20098
Sumber: TikTok @tomtom20098

Perkara Penting Perlu Buat Jika Terlibat Kemalangan

Apabila terlibat dalam kemalangan, ramai yang akan panik dan terpinga-pinga dengan perkara yang perlu dilakukan terutamanya jika ianya insiden pertama dalam seumur hidup.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, seorang pengguna Twitter (@syahrul_asyraf) berkongsi beberapa perkara penting yang perlu dilakukan selepas terlibat dalam kemalangan.

Antaranya:

#1. Hubungi Trak Tunda Yang Berdaftar Di Bawah Syarikat Insurans Kereta

Sumber: LemonBin Vehicle Guide

Bila berlakunya kemalangan, akan ada lori tunda yang datang secara tiba-tiba untuk membawa kereta anda ke bengkel.

Tetapi, anda dinasihatkan untuk tidak terburu-buru bersetuju dengan pihak mereka serta terus menandatangani sebarang dokumen yang diberikan oleh syarikat lori tunda tersebut.

Berkemungkinan kereta anda tidak dibawa ke bengkel yang didaftarkan. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah terus menghubungi lori tunda yang didaftarkan di bawah syarikat insurans kereta.

#2. Buat Laporan Di Balai Polis Trafik

Sumber: Foursquare

Laporan polis adalah perkara paling penting yang perlu ada sekiranya anda ingin membuat tuntutan (claim) selepas terlibat dalam sebarang kemalangan.

Dalam proses ini, pihak polis akan mengambil gambar dan keterangan berhubung kemalangan yang berlaku. Jangan lupa untuk cetak salinan laporan polis bagi memudahkan urusan tuntutan dari syarikat insurans.

Untuk kes kemalangan, buat laporan di balai polis trafik ya. Bukan di balai polis biasa bagi membuat laporan kejadian jenayah.

NOTA: Kalau anda mengalami sebarang kecederaan ketika kemalangan, segera pergi ke klinik atau hospital terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

#3. Daftarkan Kereta Di Bengkel

Sumber: Soya Cincau

Selesai dengan laporan polis, anda boleh terus ke bengkel untuk mendaftarkan kenderaan bagi proses pemeriksaan.

#4. Hantar Dokumen Penting Ke Bengkel Untuk Proses Tuntutan

Sumber: Bjak

Kebiasaannya, wakil bengkel kereta akan meminta anda beberapa jenis dokumen untuk membantu proses tuntutan dihantar ke pihak insurans bagi membaiki kerosakan kereta. Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:

  • Salinan lesen memandu
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan laporan polis
  • Gambar (jika ada)

Proses ini mengambil masa kira-kira tiga hari bekerja sebelum permohonan diluluskan.

#5. Tunggu Keputusan Daripada ‘Adjuster’

Sumber: Carsome

Selepas permohonan diluluskan, pihak insurans akan menugaskan seorang ‘adjuster’ untuk memantau keadaan kenderaan anda sama ada masih boleh dibaiki atau sudah tidak dapat diselamatkan (total loss).

Tugas seorang adjuster ini adalah untuk menyiasat dan menilai kerugian serta pampasan kemalangan sebelum membuat boleh membuat keputusan seterusnya.

#6. Tunggu Kereta Siap Dibaiki

Sumber: Mekanika

Sekiranya adjuster memaklumkan kenderaaan anda masih boleh diselamatkan, jadi tunggu sahaja dalam beberapa tempoh sebelum siap diperbaiki.

#7. Hantar Dokumen Dan Tunggu Pengesahan Jika ‘Total Loss’

Sumber: Mekanika

Namun sekiranya hasil penilaian adjuster mendapati kenderaan anda tidak dapat diselamatkan dan disahkan ‘total loss’, beberapa dokumen perlu diserahkan kepada pihak insurans untuk proses tuntutan seperti:

  • Geran kereta original
  • Kunci kereta original
  • Surat bank
  • Salinan lesen memandu
  • Surat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Akhir sekali, tunggu kelulusan daripada syarikat insurans sebelum anda mendapat wang pampasan kemalangan.

Walaupun proses ini boleh jadi agak leceh, tak apa buat perlahan-lahan dan pastikan segala dokumen dilengkapkan dengan betul.

Setiap syarikat takaful menawarkan servis yang berbeza. Jadi pastikan anda membaca secara menyeluruh dari A to Z isi kandungan polisi sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

Baca Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Pasrah Terima Dugaan Tak Henti-Henti Di Atas Jalan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd