[Video] “Malaysia Boleh Bela Rakun?!” – Ramai Keliru Lihat Kehadiran Rakun Berbaju Dalam Surau
Menerusi video itu, rakun itu turut berbaju dan berjalan-jalan di hadapan imam ketika mereka sedang berdoa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Haiwan yang mesra dengan manusia sememangnya mudah ditemui di mana-mana, terutamanya kucing.
Tempat seperti kedai runcit, kawasan taman perumahan, surau, dan banyak lagi sering menjadi lokasi utama haiwan-haiwan ini berehat.
Namun, satu perkongsian di TikTok baru-baru ini mencetuskan kekeliruan apabila kelihatan seekor rakun berlegar-legar di dalam sebuah surau.
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Surau Bergerak Ini Dulunya Adalah Bas Mini. Menarik Betul!
Baca Artikel Berkaitan: ‘Surau Bergerak’ Di Terengganu Jadi Yang Pertama Terima Lesen Dari JPJ
Baca Artikel Berkaitan: Anda Penggemar Haiwan? Ini Info Penting Tentang Baka Telomian & Kucing Malaysia
Rakun Berbaju Jalan-Jalan Dalam Kawasan Surau
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok (@sapimonyanyoo), kelihatan beberapa individu sedang duduk berdoa, dipercayai selepas selesai menunaikan solat.
Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran seekor rakun yang berjalan santai di hadapan imam surau tersebut.
Lebih mencuit hati, rakun itu dilihat mengenakan pakaian, dan orang di sekelilingnya kelihatan amat tenang dengan situasi tersebut seolah-olah ia perkara yang biasa berlaku di situ.
Rakun Dalam Surau Undang Pelbagai Reaksi
Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi tersebut.
Ada yang tertanya-tanya bagaimana seekor rakun boleh berada di Malaysia, apatah lagi dibela dan dibawa ke dalam surau bersama-sama jemaah.


Seperti biasa, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bergurau dengan meninggalkan pelbagai komen lucu.



Selain itu, ada juga yang bertanya mengenai keperluan serta peruntukan bagi seseorang yang ingin membela rakun di negara ini.

Adakah Rakun Sejenis Anjing?
Menurut pandangan yang dinyatakan dalam artikel Maktabah Al-Bakri, rakun tidak termasuk dalam kategori najis mughallazah seperti anjing. Ini kerana rakun adalah spesies yang berbeza dan dianggap sebagai haiwan yang suci.
Oleh itu, menyentuh rakun tidak menimbulkan isu kenajisan berat, dan najis serta bangkainya dikategorikan sebagai najis mutawassitah iaitu najis sederhana.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali, salah satunya dengan tanah.
HR Muslim, no. 279
Hadis ini menunjukkan bahawa hanya anjing dan keturunannya yang dikategorikan sebagai najis berat iaitu mughallazah, tidak termasuk rakun.
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Pun Boleh Stres & Sakit Bila Ramai Orang Di Rumah. Baru Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Cat Beach Sanctuary’ Tempatkan Lebih 250 Kucing Di Tepi Pantai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.