[Video] Gelagat Lelaki Tertipu Dengan Bayang Disangka Ikan Ketika Naiki Kapal Terbang Bikin Ramai Terhibur
Menerusi video turut kedengaran lelaki itu bertanya kepada isterinya ikan apakah yang dilihat itu kerana ia berenang begitu pantas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kapal terbang merupakan pengangkutan udara utama yang dinaiki oleh orang ramai untuk perjalanan yang jauh sebagai contoh untuk ke luar negara dan sebagainya.
Namun ada juga yang memilih untuk menaiki kapal terbang untuk perjalanan dalam negeri bagi menjimatkan masa. Apabila menaiki pesawat, pasti ada segelintir yang suka melihat pemandangan dari tingkap.
Yelah peluang untuk menaiki pesawat tidak datang selalu, dan umum mengetahui harganya juga mahal. Maka apabila ada kesempatan perkara itu digunakan untuk mengamati ciptaan Allah SWT dengan sebaiknya.
Lelaki sangka nampak bayang-bayang ikan dalam laut
Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri telah menaiki pesawat untuk ke destinasi bulan madu mereka di sebuah pulau di Kedah.
Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat si suami begitu teruja melihat bayang-bayang di laut yang disangkakan ikan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @dinomilooo di TikTok, awalnya kedengaran si isteri memberitahu suaminya terdapat bayang seperti ikan berada di dalam laut.
Teruja tengok ‘ikan’ berenang laju seperti kejar pesawat
Dia kemudian menyuruh suaminya untuk melihat bayang berkenaan. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si suami teruja kerana menyangkakan itu adalah ikan besar.
Bukan hanya itu, sang suami turut memuji ikan berkenaan berenang dengan laju seperti sedang mengikuti pesawat yang mereka naiki.
Malah kelajuan bayang ikan itu membuatkan si suami pelik adakah ikan berkenaan sedang mengejar pesawat terbabit.
Rupanya itu bayang kapal terbang bukan ikan
Namun sebaik sahaja kapal sampai di kawasan hutan kelihatan bayang itu mengikutinya dan berbentuk pesawat.
Sebaik menyedari bayang-bayang itu sebenarnya adalah pesawat yang dinaiki, si suami lantas berasa malu dan menutup wajahnya sambil tergelak.
Menerusi temubual bersama BuzzKini, Dino memaklumkan ketika menaiki pesawat berkenaan mereka dalam perjalanan ke Langkawi.
Ramai terhibur, ada yang sempat berseloroh
Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat pasangan itu kerana menyangkakan bayang yang bergerak dengan laju itu adalah ikan.
Malah ada yang turut berseloroh dengan berkata, ikan itu hebat kerana boleh berenang sehingga merentasi pokok.
Tidak kurang juga ada yang mengakui mereka juga awalnya tertipu dan menyangkakan bayang tersebut adalah ikan di dalam laut.
“Hebat ikan tu sampai atas pokok pun boleh berenang”

“Aku sampai nangis gelak..”

“Walaupun sekejap tetap penat otak aku fikir ikan apa tu”

“Aku pun zoom-zoom nak tengok dekat (kononya ikan)”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â