Now Reading
[Video] “Owner Kedai Buat Lucky Draw Ke?” – Kereta Wanita Ini ‘Dikepung’ Meja Kedai Makan Curi Tumpuan

[Video] “Owner Kedai Buat Lucky Draw Ke?” – Kereta Wanita Ini ‘Dikepung’ Meja Kedai Makan Curi Tumpuan

Difahamkan, pemandu wanita berkenaan meninggalkan keretanya ketika masih ada banyak kenderaan lain di sekeliling parkir itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Parkir di kawasan kedai makan sering menjadi isu, terutamanya di lokasi yang popular dan sesak. Sesetengah restoran menyediakan parkir khas untuk pelanggan, manakala yang lain membiarkan ruang parkir terbuka kepada sesiapa sahaja.

Dalam situasi tertentu, meja makan boleh memenuhi hingga ke kawasan parkir apabila restoran penuh, menyebabkan kenderaan yang diletakkan di situ ‘terperangkap’.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi pengalaman keretanya ‘dikepung’ meja-meja makan di sebuah restoran.

Baca Artikel Berkaitan: “Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Restoran Penuh, Meja Sampai Ke Tempat Parkir

Video pendek yang dikongsi di laman TikTok (@r4dicalthoughts) menunjukkan suasana restoran yang meriah dengan pelanggan yang sudah memenuhi setiap meja.

Dalam video tersebut, perakam sedang merakam keadaan sekeliling dari hadapan restoran. Suasana kelihatan seperti sudah lewat petang, dan kawasan kedai makan itu dipenuhi pelanggan yang sedang menjamu selera.

Apa yang mencuri perhatian adalah bagaimana meja-meja makan telah memenuhi ruang parkir sehingga menyebabkan keretanya terkepung di tengah-tengah.

“Tadi time aku park macam banyak lagi kereta sekeliling, sampai balik sini tinggal sebuah siap pakej tak boleh keluar,” tulisnya di kapsyen video.

Difahamkan, ketika dia meletakkan kereta, masih ada banyak kenderaan lain di sekeliling. Namun, sebaik kembali, hanya keretanya yang tinggal dengan meja-meja makan kini memenuhi ruang yang sebelumnya adalah tempat parkir.

https://www.tiktok.com/@r4dicalthoughts/video/7479437636503899400?_r=1&_t=ZS-8uXdt3j72lc
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur Dengan Situasi Kereta ‘Terkepung’

Video ini mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur melihat situasi tidak dijangka itu.

Ada yang seronok begurau seperti menyuruh wanita itu duduk makan sementara menunggu meja dialihkan. Tidak kurang juga meninggalkan komen jenaka mereka melihat situasi itu.

Sumber: TikTok @r4dicalthoughts
Sumber: TikTok @r4dicalthoughts
Sumber: TikTok @r4dicalthoughts

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila parkir di kawasan kedai makan yang sibuk, hanya untuk mendapati jalan keluar ‘tertutup’ dengan meja pelanggan.

Sumber: TikTok @r4dicalthoughts
Sumber: TikTok @r4dicalthoughts

Mungkin selepas ini, sesiapa yang mahu parkir depan restoran perlu fikir dua kali sebelum buat keputusan. Kalau tak, silap-silap kena tunggu pelanggan habis makan dulu baru boleh balik.

Kerusi & Meja Boleh Letak Dalam Kawasan Parkir, Betul Ke?

Memetik laporan Harian Metro, tindakan meletakkan peralatan perniagaan seperti meja dan kerusi di ruang awam tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ia bukan sahaja mengganggu lalu lintas, malah menjejaskan keselesaan orang ramai. PBT kerap menjalankan operasi penguatkuasaan, termasuk menyita peralatan yang diletakkan di tempat tidak dibenarkan.

Peniaga yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda atau kompaun mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Orang ramai turut disarankan untuk melaporkan penggunaan ruang awam yang menghalang laluan bagi memastikan kawasan perniagaan lebih tersusun dan tidak menyusahkan pengguna lain.

Sekiranya seseorang empunya perniagaan ingin menggunakan kaki lima di kawasan premisnya, dia boleh membuat permohonan melalui PBT di tempat masing-masing.

Antara contoh garis panduan sebelum memohon ialah:

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Kereta Selamba Parking Tepi Jalan Hingga Halang Laluan Bas, Orang Ramai ‘Angkat’ Kereta Ke Tepi

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd