Now Reading
“Pulangkan Air Mataku” – Aksi Anjing Berlakon Kaki Lumpuh Raih 2.5 Juta Tontonan

“Pulangkan Air Mataku” – Aksi Anjing Berlakon Kaki Lumpuh Raih 2.5 Juta Tontonan

Anjing yang pada mulanya berjalan dengan menyeret kedua-dua kaki belakangnya terus berlari apabila dipintas seekor anjing lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seseorang yang mempunyai rasa belas kasihan pasti berasa sedih melihat haiwan sama ada jinak mahupun liar dalam kesakitan atau kesusahan.

Malah tidak kurang juga yang akan cuba membantu dan menyelamatkan haiwan sedemikian dengan segala upaya mereka.

Namun lain pula yang terjadi apabila seekor anjing yang disangkakan lumpuh dilihat tiba-tiba boleh berlari pada akhirnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat?” – Lelaki Selamatkan Kucing Diikat Dalam Guni & Dicampak Ke Sungai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Polis Trafik Bantu Angkat Anjing Sakit Keluar Dari Longkang Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Individu Beri Makan Kepada Anjing Jalanan Raih Pujian

Anjing Berjalan Hanya Guna Kaki Depan

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di TikTok (@minrose90) menarik perhatian orang ramai apabila kelihatan seekor anjing yang sedang berjalan di satu kawasan seperti di pinggir hutan.

Apa yang mungkin menyayat hati orang ramai adalah apabila kelihatan anjing tersebut berjalan hanya menggunakan kedua-dua kaki hadapannya, manakala kaki belakangnya diseret.

Agak lama juga dia berjalan sebegitu, sambil kaki terseret dengan daun dan ranting kering yang penuh di sana.

Anjing Tiba-Tiba Lari Apabila Dipintas Rakannya

Namun pada saat ke-25 video terbabit, apabila dia dipintas oleh seekor anjing lain yang berlari, dia dilihat bergerak lebih pantas walaupun dalam keadaan kaki belakang terseret.

Tidak lama kemudian anjing tersebut tiba-tiba bangun dan ikut lari bersama! Dia scam kita semua rupanya.

Sebenarnya jika anda perhatikan betul-betul, kadangkala salah satu kaki belakangnya turut digerakkan.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.5 juta tontonan dan meraih lebih 85 ribu tanda suka.

https://www.tiktok.com/@minrose90/video/7479336158313319687

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Kena ‘Scam’ Dengan Lakonan Anjing

Seperti anda yang mungkin terpedaya, orang ramai turut membanjiri ruangan komen bahawa mereka juga telah tertipu.

“Dah boleh tahu pengakhirannya, tapi masih nak lihat video sampai habis,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang wanita berseloroh bahawa anjing itu mungkin lemah berjalan kerana kini adalah bulan berpuasa.

Orang ramai turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan anjing yang gemar berpura-pura sakit seperti seekor anjing yang hanya berbuat sedemikian apabila terdapat orang ramai berhampirannya.

Seorang wanita juga hampir dikejar apabila dengan beraninya berjalan berhampiran seekor anjing yang disangkakan lumpuh tetapi hanya berpura-pura.

Sumber gambar: @minrose90/ TikTok

Anjing Pura-Pura Sakit Untuk Raih Perhatian

Bila tengok video tersebut, mesti anda tertanya-tanyakan kenapa anjing berlakon sakit?

Berdasarkan laman web Applaws, sesetengah anjing akan berpura-pura tercedera untuk mendapatkan perhatian atau sesuatu yang diingini.

Terdapat lima tanda bagi mengenal pasti jika seekor anjing berlakon sahaja:

  • Tiba-tiba sakitnya kurang atau hilang.
  • Tidak berpura-pura tercedera apabila tidak dipandang seseorang.
  • Simptom yang timbul sekali-sekala.
  • Melakukan lakonan yang sama berulang kali.
  • Bahasa tubuh yang kelihatan tidak jujur.

Namun pemilik anjing haruslah cakna sekiranya haiwan peliharaan mereka itu benar-benar sakit atau mengalami kecederaan.

Sebenarnya, anjing yang berlakon seperti tercedera bukanlah sesuatu yang pelik. Jika anda melakukan carian di TikTok, pasti akan menjumpai banyak video anjing berpura-pura sakit.

Malah ada juga anjing yang berbuat sedemikian kerana meniru aksi tuannya yang benar-benar mengalami kecederaan.

https://www.tiktok.com/@betch/video/7357387965879831839

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lucu Anjing Merajuk Dengan Tuan Bikin Ramai Geli Hati. Macam Tengok Diri Sendiri!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anjing Dimarahi ‘Ibu’ Kerana Buat Bising Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd