“Ini Kuih Limas Kan?” – Tepung Pelita Tiada Bahagian Pandan Cetus Keliru Netizen
Menerusi video tersebut, kuih yang dipercayai tepung pelita hanya berwarna putih sepenuhnya membuatkan pemilik video rasa tertipu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tepung pelita merupakan salah satu kuih kegemaran ramai, terutamanya pada bulan puasa. Kelembutan tepungnya, disulam pula dengan rasa santan yang berlemak serta kemanisan gula, menjadikannya pilihan sempurna untuk berbuka puasa.
Namun begitu, kehadiran kuih-muih lain yang seakan-akan sama sepertinya kadangkala mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Begitulah yang terjadi dalam satu perkongsian video di TikTok mengenai sejenis kuih tepung pelita yang kelihatan berbeza daripada kebiasaan.
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Malaysia Buka Kedai Kuih Tradisional Di New York, Kini Jadi Perhatian Ramai Penduduk AS
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Beradik Menang Acara Memanah Berkuda Di Perancis, Kumpul Dana Dengan Jual Kuih Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Banggalah Dengan Tradisi Kita” – Lelaki Persoal Nama Kuih Ketayap Diterjemah Ke Bahasa Inggeris
Lelaki Rasa Tertipu Lihat Tepung Pelita Hilang Lapisan Pandan
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@mfirdaus.k), kelihatan seorang lelaki membelah kuih tersebut untuk melihat bahagian bawahnya.
Kuih yang lazimnya mempunyai lapisan hijau di bawah itu ternyata berbeza, menyebabkan lelaki tersebut berasa tertipu kerana ia tidak seperti tepung pelita yang biasa dijual.
@mfirdaus.k Expectation…
♬ orijinal ses – En İyi Komikler
Ramai Kongsi Pendapat Mengenai Tepung Pelita Tersebut
Rata-rata komen yang ditinggalkan netizen bercerita tentang asal-usul kuih tersebut.
Menurut seorang pengguna TikTok, kuih yang dibeli pemilik video itu sebenarnya ialah kuih limas, bukannya tepung pelita.
Namun, ada pula yang membidas penjelasan tersebut dengan menyatakan bahawa kuih limas juga mempunyai dua lapisan berwarna hijau dan putih, sama seperti tepung pelita.


Seperti biasa, rakyat Malaysia tidak pernah lari daripada bergurau. Ruangan komen turut dipenuhi dengan jenaka mengenai kekeliruan ini.



Beza Kuih Tako, Limas & Tepung Pelita
Kepelbagaian adat dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia melahirkan pelbagai jenis makanan tradisional. Seiring dengan peredaran zaman, resepi kuih-muih ini turut mengalami perubahan.
Kuih tako, limas, dan tepung pelita sering disalah anggap sebagai kuih yang sama kerana persamaan dari segi warna, bentuk, rasa serta teksturnya.
Namun, apakah perbezaan utama antara ketiga-tiga kuih ini? Mari kita lihat!
#1. Kuih Tako

Kuih tako berasal dari Selatan Semenanjung Malaysia. Lapisan atasnya diperbuat daripada tepung jagung, santan, dan garam, memberikan rasa lemak masin yang seimbang.
Sementara itu, lapisan bawahnya pula diperbuat daripada campuran tepung jagung, gula, dan pandan, serta kebiasaannya dicampur dengan sengkuang untuk memberikan tekstur yang lebih unik.
Kuih ini biasanya dibalut dengan daun pandan, menjadikannya lebih wangi dan menyelerakan.
#2. Kuih Limas

Kuih ini berasal dari negeri Perak dan mempunyai sedikit perbezaan daripada kuih tako.
Lapisan atasnya diperbuat daripada tepung gandum, memberikan tekstur yang sedikit berbeza.
Manakala, lapisan bawahnya pula adalah campuran tepung gandum, gula, dan pandan, menghasilkan rasa yang lebih lembut dan manis.
Kuih ini dibalut menggunakan daun pisang, memberikan aroma yang tersendiri.
#3. Tepung Pelita

Inilah kuih yang sering menjadi pilihan ramai, terutamanya di Pantai Timur.
Secara asasnya, tepung pelita dibuat menggunakan tepung beras, santan, dan garam.
Lapisan bawahnya pula terdiri daripada campuran tepung beras, gula, dan pandan, memberikan rasa yang lembut serta sedikit kenyal.
Sama seperti kuih limas, tepung pelita juga dibalut dengan daun pisang.
Dah dapat bezakan? Semoga bermanfaat!
Baca Artikel Berkaitan: 11 Jenis Menu Juadah Berbuka Puasa Dari Seluruh Dunia. Ke-10 Paling Ramai Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Jenis Bekas Makanan Yang Sesuai Untuk Bungkus Juadah Berbuka Puasa Di Bazar Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: “Tiada War Takjil” – Wanita Indonesia Terkejut Lihat Makanan Bufet Di Malaysia Tak Habis Licin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.