[Video] Jiran Kondominium Prihatin Cari Suara Wanita Jerit Gara-gara Suami Tidak Sedarkan Diri
Difahamkan wanita itu telah meminta tolong dalam bahasa asing yang tidak difahami, menyebabkan orang ramai pada mulanya tidak tahu apa yang berlaku.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam kehidupan berkomuniti, kita tidak terlepas daripada berdepan dengan jiran tetangga yang menetap di taman perumahan atau blok flat serta kondominium sama.
Pun begitu pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang tidak mengambil endah tentang masyarakat sekeliling dan bersifat lebih individualistik sehingga tidak cakna tentang masalah yang dialami jiran tetangga.
Namun jiran tetangga di sebuah blok kondominium menjadi buah mulut apabila mereka prihatin dengan situasi mencemaskan yang terjadi sewaktu tengah malam.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Lelaki Jujur Tinggal Nota Lepas Anak Kemikkan Pintu Kereta Jiran Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Viral Kerana Penuh Hiasan Lampu Krismas, Ramai Jiran Datang Singgah Untuk Bergambar
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian
Jiran Tetangga Prihatin Dengar Suara Jeritan Di Kondo
Satu video yang dimuat naik di TikTok (@anepppp00) menyaksikan situasi mencemaskan yang dirakam di satu blok kondominium di Setia Alam, Selangor.
Kelihatan beberapa penduduk di blok tersebut keluar ke kaki lima apabila mendengar bunyi jeritan seorang wanita selama hampir 10 minit tanpa henti.
“Mula-mula dengar je terus kunci pintu sebab takut ingatkan ada laki bini gaduh atau perompak masuk. Tapi jiran-jiran lelaki terus laju keluar cari bunyi tu dari mana,” kata individu yang merakam video terbabit.
Mereka kemudiannya beramai-ramai mencari dari mana arah jeritan itu datang. Rupa-rupanya, suara jeritan itu berada di aras yang terletak beberapa tingkat di bawah mereka.
Wanita Minta Tolong, Suami Didakwa Terkena Sawan/ Strok
Menerusi video dikongsi, difahamkan seorang wanita menjerit meminta tolong kerana suaminya berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri didakwa sama ada mengalami sawan ataupun strok.
Jeritan meminta tolong oleh wanita itu tidak difahami memandangkan dia berkomunikasi dalam bahasa asing. Dia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris mahupun mana-mana bahasa ibunda di dalam negara.
Walaupun terdapat halangan bahasa, jiran tetangga termasuk seorang pengawal masih membantu wanita itu dan suaminya.
Berdasarkan video tersebut, lelaki itu tidak lama kemudian telah dibawa oleh ambulans dipercayai untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Puji Sikap Orang Ramai Cakna Hal Jiran
Menjenguk ke ruangan komen, seorang wanita yang merupakan penduduk di kondominium tersebut berkata kejadian berkenaan terjadi sekitar jam 12.30 malam, namun masih ramai jiran yang mengambil peduli.
Orang ramai memuji sikap jiran tetangga di residen terbabit yang tidak mengabaikan sahaja bunyi jeritan yang didengari, tetapi sama-sama mencari punca insiden.
Seorang individu pula meluahkan rasa lega apabila ‘bystander effect’ tidak berlaku dalam kalangan penduduk di sana.
Di samping itu, seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya sebagai staf ambulans kecemasan berkata pihaknya memang berharap agar jiran keluar membantu sekiranya dalam keadaan sedemikian.
“Kadang-kadang kami (ambulans) perlu bantuan sikit angkat pesakit. Apatah lagi kalau tak ada lif nak bawa pesakit turun dari tingkat atas,” jelasnya.
Dalam masa sama, beberapa individu pula berkongsi pengalaman berdepan dengan jiran yang tidak membantu satu sama lain. Seorang wanita berkata di flatnya dahulu, tiada sesiapa yang ambil tahu apabila kedengaran orang meminta tolong sehinggalah individu itu terjatuh dari atas blok.









Bystander Effect Boleh Sebabkan Masyarakat Tidak Peduli Hal Orang Lain
Seperti yang dikatakan oleh salah seorang pengguna media sosial di atas, mujur ‘bystander effect’ tidak berlaku yang sehingga menyebabkan orang ramai tidak mengambil peduli apabila terjadinya sesuatu kecemasan.
Sebelum ini, pempengaruh Reina Lum menjelaskan bahawa kesan ini berlaku apabila orang ramai menganggap ada individu lain yang akan memberi pertolongan kepada mangsa.
Katanya lagi, bystander effect boleh berlaku apabila orang ramai menganggap ia bukanlah tugas mereka untuk memberi bantuan tersebut, tetapi menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain yang berada di sana.
“Aku tak tolong. Orang lain patut tolong. Dan kalau dia tak tolong kenapa aku kena tolong?” Reina menjelaskan apa yang mungkin bermain dalam fikiran orang ramai.
Keadaan ini juga boleh terjadi apabila kekurangan konteks dalam suatu kejadian. Sebagai contoh dalam kes di atas, jika semua orang menganggap jeritan itu hanyalah pergaduhan antara suami isteri, mungkin tiada sesiapa yang akan keluar untuk memberi bantuan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kecoh Orang Ramai Tidak Bantu Lelaki OKU Dipukul, Influencer Perjelas Apa Itu ‘Bystander Effect’
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Isteri Cuci Jalan Tar Jadi Punca Halaman Rumah Jiran Kotor Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “2-3 Kali Sehari Jadi” – Lelaki Stres Air Melimpah Dari Rumah Jiran Tingkat Atas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.