[Video] Ramai Terpegun Dengan Hasil Kreatif Guru Ini Hias Kelas Sendiri
Menerusi perkongsiannya, guru tersebut menghabiskan masa seorang diri menyiapkan lukisan berkenaan untuk dipamerkan di hadapan kelas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bercakap tentang menghias kelas, pasti ramai pernah melalui pengalaman yang sama sewaktu zaman persekolahan.
Sama ada di sekolah rendah, menengah, mahupun bilik kuliah, pasti ada saat di mana semua pelajar bersama-sama menghias ruang pembelajaran untuk sesuatu majlis atau pertandingan.
Namun, berbeza dengan seorang guru ini yang mengambil inisiatif sendiri untuk menghias kelas demi memberikan suasana lebih menarik kepada murid-muridnya.
Baca Artikel Berkenaan: Guru Perlu Dapatkan Kebenaran Jika Mahu Buat Kerja Sambilan – Menteri Pendidikan
Baca Artikel Berkenaan: “Membaca Jambatan Ilmu” – Ramai Kesal Wujud Ibu Bapa Tidak Peka Dengan Arahan Guru
Baca Artikel Berkenaan: “Dah Pesan Jangan Biar Kosong” – Cikgu Pening Tanda Kertas Peperiksaan Pelajar, Banyak Lompong & Jawapan Salah
Guru Dedikasi Hasilkan Lukisan Berskala Besar
Seorang guru yang dikenali melalui akaun TikToknya, (@tikus_laut07) berkongsi usahanya dalam menceriakan kelas dengan menghasilkan lukisan berskala besar.
Dalam video yang dimuat naik, kelihatan guru tersebut tekun menyiapkan lukisan gergasi untuk dipamerkan di kelasnya.
Proses menyiapkan lukisan itu juga bukan kerja mudah, kerana dalam video berkenaan, dia kelihatan bertukar pakaian, menandakan usaha tersebut mengambil masa berhari.
Akhirnya, pada penghujung video, guru itu menampal hasil lukisannya di papan kenyataan kelas, memberikan sentuhan terakhir yang melengkapkan hiasan kelasnya.
Skil Lukisan Guru Curi Perhatian Netizen
Apa yang benar-benar mencuri perhatian ramai adalah bakat luar biasa guru ini dalam melukis dan mewarna.
Lukisan berskala besar bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihasilkan, lebih-lebih lagi apabila dilakukan seorang diri.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan dedikasi guru tersebut dalam menceriakan kelasnya.

Mereka turut memuji hasil kerja yang bukan sahaja cantik, malah menunjukkan kreativiti luar biasa.


Pengorbanan Guru Demi Murid-Murid
Walaupun segala usaha ini kelihatan indah dan mengagumkan, harus diingat bahawa apa yang dilakukan oleh guru ini adalah satu bentuk pengorbanan.
Bukan sahaja masa dan tenaga dicurahkan, tetapi juga wang sendiri untuk memastikan murid-murid mendapat suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan menarik.
Justeru, bersyukurlah kerana masih ada guru yang begitu prihatin terhadap pelajar dan persekitaran pembellajaran mereka.
Usaha mereka mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna buat para pelajar sememangnya harus diberi pujian.
Baca Artikel Berkenaan: Lukisan Venom Bercorak Batik Malaysia Tarik Perhatian Sony Pictures
Baca Artikel Berkenaan: “Macam 3D!” – Lelaki Lukis 3 Bangunan Ikonik Di Malaysia Atas Samping Songket Curi Perhatian
Baca Artikel Berkenaan: [Video] Pasangan Kembar Kreatif & Che Sayang Kitchen Hasilkan Kek Berpusing Tema Merdeka Bikin Ramai Kagum
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.