Now Reading
“Lagi Seram Dari Jumpa Hantu” – POV Tak Hadir Ke Kelas Kerana ‘Dihalang’ Monyet Bikin Ramai Geram

“Lagi Seram Dari Jumpa Hantu” – POV Tak Hadir Ke Kelas Kerana ‘Dihalang’ Monyet Bikin Ramai Geram

Menerusi ruangan kapsyen, difahamkan pelajar itu tidak hadir ke kelas setelah terserempak dengan seekor monyet di hadapan pintu biliknya.

https://www.tiktok.com/@qil00h/video/7478190254214614292

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika rumah atau tempat menetap seperti kampus dikelilingi kawasan hutan, anda pasti banyak berdepan dengan haiwan liar terutama sekali monyet.

Kebiasaannya monyet liar ini tidak mengganggu orang ramai dan hanya menghampiri kawasan diduduki manusia untuk mencari makanan.

Namun situasi boleh menjadi berbahaya sekiranya monyet yang berkeliaran mula cuba menyerang orang ramai yang lalu-lalang di suatu tempat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Sempat Lari Tutup Pagar Pintu Sambil Dukung Bayi Sebelum Diserang Monyet Liar

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Nak Tutup Aurat” – Gelagat 2 Monyet Rebut Tudung Di Ampaian Jiran Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Monyet Sesat Masuk Lapangan Terbang Changi, Staf Wanita Dipuji Tenang Uruskan Situasi

Wanita Rakamkan Momen Monyet Di Depan Pintu Bilik Di Kampus

Itulah yang turut terjadi kepada seorang wanita yang dipercayai merupakan pelajar di sebuah kampus.

Menerusi rakaman video pendek berdurasi 10 saat yang dimuat naik di TikTok (@qil00h), dia membawa orang ramai untuk merasai sendiri ‘POV’ terlambat ke kelas akibat ‘dihalang’ seekor monyet.

“Sorry Dr tak datang kelas harini, tengah tak ada mood,” katanya di ruangan kapsyen.

Pada mulanya video berkenaan hanya menunjukkan daun pintu dari dalam bilik asrama, namun orang ramai pasti terkejut sebaik sahaja pintu tersebut dibuka.

Bukan Biasa-Biasa, Rupanya ‘Bapak Monyet’

Monyet di hadapan pintu biliknya itu bukan calang-calang ya, memang besar badannya! Kemungkinan ia merupakan monyet jantan dominan dalam kumpulannya.

Menerusi video tersebut, monyet itu yang pada mulanya melihat ke arah lain cepat sahaja menyedari saat pintu bilik dibuka.

Dia yang berada di atas tembok sempat melakukan ‘eye contact’ sebelum tiba-tiba melompat seperti mahu menghampiri wanita berkenaan.

Perkara ini menyebabkan wanita itu terus menutup pintunya dengan pantas. Boleh bayangkan bagaimana berdebarnya jantung dia waktu tu!

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Buruk Dengan Monyet

Situasi berkenaan bukanlah suatu yang asing lagi dalam kalangan mereka yang menduduki kampus berhampiran kawasan hutan. Ada yang berkata terserempak dengan monyet adalah pengalaman yang lebih menyeramkan berbanding terjumpa hantu.

Di ruangan komen, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalaman buruk apabila berdepan dengan monyet yang dihadapi mereka.

Ramai yang berkata mereka pernah dikejar oleh monyet, malah ada haiwan itu yang sempat masuk ke bilik asrama juga. Dalam beberapa insiden yang dikongsikan, terdapat monyet yang sehingga memeluk muka dan menggigit kaki manusia.

Dalam masa sama, seorang individu menegaskan bahawa pihak pengurusan perlu mengambil tindakan dalam menjaga keselamatan para pelajar. Bagaimanapun beberapa pengguna media sosial berpendapat itulah ‘harga’ yang perlu dibayar memandangkan kawasan kampus itu sendiri berada dekat dengan hutan.

Ada pula yang berseloroh bertanyakan bagaimanakah reaksi pensyarah setelah diberitahu tidak hadir ke kelas akibat ‘dihalang’ monyet.

Tips Jika Berdepan Dengan Monyet

Jika anda menetap di tempat yang dikelilingi kawasan hutan, terserempak dengan monyet bukanlah perkara yang asing lagi.

Namun terdapat langkah-langkah yang boleh diambil agar tidak dikejar iaitu seperti berikut:

  • Pegang apa-apa barang di tangan untuk tunjuk kepada monyet bahawa anda tidak takut.
  • Undur ke belakang secara perlahan sambil memandang tepat kepada kelakuan sang monyet. Namun elakkan memandang matanya kerana dikatakan monyet akan berasa lebih terancam dan akan menyerang.
  • Angkat barang yang dipegang pada tangan seolah-olah mahu ‘mengacah’ dan menakutkan monyet liar.
  • Jangan alihkan pandangan dari monyet itu selagi mana anda masih tidak berada di kawasan selamat. 

Selain itu, pastikan juga anda tidak membawa sebarang bungkusan makanan atau minuman ketika melalui kawasan yang sering terdapat monyet untuk mengelakkan diri daripada menjadi sasaran.

Elakkan juga daripada berlari apabila terserempak dengan monyet kerana ini boleh menyebabkan mereka terus mengejar anda. Jangan lakukan sebarang provokasi atau menyakiti monyet juga kerana risau lebih ramai rakan sekumpulannya yang akan menyerang anda pula.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Lawan Atau Lari?”- Lelaki Ini Kongsi Tips Berdepan Dengan Monyet Liar

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI

Baca Artikel Berkaitan: “Manusia Yang Ganggu Habitat” – Sekumpulan Monyet Banjiri Kawasan Kampung Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd