[Video] Bawah Ruang Solat & Atas Pawagam ‘Mini’, Inisiatif Masjid Untuk Kanak-Kanak Curi Tumpuan
Difahamkan, pihak masjid membuat ‘pawagam mini’ berkenaan adalah sebagai inisiatif mendekatkan kanak-kanak dengan masjid.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi kanak-kanak masjid bukanlah sekadar tempat solat, tetapi juga ruang untuk mereka membina kenangan. Namun, umum sedia maklum ada kanak-kanak yang sangat aktif kelakuannya dan kadang-kadang sukar untuk duduk diam.
Atas sebab itu, pelbagai inisiatif dilakukan untuk menjadikan masjid lebih mesra kanak-kanak. Selain ruang bermain, sesetengah masjid juga menyediakan aktiviti khas bagi memastikan mereka terhibur dan selesa.
Baru-baru ini Masjid Al-Muqarrabin Kuala Lumpur, mengambil inisiatif ‘luar kotak’ di mana satu ruang khas telah dijadikan ‘pawagam mini’ untuk kanak-kanak menonton filem sambil ibu bapa menunaikan solat di tingkat bawah.
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Putra Nilai Tawar Khidmat Asuhan Anak Sepanjang Ramadan, Siap Ada Soopa Doopa!
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Untuk Budak Je” – Masjid Di Kedah Dengan ‘Indoor Theme Park’ Buat Ramai Teruja
Tingkat Atas Masjid Jadi Ruang ‘Movie Time’
Dalam video yang tular di laman TikTok (@wakilalamsemesta), seorang lelaki merakam suasana di tingkat atas masjid yang menampilkan ruang tertutup khas untuk kanak-kanak menonton filem.
Ketika jemaah sedang solat di bawah, sekumpulan kanak-kanak kelihatan duduk diam menonton filem yang ditayangkan di skrin.
Masjid yang biasanya sinonim dengan suasana tenang kini menawarkan pengalaman berbeza untuk kanak-kanak yang mungkin sukar duduk diam ketika solat berlangsung.
Inisiatif Masjid Adakan ‘Pawagam Mini’ Ini Raih Perhatian Ramai
Video ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-rata menyokong usaha masjid ini dengan mengatakan ia adalah cara bijak untuk menarik minat kanak-kanak untuk dekatkan diri dengan rumah Allah SWT.

Tidak kurang memuji, ramai turut bergurau menyatakan mereka ingin turut serta di ruang pawagam tersebut sebagai kanak-kanak ‘tua’.



Gangguan Kanak-Kanak Ketika Solat, Apa Perlu Buat?
Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kehadiran kanak-kanak di masjid tidak sepatutnya dihalang kerana ia sebahagian daripada pendidikan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa yang mendengar kanak-kanak menangis ketika solat, maka segerakanlah solatnya, kerana aku melihat ibu atau bapanya dalam keadaan gelisah kerana tangisan itu.
(Riwayat Abu Dawud, no. 789)
Namun, jika mereka mengganggu jemaah lain, ibu bapa perlu menegur mereka dengan tujuan mengajar secara lembut. Pejabat Mufti menegaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik, bukan dihalau.
Masjid juga disarankan menyediakan ruang atau aktiviti khas agar mereka lebih terurus tanpa mengganggu solat.
Pendekatan ini bukan sahaja mengekalkan keharmonian masjid tetapi juga membantu menanam cinta kanak-kanak terhadap rumah ibadah sejak kecil.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Video Jemaah ‘Dipaksa’ Ke Masjid Raih 3.5 Juta Tontonan, Bikin Orang Ramai Geli Hati
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.