[Video] Ramai Puji Lelaki Kebumi Bangkai Kucing Golden BSH Terbiar Di Tengah Jalan
Menurut lelaki tersebut, dia menemukakan bangkai kucing berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke arah Bukit Banyan di Sungai Petani, Kedah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam keseronokan orang ramai menonton video kucing yang menggelikan hati, ada pula kisah duka apabila kucing ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.
Mujur masih ada individu berhati emas yang akan membantu untuk mengebumikan bangkai kucing yang ditemui. Jika tidak pasti ia akan dibiarkan membusuk sehingga reput.
Seperti sebelum ini, seorang wanita telah mengusap seekor kucing yang disangkakan sedang tidur sebelum menyedari haiwan itu sebenarnya sudah tidak bernyawa. Dia kemudiannya telah menanam kucing tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Disangkakan Sedang Tidur, Wanita Terkejut Kucing Yang Dibelai Rupanya Sudah Tak Bernyawa
Baca Artikel Berkaitan: “Patut Jadi Contoh!” – Aksi Rider Foodpanda Tanam Kucing Dilanggar Kereta Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Nyawa Hujung Tanduk” – Anak Kucing Nyaris Digilis, Suami Isteri Bertindak Pantas
Bangkai Kucing Ditemui Ketika Dalam Perjalanan Pulang Ke Rumah
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok (@amirulfikrirahman), lelaki yang digelar Amirul itu telah menemukan seekor kucing yang tidak bernyawa di tengah jalan sebelum mengalihnya ke tepi.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, haiwan tersebut bukanlah kucing biasa tetapi berbaka Golden British Short Hair (BSH) yang kebiasaannya dipelihara dan bukanlah hidup secara liar.
Dia menyedari kucing tersebut ketika sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke arah Bukit Banyan di Sungai Petani, Kedah.
“Kepada yang kehilangan, kucing awak dah tak ada. Saya balik kerja sekitar 2 pagi nampak kucing awak terbaring tengah jalan. Jatuh daripada kereta atau apa tak pasti. Tapi mungkin baru je mati sebab darah tak beku lagi. Badan masih lembut dan panas,” katanya.
Kucing Dilihat Memakai Kolar & Alat Penjejak
Melihat kucing berwarna keemasan itu memakai kolar dengan alat penjejak (tracker) membuatkan dia lebih yakin bahawa ia mempunyai pemilik dan bukanlah dibuang dengan sengaja.
Dapat dilihat Amirul mengusap bahagian perut kucing itu untuk menunjukkan bahawa badannya masih lembut dan belum mengeras, yang menandakan ia baru sahaja mati.
Terdapat juga kesan darah pada mulut kucing tersebut. Menurut VCA Animal Hospitals, darah pada mata, hidung atau mulut kucing bermakna ia mungkin mengalami kecederaan kepala. Oleh itu, si bulus itu barangkali mati akibat dilanggar kenderaan.
Amirul kemudiannya dilihat membersihkan bangkai kucing itu terlebih dahulu sebelum mengebumikannya. Dia turut menyimpan kolar yang dipakai kucing terbabit, mungkin jika dituntut oleh tuannya.
@amirulfikrirahman GOLDEN BSH -kpd yg kehilangan, kucing awk dh tak ada, saya balik kja around 2pagi, nmpak kucing awk terbaring tgh jln, menghala ke arah bukit banyan sungai petani Jatuh drp kereta atau apa, tak pasti tpi probably baru ja mati sbb darah tak beku lagi, badan masih lembut dan panas Saya tolong tanam kucing awak#bukitbanyan #sungaipetanikedah #fakebloodwarning⚠️ #toowner
♬ Very Sad – Enchan
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Puji Tindakan Tanamkan Bangkai Kucing
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan Amirul yang mengebumikan kucing Golden BSH itu. Mereka turut mendoakan agar dia sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa hiba mengenangkan perasaan pemilik kucing itu jika mendapat berita kematian anak bulus kesayangan.
Dalam masa sama, beberapa individu berkata mereka tidak melepaskan kucing keluar dan dibiarkan di dalam rumah sahaja kerana risau insiden sama berlaku ke atas si bulus.
Di samping itu, seorang pengguna TikTok berkata terdapat satu hantaran yang tular di Facebook sebelum ini tentang seorang individu yang mencari kucing di kawasan Bukit Banyan. Namun carian kami tidak menemukan hantaran tersebut.






Hukum Menanam Bangkai Kucing
Penceramah Ustaz Azhar Idrus sebelum ini telah menerangkan mengenai hukum menanam bangkai kucing yang dilanggar.
Katanya, jika seseorang tidak sengaja terlanggar kucing sehingga mati, ia dikira tidak berdosa.
Malah, bangkai kucing itu juga tidaklah wajib ditanam, tetapi sunat hukumnya supaya baunya tidak menyebabkan kemudaratan kepada orang sekeliling.
Namun sebagai individu dengan sifat belas kasihan, lebih elok jika kita cuba lupuskan bangkai kucing yang ditemui. Jika tidak berkesempatan, cukuplah sekadar mengalihnya ke tepi jalan agar tidak dilanggar sehingga hancur oleh kenderaan lain.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Perjelas Hukum Terlanggar Kucing Hingga Mati & Tidak Tanam Bangkai
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Racun Beruk Gara-gara Masuk Ke Dalam Rumah? Ini Penjelasan UAI
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.