[Video] Lelaki Kongsi Suasana Hantar Anak Ke Sekolah Di Cameron Highlands Pada Awal Pagi
Pengguna TikTok itu berkongsi pengalaman menghantar anak ke sebuah sekolah di Cameron Highlands. Difahamkan, suhu di sana boleh mencecah 14 darjah Celcius.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Cameron Highlands sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian pilihan bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.
Selain cuacanya yang sejuk, kawasan tanah tinggi di Pahang ini turut memukau dengan pemandangan alam semula jadi yang menenangkan.
Namun, pasti ada yang tidak tahu bahawa di sebalik keindahan ladang teh dan kehijauan bukit-bukau, terdapat sebuah komuniti yang menetap dan menjalani kehidupan harian mereka dalam suasana nyaman Cameron Highlands.
Baca Artikel Berkaitan: Jom Pergi Ke 20 Lokasi Menarik Ini Di Cameron Highlands
Baca Artikel Berkaitan: Cameron Highlands Terpilih Antara 51 Lokasi Tercantik Di Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Ada Plan Nak Pergi Genting Skyworlds? Ini Apa Yang Tersedia Untuk Anda Setakat Ini
Lelaki Kongsi Pengalaman Hantar Anak Ke Sekolah Di Cameron Highlands
Menerusi satu video di TikTok (@ciknot.ch), seorang lelaki berkongsi suasana menghantar anak ke sekolah di Cameron Highlands pada waktu pagi.
Dalam video berkonsepkan POV (point of view) itu, dia menceritakan beberapa cabaran yang dihadapi setiap hari, terutama berkaitan cuaca sejuk di kawasan tanah tinggi tersebut.
Menurutnya, menghantar anak ke sekolah pada waktu pagi bukan perkara mudah bagi mereka yang tidak tahan dengan suhu rendah.
Tambahnya, suhu pagi boleh mencecah 16 darjah Celsius dan boleh turun hingga 14 darjah Celsius jika hujan berpanjangan. Dapat dilihat di dalam video, keadaan sekeliling dipenuhi dengan kabus tebal.
Pelajar di sekolah turut dibenarkan memakai sarung tangan jika tidak mampu menahan kesejukan. Selain itu, mereka juga ke sekolah dengan memakai baju sejuk, malah pihak sekolah dipercayai turut menyediakan ‘sweater’ khas untuk mereka.
@ciknot.ch Nak duduk cameron ? Tengok ni duluuuu
♬ original sound – Ciknot Cameron Highlands – Ciknot Cameron Highlands
Netizen Teruja Dengar Pengalaman Hidup Di Cameron Highlands
Ruangan komen dibanjiri dengan keterujaan netizen yang ingin tahu lebih lanjut tentang kehidupan di sana.


Selain mengagumi suasana sejuk di Cameron Highlands, ramai yang mengambil peluang untuk bertanya pelbagai soalan, termasuk bagaimana penduduk di sana menyiapkan diri untuk mandi pagi dalam suasana suhu dingin serta jenis pekerjaan yang tersedia di kawasan tanah tinggi itu.




Lokasi Menarik Di Cameron Highland
Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh pemilik X (Jalan Cuti Santai), mereka telah memberi beberapa cadangan tempat terbaik untuk anda kunjungi ketika berada di Cameron Highlands. Antara tempat tersebut adalah seperti berikut:
#1. Ladang Teh BOH Sungai Palas

Ini adalah antara ladang teh yang paling popular di Cameron Highlands. Anda boleh mengunjungi kilang teh mereka secara percuma dan menikmati pelbagai hidangan untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang di kafe.
Alamat: Brinchang, 39100, Brinchang, Pahang.
Waktu operasi: 8.30 am – 4.30 pm (Tutup pada hari Isnin).
#2. Ladang Tea Bharat

Ini adalah tempat asal “Cameron Valley Tea”.
Alamat: 34 Mile Cameron Highland, 39000 Tanah Rata Pahang.
Waktu operasi: 9 am – 4 pm.
#3. Cameron Valley Tea House 1 & 2

Anda boleh bersiar-siar di taman kecil dan air terjun di lembah Tea House 1. Di Tea House 2 pula, anda boleh melihat pemandangan yang sama tetapi dengan ruang yang lebih luas. Kedua-dua tempat ini mempunyai ruang untuk melihat kawasan ladang teh dan kedai untuk anda membeli teh mereka.
Alamat: Batu 34, Jalan Besar, Cameron Highlands, Pahang.
Waktu operasi: 9 am – 4.30 pm.
#4. Cameron Adventurous

Kalau anda sukakan aktiviti mencabar, ini adalah tempat yang sesuai! Anda boleh merasai pengalaman menaiki dua jenis ATV atau Safari Landrover 4×4 untuk menerokai ladang teh yang luas dan cantik.
Alamat: Cameron Valley Tea House 3, Jalan Besar Kuala Terla 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Waktu operasi: 10 am – 5.30 pm (Isnin – Jumaat) dan 9 am – 6 pm (Sabtu dan Ahad).
#5. Pasar Malam Cameron Highlands

Pasar malam ini menjual produk asli penduduk Cameron Highlands termasuklah tanaman segar, buah-buahan, sayur-sayuran, bunga, tumbuhan, cenderahati dan pelbagai jenis makanan jalanan.
Alamat: Landmark Golden Hill Resort, Jln Sungai Ruil Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang.
Waktu operasi: 5 pm – 11 pm (Pada setiap malam Jumaat dan Sabtu)
Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pilot Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Cuaca Buruk Di London Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Sanggup Beli 6 Beg Ais Kerana Cuaca Terlalu Panas. Siap Masukkan Dalam Kolam!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.