Now Reading
[Video] Kakak Beli Mainan Baru Kerana Tak Nak Berebut Dengan Adik, Sempat Bersedekah Lepas Keluar Kedai

[Video] Kakak Beli Mainan Baru Kerana Tak Nak Berebut Dengan Adik, Sempat Bersedekah Lepas Keluar Kedai

Menerusi perkongsian tersebut, kanak-kanak itu masuk semula ke kedai untuk membeli mainan untuk adiknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap ibu bapa mahukan anak-anak yang berakhlak mulia dan berkelakuan baik.

Akan tetapi, mendidik anak-anak bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha yang sangat teliti dan rapi.

Namun, alangkah sejuknya hati apabila anak-anak itu sendiri dapat memahami dan belajar daripada persekitarannya yang positif untuk menjadi seorang insan yang baik.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kecil Order 8 Bungkus Ayam Goreng Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Bikin Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Allah Sembuhkan” – Gelagat Anak Bermain Jadi Doktor Dengan Ayah Bikin Ramai Terhibur

Kakak Pelawa Beli Mainan Baru Untuk Adik

Itu yang dirasakan oleh seorang ibu apabila anak perempuannya yang lebih berusia sanggup beralah kepada dua adik kembarnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh wanita berkenaan dalam satu video yang dikongsi di laman TikTok peribadinya (@officetodapor).

Pada awalnya, anak perempuannya hanya membeli dua mainan dan tanpa disedari, seorang adiknya tertinggal. Situasi itu menyebabkan dua orang adik kembarnya mula berebut sesama sendiri.

“Menyedari hal itu, dia terus mempelawa adiknya membeli mainan baru menggunakan duit sendiri. Katanya, duit kakak masih banyak,” ujar si ibu.

Lebih menyentuh hati, selepas keluar dari kedai, si kakak terus melakukan kebaikan apabila dilihat menghulurkan sebungkus roti kepada seorang lelaki di atas kerusi roda.

@officetodapor

Selalu pesan ke anak-anak walaupun kita susah ada orang lagi susah dari kita, so kita perlu sentiasa BERSYUKUR. #anak #ummitwins

♬ original sound – >Chik_Zira< – >Chik_Zira<
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sebak & Luah Rasa Syukur

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat kebaikan hati kanak-kanak ini.

Netizen turut meluahkan rasa syukur kerana masih ada generasi muda yang dididik dengan nilai murni dan sifat pemurah sejak kecil.

Sumber: TikTok @officetodapor
Sumber: TikTok @officetodapor
Sumber: TikTok @officetodapor
Sumber: TikTok @officetodapor

Pengorbanan mendidik anak-anak supaya berakhlak baik bukanlah tugas yang mudah, namun ia penting demi masa depan mereka.

Walaupun mencabar, ibu bapa perlu berusaha memberi teladan dan bimbingan agar anak-anak membesar dengan sikap penyayang serta bertanggungjawab.

Demi membentuk peribadi mereka yang mulia, ibu bapa wajar meluangkan masa dan keringat, dengan harapan anak-anak menjadi individu yang menghormati orang lain dan sentiasa ringan tulang membantu sesiapa yang memerlukan.

Baca Artikel Berkaitan: “Terlalu Ikutkan Kehendak Mereka”- Ini Antara Kesilapan Ibu Bapa Lakukan Ketika Mendidik Anak

Baca Artikel Berkaitan: Anak Suka Memanjat? Boleh Ikuti Tips Ini Supaya Anak Mudah Dengar Kata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd