[Video] Aksi Penumpang Tak Pakai Jaket Keselamatan Ketika Berbuka Puasa Atas Bot Raih Kritikan
Meskipun laut bergelora telah menyebabkan minuman para gadis itu terjatuh, namun mereka masih tidak memakai jaket keselamatan sepanjang berada di atas bot.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada tahun 2023 lalu, satu insiden bot terbalik dilaporkan berlaku di pantai peranginan Teluk Batik di Manjung, Perak. Pihak bomba berkata, orang awam pantas bertindak selepas melihat bot tersebut terbalik dan berjaya membantu semua mangsa ke darat.
Bagaimanapun seorang wanita disahkan maut selepas tidak berjaya sedarkan diri walaupun sudah diberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Susulan kejadian terbabit, beberapa individu mendakwa bahawa pihak bot tidak menyediakan jaket keselamatan buat para penumpangnya.
Baca Artikel Berkaitan: Bot Terbalik Di Teluk Batik Ragut Nyawa Seorang Wanita, Netizen Dakwa Bot Tak Sediakan Jaket Keselamatan
10 Gadis Di Terengganu Berbuka Puasa Di Atas Bot
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@hafizpjack) menyaksikan sekumpulan gadis sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa. Lain daripada lain, mereka telah memilih untuk iftar bersama di atas bot sekitar Jambatan Angkat Terengganu.
Menerusi video perkongsian, kelihatan suasana berbuka puasa itu meriah dengan bunga api yang dinyalakan bersama pemandangan laut yang cantik.
Bukan itu sahaja, penumpang juga berkesempatan untuk mengambil gambar atau selfie berlatarkan jambatan berkenaan.
Penumpang Bot Tak Pakai Jaket Keselamatan
Walaupun tempat tersebut adalah menarik, namun ia dilihat agak tidak praktikal di mana laut bergelora menyebabkan minuman mereka terjatuh di atas bot sebelum sempat berbuka.
Lebih mengundang perhatian apabila 10 orang gadis tersebut tidak memakai jaket keselamatan sepanjang berbuka puasa di atas bot itu.
@hafizpjack Berbuka Puasa Atas Bot Pulau Sekati Boat Tour #bebukapuasa #berbukapuasaatasbotterengganu #terengganu #pulausekatiboattour #drawbridgeterengganu #sahabathafizpjack #hafizpjack #sifubas #dutabas #agentiket #review #reviewbot #salamramadhan2023 ♬ original sound – HAFIZ PJACK
Tonton video penuh [DI SINI].
Carian kami mendapati mereka sebenarnya ada memakai safety jacket ketika memulakan perjalanan ke tengah laut. Namun tidak dapat dipastikan mengapa mereka bertindak membukanya sewaktu merakam video berbuka puasa.
@hafizpjack Berbuka Puasa Atas Bot Pulau Sekati Boat Tour #bebukapuasa #berbukapuasaatasbotterengganu #terengganu #pulausekatiboattour #drawbridgeterengganu #sahabathafizpjack #hafizpjack #sifubas #dutabas #agentiket #review #reviewbot #salamramadhan2023 ♬ original sound – HAFIZ PJACK
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Bimbang Lihat Penumpang Tak Pakai Jaket Keselamatan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi mengenai perkongsian tersebut.
Segelintir individu dilihat berminat dengan bot tour yang diadakan bersempena iftar itu.
Bagaimanapun, ramai di kalangan warganet yang berkata aksi tidak memakai jaket itu boleh mengundang bahaya kepada keselamatan diri.
“Kenapa tak pakai jaket keselamatan? Bahaya kalau ditakdirkan bot tu terbalik. Sekadar renungan,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga yang mendakwa penumpang-penumpang tersebut tidak memakai jaket keselamatan kerana ia tidak kelihatan cantik jika mahu bergambar.
“Alasan tak pakai sebab nak rakam video. Malang tak bagi notifikasi dulu kalau nak berlaku kak,” kata individu terbabit.




Pelancong Enggan Pakai Jaket Keselamatan Kerana Nak Bergambar
Sebagai info, ini bukan insiden pertama. Terdahulu pada tahun 2022, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati pelancong di pulau sekitar Terengganu tidak memakai jaket keselamatan semasa berada di atas bot.
Menurut pihak APMM, mereka enggan memakainya kerana ia sudah basah dan mahu mengambil gambar.

Sumber: AMI Travel & Tours
Memetik Harian Metro, pematuhan undang-undang seperti lesen, pemakaian jaket dan kapasiti penumpang yang dibenarkan dalam bot adalah penting untuk mengelakkan insiden berbahaya terjadi.
Pengarah APMM Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) menunjukkan peningkatan di Terengganu dan kehilangan nyawa mencatatkan peningkatan.
Oleh disebabkan itu, langkah-langkah keselamatan ketika berada di kawasan perairan perlulah dititikberatkan oleh semua pihak.
Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Warga Jerman Maut, Lemas Di Pulau Perhentian
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Singapura Lemas Di Pantai Desaru Telah Ditemui
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â