[Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur
Menerusi video tersebut, kucing berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan ‘para penderma’ dan orang yang lalu-lalang di situ.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila bercakap tentang kucing, siapa sahaja yang tidak mengenali haiwan kesayangan ramai ini?
Apa sahaja gelagat mereka, pasti ada yang tertambat hati kerana kecomelannya.
Begitulah yang berlaku dalam satu perkongsian apabila seekor kucing mencuri perhatian ramai di sebuah bazar.
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Nak Campak” – Tukang Sapu Dipuji Lepas Angkat Kucing Di Jalan Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kucing Didakwa Dicampak Keluar Dari Kereta Bikin Ramai Sebak
Kucing Jana Pendapatan Hanya Dengan Melepak
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@zulkha._), kelihatan seekor kucing sedang ‘melepak’ di tengah-tengah jalan di sebuah bazar. Tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang, si bulus ini hanya duduk bersahaja.
Apa yang mencuit hati adalah kehadiran satu bekas kosong di sebelahnya, seolah-olah ia peminta sedekah yang sedang meminta wang daripada orang ramai.
Seperti biasa, rakyat Malaysia yang mesra dan suka bergurau tidak melepaskan peluang untuk ‘menderma’.
Di hujung video, bekas tersebut kelihatan penuh dengan wang kertas bernilai beberapa ringgit.
Namun tidak dipastikan sama ada bekas tersebut sengaja diletakkan berhampiran kucing tersebut atau ia hanya sekadar konten semata-mata.
@zulkha._ Hidup ni keras dik – boboi #fyp #catsoftiktok #ramadan #bazar #cat
♬ tob tobi tob – wsszx.7
Ramai Terhibur Dengan Gelagat Kucing Berkenaan
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan situasi tersebut. Ada yang bergurau bahawa ini mungkin satu ‘sindiket’ yang sukar dikesan pihak berkuasa.


Tidak kurang juga yang bergurau mahu melatih kucing di rumah mereka supaya dapat melakukan perkara yang sama.

Gelagat spontan si bulus ini bukan sahaja menghiburkan, malah membuktikan bahawa kucing sememangnya memiliki ‘kuasa tarikan’ yang luar biasa.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Lelaki Kebumi Bangkai Kucing Golden BSH Terbiar Di Tengah Jalan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.