“Kalau Saya Dapat RM90,000?” – Cara Calon Ini Jawab Soalan Semasa Interview Jadi Topik Perbualan
Calon tersebut telah disoal oleh penemu duga sama ada dia boleh membawa hasil sebanyak RM30,000 kepada syarikat jika diberi gaji RM3,000 setiap bulan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila memohon kerja, calon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga sebelum diterima ke tempat kerja jika resume yang diberi adalah selari dengan harapan sesebuah syarikat.
Dalam menjawab soalan yang dikemukakan ketika sesi tersebut, kebiasaannya calon akan berhati-hati supaya tidak memberi jawapan yang salah atau tidak digemari penemu duga.
Namun kadang-kadang ada juga calon yang agak ‘keras hati’ dan melontarkan sahaja apa yang timbul di dalam kepala saat disua soalan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah 4 Tips Apply Kerja Di Aplikasi LinkedIn. CV Kena Cantik & Kemas!
Baca Artikel Berkaitan: Susah Nak Dapat Slot Temu Duga? Ini Tips Dapatkan Banyak Sesi Interview Dari Syarikat
Baca Artikel Berkaitan: “Proper Greeting Pun Tak Ada” – Cara Individu Ini Mohon Kerja Di E-mel Buat Ramai Stres
Calon Ini Jawab Soalan Penemu Duga Dengan Soalan
Contoh sedemikian telah dikongsikan oleh seorang individu, Affendi H., menerusi platform LinkedIn baru-baru ini.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, seorang individu berkongsi pengalaman ketika dia menghadiri sesi temuduga bagi posisi pereka grafik.
Tanpa berkata apa-apa setelah selesai membelek CV dan portfolio calon terbabit, penemu duga terus melontarkan soalan, “Kalau kami bayar awak RM3,000, boleh ke awak dapatkan RM30,000 untuk syarikat ini?”
Katanya soalan yang dilemparkan itu amat mengejutkan dan tanpa sempat berfikir panjang dia membalas semula dengan soalan.
“Macam mana kalau saya dapatkan RM90,000 (untuk syarikat), boleh saya dapatkan gaji RM9,000 sebulan?” soalnya.
Lelaki Nasihati Orang Ramai Agar Bekerja Di Tempat Yang Menghargai Usaha
Affendi berkata dia menggemari sikap calon tersebut menjawab soalan sedemikian, seolah-olah bersetuju bahawa mereka yang membawa lebih banyak hasil kepada syarikat perlu dibayar gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan.
“Kalau anda dah berikan 10 kali ganda lebih daripada yang dijangka, dan mereka masih kata anda tidak bersyukur, mungkin sudah tiba masa untuk fikir semula di mana anda meletakkan usaha anda,” katanya.
Dia juga menasihati orang ramai agar pergi bekerja di syarikat yang mana nilai dan usaha mereka akan dihargai.
Affendi bagaimanapun berkata dia masih kekal di tempat kerja sama kerana syarikat berkenaan melihat dan memberi ganjaran atas usahanya.
Carian kami di aplikasi Thread berjaya menemui hantaran berkenaan. Menerusi bebenang itu, calon terbabit memaklumkan dia akhirnya menolak tawaran berkenaan kerana syarat berhubung tempoh percubaan selama tiga bulan.

Ramai Rasa Reaksi Calon Tersebut Tidak Salah, Namun Ada Juga Sebaliknya
Perkara itu sememangnya menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan orang ramai. Ramai yang bersetuju dengan cara bagaimana calon terbabit menjawab soalan tersebut, tetapi ada juga yang berasa sebaliknya.
Seorang pengurus sumber manusia menggemari keyakinan yang ditunjukan oleh calon berkenaan. Dia berkata, “Saya rasa generasi muda lebih berani dan mendesak dalam cara yang positif. Kalau saya penemu duga, saya akan terus ambil dia bekerja”.
Dalam masa sama, beberapa individu menegaskan bahawa tugas menjana pendapatan syarikat adalah milik mereka yang bekerja di bahagian jualan dan bukanlah seorang pereka grafik.
Manakala seorang konsultan berkata mustahil bagi seseorang bergaji RM3,000 untuk membawa RM30,000 kepada syarikat. “RM3,000 adalah (bayaran) bagi aras permulaan (entry level) dan jika syarikat menjangkakan hasil RM30,000, ada sesuatu yang sangat bermasalah dengan budayanya,” katanya.




Ada Yang Rasa Penemu Duga Bersikap Sombong
Bagaimanapun, seorang konsultan sumber manusia pula berasa calon tersebut sepatutnya bersikap lebih rendah hati apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemu duga.
“Kalau anda boleh bawa hasil RM90,000, ia sepatutnya ditunjukkan di dalam portfolio. Jangan cabar orang kalau tangan kosong, ilmu cetek setakat buku lali,” katanya.
Di samping itu, ada juga yang membahas dari sudut sikap penemu duga itu sendiri. Seorang individu merasakan bahawa penemu duga berkenaan bersikap sombong dan kurang beradab apabila melontarkan soalan sedemikian, manakala calon berjaya memberi respon dengan kreatif.
Ada juga yang senada dengannya dan berpendapat seorang penemu duga harus bersikap profesional dan tidak bertanya soalan yang boleh membuatkan calon berasa tidak suka pada syarikat.



Tips Hadiri Temuduga Kerja
Menghadiri temuduga kerja merupakan satu perkara yang mencemaskan, lebih-lebih lagi buat mereka yang kali pertama melalui pengalaman itu.
Bagi anda yang bakal menghadiri sesi temuduga kerja tidak lama lagi, berikut kami kongsikan tips yang boleh dipraktikkan:
- Cari maklumat di laman web syarikat.
- Layari media sosial syarikat.
- Fokus pada kata kunci pekerjaan yang dimohon.
- Senaraikan soalan yang boleh/mahu ditanya ketika ditemuduga.
Antara contoh soalan yang boleh ditanyakan adalah halangan terbesar yang pekerja mungkin berdepan ketika bekerja dan budaya bekerja di syarikat berkenaan.
Apapun anda diingatkan agar kekal tenang dan yakin. Anggap sahaja sesi temuduga itu sebagai ‘borak-borak’ dengan bakal majikan!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Selepas Berjaya Dapat Tawaran Interview Di LinkedIn? Ikuti 6 Tips Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



