Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang kaya dengan adat dan tradisi. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk rakyat hidup dalam keharmonian.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang dikhaskan kepada umat Islam, dan wajib kepada mereka untuk berpuasa.
Namun demikian, ramai juga individu bukan Islam yang menyahut cabaran ini dan merasai sendiri pengalaman berpuasa pada bulan ini.
Wanita Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid
Menerusi satu perkongsian di TikTok (@jenjenjengg_), seorang wanita non-Muslim berkongsi keterujaannya apabila pertama kali berbuka puasa di masjid bersama rakan-rakannya yang beragama Islam.
Dia menyatakan bahawa ini adalah hari ketiganya berpuasa, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Menurutnya, masa berlalu dengan pantas dan tanpa dia sedari, waktu berbuka sudah pun tiba. Rakan-rakannya kemudian mengajaknya untuk berbuka bersama di masjid.
Sebelum ke masjid, rakan-rakannya terlebih dahulu menyarungkan selendang kepadanya sebagai tanda hormat memasuki rumah ibadah.
Setelah masuk ke dalam, keterujaannya jelas terpancar.
“Saya dah umur 25 tahun, tak pernah saya merasai pengalaman berbuka puasa dalam masjid. Ini kali pertama.”
Seorang rakannya turut menjelaskan bahawa masjid adalah tempat di mana semua orang berasa selamat dan tiada sesiapa yang akan berlapar di dalamnya.
Teruja Melihat Hidangan Yang Tersedia Dalam Masjid
Selain pengalaman berbuka, wanita ini juga teruja melihat makanan yang disediakan oleh pihak masjid.
Dia beranggapan bahawa masjid sangat teliti dalam memastikan setiap pengunjung yang datang berbuka puasa akan pulang dengan perut yang kenyang.
Di akhir video, dia meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diberikan.
“I feel so blessed for the food here. It feels like abundance of love flowing into your heart. My friends said, this is ‘kebahagiaan dan kesyukuran.’”
Saya berasa sangat diberkati dengan makanan di sini. Ia terasa seperti limpahan kasih sayang mengalir ke dalam hati. Rakan-rakan saya berkata, inilah kebahagiaan dan kesyukuran.
Cabaran Berpuasa Penuh Selama 30 Hari
Wanita ini sebenarnya sudah biasa berpuasa setiap tahun ketika Ramadan, tetapi hanya pada hari pertama sahaja.
Namun, tahun ini dia mahu mencabar dirinya untuk berpuasa penuh selama 30 hari, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Dr Soo Wincci & Ceddy Kongsi Tips Buat Non-Muslim Yang Ingin Cuba Berpuasa Puasa
Terdahulu, beberapa selebriti bukan Muslim juga telah mencuba berpuasa untuk merasai pengalaman tersebut. Sebagai contoh, Profesor Madya Dr. Soo Wincci, yang telah berpuasa selama 14 tahun berturut-turut setiap kali Ramadan.
Beliau menyifatkan puasa sebagai bentuk ‘intermittent fasting’ yang lebih ekstrem dan menekankan kepentingan mengekalkan hidrasi badan semasa berpuasa.
Beliau menganggapnya sebagai cabaran kesihatan dan bentuk ‘intermittent fasting’ yang lebih ekstrem.
Selain itu, pempengaruh Ceddy Ang juga pernah berpuasa penuh selama 30 hari dan menekankan kepentingan memahami maksud sebenar puasa dalam Islam.
Bagi individu bukan Muslim yang ingin mencuba berpuasa, Dr. Soo Wincci dan Ceddy Ang berkongsi beberapa tips. Antaranya:
#1. Berlatih Puasa Seminggu Awal Sebelum Ramadan
Jika anda mahu tepat berpuasa pada Ramadan, adalah dinasihatkan untuk berlatih berpuasa seminggu awal. Ini bagi melatih perut yang tidak biasa kosong sepanjang hari.
Bagi minggu pertama, Dr Soo Wincci tidak mengambil sebarang makanan, tetapi hanya minum air.
“Awak kena kurangkan saiz (hidangan). Tak kan tiba-tiba macam tu (puasa penuh). Badan awak akan terkejut,” katanya.
#2. Elak Makan Makanan Berat Ketika Sahur
Yang kedua adalah elak mengambil begitu banyak makanan sehingga perut senak semasa bersahur. Mengikut pengalaman Dr Soo Wincci, dia selalu mula berasa lapar sekitar jam 3 petang jika makan makanan yang banyak.
Sumber: Freepik
#3. Ambil Makanan Bertenaga
Bagi mengekalkan kecergasan badan sewaktu berpuasa, Dr Soo Wincci menyediakan snek bertenaga untuk dijamah sewaktu bersahur. Snek ini juga merupakan resipinya sendiri.
Resipinya adalah dengan mengisar kurma, beberapa jenis kekacang seperti walnut serta badam, biji bijan dan sedikit mentega kacang. Selepas ia hancur dikisar, Dr Soo Wincci akan bentukkannya seperti bebola yang kecil.
Sumber: TikTok (@ceddyornot)
Jelasnya, snek ini sesuai buat mereka yang susah berjaga sebelum waktu Subuh untuk sahur dan mereka yang terlampau sibuk bagi sediakan juadah makanan. Bahan-bahan penyediaan juga adalah murah dan sihat.
Tambahnya, kurma sangat membantu kerana ia mempunyai nutrisi yang tinggi seperti magnesium, potasium, fiber dan banyak lagi.
#3. Sediakan Air Bertenaga
Selain itu, anda juga boleh mencuba air bertenaga iaitu kisaran kurma Cina (jujube), kurma biasa, fungus putih, kacang soya, daun pandan dan beberapa kelopak bunga ros.
Menurutnya, bunga ros membantu untuk mengekalkan hidrasi badan. Walaupun ia tidak mengandungi gula, tetapi ia tetap manis.
Sumber: TikTok (@ceddyornot)
#4. Onigiri Sihat Untuk Berbuka Puasa
Yang terakhir adalah onigiri yang sihat. Snek ini sesuai untuk diambil sewaktu berbuka puasa buat mereka yang sibuk atau tersangkut dalam trafik sesak.
Onigiri itu tersedia dengan 10 jenis bijirin dan juga kunyit. Ia tidak mempunyai sebarang jenis daging yang membolehkan ia kekal selama seminggu di dalam peti sejuk.
Tips Extra Dari Ceddy
Di bawah ini, kami sertakan pula tips puasa yang dikongsikan oleh Ceddy. Antaranya:
#1. Sahur Dengan Makanan Seimbang
Kata Ceddy, pengambilan makanan yang seimbang ketika bersahur adalah penting bagi mengekalkan tenaga sepanjang sehari berpuasa.
Ceddy juga mengingatkan orang ramai untuk tidak sesekali ponteng sahur agar tidak membebankan badan akibat perut yang kosong.
#2. Makan Kurma Ketika Sahur
Antara jenis makanan mudah yang boleh didapati semasa bulan Ramadan adalah kurma. Oleh disebabkan berasa letih untuk menyediakan makanan berat ketika awal pagi, Ceddy menyediakan air campuran susu oat bersama biji kurma.
Kedua-dua bahan itu dikisar menjadi satu minuman yang mudah untuk diambil.
Ramadan month is coming!!! Some of you might want to try fasting kan? Boleh je! Let @Dr Soo Wincci and myself share some tips we learned throughout! She even has her own recipe! Kurma balls!! Apa tu???