Now Reading
“Orang Jual Kau Pun Nak Jual” – Wanita Kecewa Ayam Bakar Dibeli Di Bazar Ramadan Mentah

“Orang Jual Kau Pun Nak Jual” – Wanita Kecewa Ayam Bakar Dibeli Di Bazar Ramadan Mentah

Menerusi video tular, kelihatan ayam bakar yang dibeli oleh Shyela di bazar Ramadan itu sememangnya berbahaya kerana belum 100% masak di bahagian dalamnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aspek keselamatan makanan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengguna dan juga peniaga. Hal ini kerana makanan yang tidak berkualiti mampu memberi kesan buruk terhadap tubuh badan kita.

Sebelum ini, seorang wanita kembang tekak selepas menjumpai kain buruk dalam martabak yang dibeli di bazar Ramadan. Ya, martabak berintikan kain lap. Jelasnya, dia hanya menyedari kewujudan kain tersebut selepas dia sukar memotong juadah berkenaan.

Wanita itu dalam masa sama turut mempersoalkan kewujudan benda kotor terbabit sama ada ia adalah pelaris atau sekadar kain lap biasa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak” – Wanita Terkejut Jumpa Kain Buruk Dalam Martabak

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Mahu Boikot Bazar Ramadan, Pertikai Harga Makin Mahal & Tak Jaga Kualiti

Wanita Kesal Ayam Bakar Dibeli Di Bazar Ramadan Masih Mentah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@myliyaaaa) apabila seorang wanita dikenali sebagai Sheyla berkongsi keadaan juadah yang dibeli olehnya dari sebuah bazar Ramadan.

Menerusi video tersebut, kelihatan ayam bakar itu masih lagi tidak masak dan mentah di bahagian dalamnya.

Banyak bahagian di dalamnya yang mentah seolah-olah hidangan itu dimasak dengan begitu cepat dan tidak begitu diteliti oleh peniaga.

“Orang jual kau pun nak jual. Tolonglah jangan fikir nak kaya je,” luah Sheyla.

Ayam yang mentah tersebut sekaligus membuatkan Sheyla hilang selera makan.

@myliyaaaa Tolongla jangan fikir nak kaya je. aduhai #bazarramadan #menubazar ♬ original sound – DdChronicle

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Ayam Bakar Yang Masih Mentah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai geli melihat keadaan ayam yang begitu mentah.

“Kembang tekak. Melampaunya, dah la harga (di sesetengah bazar) boleh tahan (mahal),” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga meluahkan rasa berang dengan sikap peniaga yang cuai terhadap makanan yang dijual kepada pelanggan. Selain itu, ada juga yang berkata mereka pernah mengalami masalah kesihatan kerana termakan ayam mentah.

“Hati-hati dengan ayam tak masak ni. Pernah beli ayam tak masak sangat, lepas tu goreng balik. Lepas makan sakit perut cirit birit sampai dua hari,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka membeli juadah makanan di bazar Ramadan.

“Aku beli martabak ada kulit telur dalamnya memang red flag baru je kena ni,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@myliyaaaa)

Kesan Bahaya Makan Ayam Mentah Kepada Kesihatan

Untuk info, mengambil ayam mentah boleh memudaratkan kesihatan individu. Hal ini kerana, daging ayam yang kurang matang adalah faktor kepada penyakit yang serius akibat kontaminasi pelbagai jenis bakteri atau virus.

Memetik Hello Doktor, antara beberapa jenis bakteri yang sering dijumpai dalam ayam mentah adalah Campylobacter, Salmonella, dan Clostridium perfringens.

Sumber: Pexels

Berikut adalah antara risiko penyakit yang boleh dialami oleh seseorang jika mengambil ayam mentah:

  • Tipes atau demam tifoid
  • Flu burung atau H5N1
  • Flu perut atau Gastroenteritis
  • Sindrom Guillain-Barre (lemahkan otot hingga kelumpuhan)
  • Penyebaran bakteri E. coli di saluran pencernaan

Ada juga kes di mana bakteria Salmonella ini boleh membawa kepada maut jika tidak dirawat dengan segera. Seperti terdahulu, JKN Selangor mengesahkan terdapat bakteria Salmonella di dalam hidangan bihun goreng yang dimakan oleh remaja dan kanak-kanak yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Gombak.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis

Lapor Kepada KKM Jika Makanan Dibeli Tak Berkualiti

Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tercemar serta rosak.

  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau MyGCC: 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Facebook BKKMHQ.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Malay Mail

Selain itu, pihak KKM turut memperkenalkan inisiatif baharu, WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan iaitu platform khusus bagi orang awam menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan menerusi talian 012-8484378.

Baca Artikel Berkaitan: “Hari 1st Ramadan Dah Kena Scam” – Isi Sotong Takoyaki Sebesar Kismis Bikin Ramai Bengang

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara ‘Defrost’ Bahan Mentah Beku Dengan Selamat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd