Now Reading
[Video] Raih Hampir 900K Views Di TikTok, Wanita Ini Berjaya ‘Remake’ Resepi Chicken Tenders Khairul Aming!

[Video] Raih Hampir 900K Views Di TikTok, Wanita Ini Berjaya ‘Remake’ Resepi Chicken Tenders Khairul Aming!

Menurut wanita berkenaan, dia bersyukur dapat peroleh semua bahan masakan untuk menyiapkan menu Hot Chicken Tenders tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila tiba bulan Ramadan, nama Khairul Aming tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Terkenal dengan pelbagai resepi juadah berbuka puasa, KA kini menjadi rujukan utama bagi mereka yang buntu mencari idea menu berbuka.

Resepi yang dikongsikannya terbukti menambat hati rakyat tempatan apabila berjaya mencetuskan fenomena dengan jutaan perkongsian di media sosial oleh mereka yang mencuba.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Sudah Sihat, Kembali Bekerja Selepas Dilaporkan Rebah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Belum Ada Pekerja Resign” – Khairul Aming Kongsi Tips Bina ‘Team’ Yang Bersatu Padu

Resepi Hot Chicken Tenders KA Tular Di Sosial Media

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@afifabaharudin4), seorang wanita berjaya meniru resepi yang dikongsikan KA.

Menurutnya, sebaik sahaja menonton video penyediaan menu tersebut, dia terus keluar membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi mencubanya sendiri.

Tambahnya di kapsyen video, resepi tersebut bukan sahaja mudah diikuti malah hasilnya sangat sedap.

Dia turut bersyukur kerana bahan-bahan masakan untuk menu ini masih tersedia di kedai-kedai, kerana kebiasaannya fenomena KA akan menyebabkan bahan masakan laris di pasaran.

Perkongsian ini mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia dan kini telah meraih sebanyak 800,000 jumlah tontonan, setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@afifabaharudin4/video/7477970378397240583?_r=1&_t=ZS-8uS7offwWKQ
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Turut Berkongsi Pengalaman ‘Remake’ Resepi KA

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman sama ketika mencuba menu daripada pempengaruh terkenal itu.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa kerana gagal menyediakan menu tersebut akibat kehabisan stok salah satu bahan utama.

Sumber: TikTok @afifabaharudin4
Sumber: TikTok @afifabaharudin4

Selain itu, ramai turut memuji hasil masakan wanita berkenaan yang kelihatan hampir sama seperti versi yang disediakan oleh KA sendiri.

Sumber: TikTok @afifabaharudin4

Resipi Hot Chicken Tenders Serta Sos Putih Khairul Aming

Bagi peminat setia Khairul Aming, pastinya resipi Hot Chicken Tenders ini bukan lagi sesuatu yang asing.

Menu rangup di luar, lembut dan berjus di dalam ini kembali menjadi kegilaan ramai, lebih-lebih lagi dengan gabungan sos putih berkrim yang menaikkan lagi rasanya.

Kalau anda belum sempat mencuba, ini resipi lengkap yang anda boleh ikuti.

Bahan-Bahan Hot Chicken Tenders

  • Tepung Bestari
  • Ayam dipotong panjang
  • Minyak

Bahan-Bahan ‘Hot Oil’

  • 1 sudu serbuk paprika
  • 1 sudu serbuk cayenne
  • 1/2 sudu serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu gula perang

Bahan-Bahan Sos Putih

  • 3 sudu yogurt plain
  • 3 sudu mayonis Kewpie
  • Perahan jus lemon secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa

Resipi ini mudah disediakan tetapi hasilnya sangat memuaskan. Pastikan ayam disalut dengan campuran perasa sebelum digoreng dengan sempurna untuk mendapatkan tekstur rangup.

Baca Artikel Berkaitan: “Buat Streak Dah Kenapa” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Ini Cuba Buat Resepi Khairul Aming Tapi Gagal

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dari 30 Ke 60 Resipi, Khairul Aming Bawa Kelainan Dalam Konten Ramadan Tahun Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd