Now Reading
Pemandu Pasrah Terima Dugaan Tak Henti-Henti Di Atas Jalan

Pemandu Pasrah Terima Dugaan Tak Henti-Henti Di Atas Jalan

Difahamkan, pemandu ini ‘diuji’ dengan pelbagai ujian ketika memandu di Taman Midah, Cheras.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memandu di kawasan sibuk terutamanya di bandar besar sememangnya satu perkara yang mencabar. Sikap bertolak ansur dan sentiasa peka sangat penting bagi mengelakkan sebarang insiden.

Ia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi jalan raya yang penuh dengan kerenah pemandu yang bermacam-macam. Baik kenderaan berat mahupun ringan, ada sahaja ‘fiil’ nya.

Itulah yang dialami oleh seorang pengguna TikTok yang berkongsi rakaman dashcam ketika memandu di Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Tak Nak Keluar Kereta” – Gelagat Driver E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Insiden Paling Kelakar Pernah Aku Tengok” – Netizen Terhibur 2 Individu Bertikam Lidah Atas Jalan, Akhirnya Berdamai

Baca Artikel Berkaitan: Terlibat Dalam Kemalangan Kereta? Ini 7 Perkara Wajib Anda Perlu Buat. Jangan Panik!

Diuji Bertubi-Tubi Dalam 20 Saat Ketika Memandu Kereta

Seorang pemandu berkongsi pengalaman lucunya menerusi rakaman ‘dashcam’ yang tular di laman TikTok miliknya (@bymoshop).

Di awal video, sebuah kereta kelihatan tiba-tiba melintas jalan secara mengejut, memaksa pemandu ini memperlahankan kenderaan.

Tidak cukup dengan itu, ada pula pemandu lain yang ‘makan jalan’, menggunakan kedua-dua lorong. Beberapa saat kemudian, situasi menjadi lebih mencemaskan apabila seorang pemandu yang berhenti di tepi jalan membuka pintu tanpa melihat keadaan lalu lintas.

Akibatnya, pemilik video terpaksa melakukan hentian kecemasan bagi mengelakkan pelanggaran. Sebagai ‘penutup’, sebuah motosikal yang datang dari belakang terlanggar bahagian belakang keretanya.

Walaupun hanya ‘light tap’, ia tetap menambah lagi keperitan 20 saat yang sudah cukup mendebarkan.

https://www.tiktok.com/@bymoshop/video/7478922024065174802?_r=1&_t=ZS-8uXdi73uQVD
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Kongsi Pengalaman Sama Ketika Memandu

Menjengah ke ruangan komen, ramai menganggap situasi ini sebagai ‘pengalaman normal’ bagi mereka yang memandu di Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok @bymoshop

Ada pula yang terhibur dan bersimpati dengan nasib pemandu ini.

Sumber: TikTok @bymoshop
Sumber: TikTok @bymoshop

Memandu di ibu kota sememangnya memerlukan kesabaran dan refleks pantas. Jadi, buat semua pemandu, anda perlu sentiasa peka, bersedia, dan yang paling penting, banyakkan bersabar!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Pemandu Tampal Sticker Lesen ‘P’ Penuh Kereta Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Sekumpulan Lelaki Ajar Pemandu Di Dubai Tukar Tayar Pecah Dalam Loghat Pahang Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Lepas Masuk Exam Kelas Memandu” – Lelaki Melayu Dipuji Bagi Pinjam Baju Berkolar Kepada Pelajar Cina


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd