[Video] “Berbuka Atas Motor Ke?” – Trafik Sesak Di Sempadan Malaysia & Singapura Undang Pelbagai Reaksi
Menerusi video tersebut, penunggang motosikal juga perlu “menanggung derita” menghadapi kesesakan jalan raya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam mencari rezeki, tidak semua orang bernasib sama. Ada yang mendapat laluan mudah, dan ada yang perlu berusaha lebih keras.
Kadangkala, masa dan tenaga perlu dikorbankan sepenuhnya demi memastikan keluarga tidak terputus bekalan makanan.
Inilah realiti yang dihadapi rakyat tempatan yang bekerja di Singapura, terpaksa meredah kesesakan trafik setiap hari demi mencari rezeki.
Baca Artikel Berkaitan: Penumpang Bas Ke Singapura Tak Perlu Pamer Pasport Bermula 16 Disember 2024
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura
Baca Artikel Berkaitan: Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura Dengan Bajet RM220 Je! Cukup Untuk Naik MRT, Bas & Makan
Kesesakan Di Pusat Pemeriksaan Cetus Perhatian
Satu perkongsian di TikTok (@emang_1998) memaparkan suasana kesesakan luar biasa di pusat pemeriksaan antara Malaysia dan Singapura dipercayai laluan menghala pulang ke Johor.
Barisan kenderaan kelihatan memanjang sejauh mata memandang, menandakan kesabaran yang perlu ditempuhi oleh mereka yang berulang-alik setiap hari.
Difahamkan, keadaan ini berlaku di Pusat Pemeriksaan Woodlands, yang sering menjadi laluan utama bagi majoriti pekerja Malaysia di Singapura.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pendapat dilontarkan oleh netizen yang prihatin dengan situasi ini.
Ada yang mencadangkan agar mereka memilih laluan alternatif seperti pusat pemeriksaan Tuas yang lebih lapang.




Namun, ada juga yang beranggapan bahawa cabaran ini berbaloi dengan gaji lumayan yang dibawa pulang setiap bulan.

Wanita Sesak Nafas Ketika ‘Sangkut’ Dalam Trafik
Apabila kesesakan seperti ini berlaku, kebimbangan utama adalah jika timbul sebarang kecemasan.
Baru-baru ini, seorang wanita mengalami sesak nafas ketika terperangkap dalam trafik selama hampir 40 minit sewaktu dalam perjalanan ke Singapura.
Baca Artikel Berkaitan: “Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen
Dalam klip video yang dikongsi, seorang pegawai polis dilihat bertanyakan situasi kepada suaminya selepas mereka terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan.
Mujur, pihak polis bertindak pantas dengan mengiringi kenderaan mereka hingga ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan segera.
Difahamkan, wanita berkenaan sudahpun berada dalam keadaan stabil dan selamat.
Itinerari Trip Balik Hari Johor Bahru-Singapura
Kepada korang yang teringin nak makan angin di Singapura dari Johor Bahru menaiki tren KTM, jom kami bantu anda dari segi itinerari perjalanan. Bab bajet , jangan risau. Tak sampai RM300 pun untuk perjalanan balik hari.
Sebelum bergerak ke Singapura, jangan lupa muat turun aplikasi SG MRT dan City Mapper sebagai panduan korang untuk berjalan dari satu lokasi ke lokasi lain.
Perjalanan Sebelum Tiba Ke Singapura
Perkara penting yang korang kena buat adalah menempah tiket tren KTM. Jom kami beri tunjuk ajar.
- Muat turun aplikasi KTMB Mobile untuk memudahkan urusan pembelian tiket kereta api secara atas talian.
- Klik pada ‘Shuttle Tebrau’ dan pilih JB Sentral sebagai lokasi berlepas dan Woodlands CIQ sebagai lokasi ketibaan.
- Datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu kereta api berlepas kerana anda perlu beratur di kaunter untuk membolehkan pasport diimbas sebagai tiket di pintu masuk.
- Selepas turun di pintu masuk, bersedia untuk pemeriksaan kastam.
- Selesai beratur di bahagian kastam, anda akan keluar turun ke bahagian ruangan ketibaan kereta api.
- Pilih mana-mana tempat duduk di dalam kereta api.
- Tunggu sehingga kereta api bergerak untuk meneruskan perjalanan anda memasuki Singapura menerusi pintu masuk Woodlands.
- Selepas lima minit, kereta api akan berhenti di Woodlands Train Checkpoint bagi membolehkan penumpang membuat pemeriksaan pasport dan imbasan barangan di bahagian imigresen.
- Selesai pemeriksaan imigresen, keluar dari kawasan Woodlands Train Checkpoint dan bergerak ke hentian bas.
- Naik bas CW01 ke Kranji dengan harga $1SGD (RM3.34) dan mengambil masa 15 minit untuk tiba di hentian bas MRT Kranji.
- Selepas tiba di MRT Kranji, beli kad Ezlink dengan harga $10SGD (RM33.39) untuk membolehkan anda menaiki bas dan MRT di Singapura.
Nota: Kad Ezlink yang dibeli akan mempunyai wang $5SGD di dalamnya. Kemudian kami menambah nilai kad tersebut berjumlah $10SGD dan kini mempunyai baki sebanyak $15SGD.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Cuba Travel Ke Singapura Naik Kereta Api? Ini Panduan Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: Cemburu Dengan Malaysia, Lelaki Dari Singapura Datang Ke KL Kerana Rindu Nasi Lemak Di PJ
Baca Artikel Berkaitan: Sistem Pamer Kereta Singapura Miliki Saman PDRM Jadi Tumpuan Masyarakat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.