“Meriah Macam Raya!” – Suasana Keluarga Riuh Siapkan Juadah Sahur Cuit Hati Ramai
Menerusi video tular, kelihatan ahli keluarga wanita dikenali sebagai Nazrana Khann sedang menyiapkan juadah sahur dengan meriah di dapur pada jam 2 pagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali Ramadan, antara kelainan rutin harian yang akan dilalui oleh para Muslim adalah ketika menjamu selera iaitu berbuka puasa pada waktu Maghrib manakala sahur sebelum azan Subuh.
Pun begitu suasana di antara dua waktu tersebut agak berbeza yang mana segelintir individu tidak bermaya untuk bangun sahur. Sehinggakan ada yang sanggup tidak bersahur semata-mata bagi mendapatkan tidur nyenyak.
Ada pula di antara kita yang bersahur dalam keadaan separa sedar. Jasad di depan makanan, roh masih dibuai mimpi. Macam-macam gelagatnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bapa Mithali Sediakan Sahur Dari A Hingga Z Undang Pelbagai Reaksi
Keluarga Riuh Siapkan Juadah Sahur Pada Pukul 2 Pagi
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nazranakhann) menyaksikan ahli keluarga seorang wanita dikenali sebagai Nazrana Khann sedang menyediakan juadah sahur.
Namun lain daripada fenomena biasa, keluarga tersebut dilihat sangat bersemangat untuk menyediakan hidangan mi segera meskipun pada pukul 2 pagi.
Menerusi video perkongsian, kelihatan setiap individu mempunyai tugasan masing-masing. Ada yang merebus makanan laut, memotong timun, menggoreng ayam popcorn serta tempura, menyalut rencah bersama mi segera dan banyak lagi.

Tidak terhenti di situ, mereka kemudian menyusun setiap bahan makanan dengan cantik di dalam bekas sebelum dihidangkan kepada setiap ahli keluarga. Sekali pandang, macam sesi merewang pun ada.
“Sahur paling bising,” kata Nazrana di ruangan kapsyen.
Perkara yang lebih mencuri perhatian adalah suasana sahur tersebut bagaikan sudah menjelang waktu raya. Sangat ‘happening’!
Malah mereka juga tidak kelihatan penat atau mengantuk sama sekali. Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas mencecah 664,000 kali tontonan setakat artikel ini ditulis (11 Mac).
@nazranakhann sahur paling bising
♬ original sound – nazranakhann
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Gelagat Nazrana Sekeluarga Bersemangat Ketika Sahur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai geli hati melihat telatah keluarga tersebut yang sangat bersemangat menjamu selera ketika sahur.
“Best tengok orang sahur boleh gelak-gelak. Aku sahur tengok nasi pun rasa nak bergaduh dengan nasi tu,” kata seorang netizen.
Malah ada yang tertanya-tanya bagaimana keluarga Nazrana bersemangat untuk sahur pada setiap hari.
“Ni mesti tak tidur sebenarnya. Entahlah aku kalau tak tidur pun nak sahur tu tenaga mesti macam terlebih kafein ke apa,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir warganet turut berkongsi pengalaman mereka bersahur dengan insan tercinta di rumah.
“Keluarga aku kalau masa sahur semua bagi silent treatment (senyap),” kata seorang lelaki.





Pekerja Mamak Gigih Hidang Makanan Sebelum 10 Minit Habis Waktu Sahur
Kemeriahan bersahur bukan sahaja dirasai di rumah, malah juga di restoran meskipun pada pagi buta. Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan pekerja-pekerja restoran mamak sedang bergegas menyiapkan pesanan.
Ada yang dilihat menambah makanan yang tidak mencukupi pada ruangan display dan terdapat juga staf yang sampaikan berlari bagi menghantar pesanan kepada para pelanggan.

Salah seorang daripada mereka juga dilihat berlari dari dapur ke ruangan makan dengan mengangkat beberapa hidangan secara serentak.
Menurut pengendali akaun TikTok, pekerja-pekerja mamak tersebut berada dalam keadaan tergesa-gesa kerana azan Subuh akan berkumandang 10 minit sahaja lagi sekaligus menandakan bakal tamat waktu untuk bersahur.
Baca Artikel Berkaitan: “Effort A+” – Gelagat Staf Kedai Mamak Bergegas Siapkan Order Ketika Sahur Cuit Hati Ramai
Tips Bangun Sahur Dengan Mudah
Buat mereka yang berdepan dengan masalah bangun sahur, jangan risau ada cara untuk atasi masalah tersebut.
Insya-Allah dengan kaedah ini, anda sempat mengalas perut sebelum azan Subuh berkumandang. Antaranya:
- Tidur awal.
- Elak makan makanan berat sebelum tidur.
- Jangan leka main telefon sebelum melelapkan mata.
- Pasang penggera jam kira-kira satu jam sebelum azan Subuh.
- Minta bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk kejutkan bangun sahur.
- Sediakan juadah sahur siap-siap sebelum tidur agar tidak kelam kabut pada keesokan hari.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bangun Sahur Dengan Mudah? Ini Tips Penting Untuk Korang
Baca Artikel Berkaitan: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



