Now Reading
“Effort A+” – Gelagat Staf Kedai Mamak Bergegas Siapkan Order Ketika Sahur Cuit Hati Ramai

“Effort A+” – Gelagat Staf Kedai Mamak Bergegas Siapkan Order Ketika Sahur Cuit Hati Ramai

Kelihatan pekerja-pekerja di Restoran Nasi Kandar Karim di Ipoh itu begitu pantas menambah makanan di ruangan display dan menghantar pesanan kepada pelanggan yang mahu bersahur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, para Muslim disunatkan untuk bersahur sepanjang bulan Ramadan. Ia bukan sahaja berfungsi memberi tenaga ketika berpuasa, malah perbuatan itu juga dijanjikan keberkatan dari Allah SWT.

Pun begitu, mungkin ada di antara kita yang mempunyai sedikit cabaran untuk bangun pada awal pagi. Mungkin ada juga yang sampai terlajak hingga azan Subuh hampir berkumandang.

Waktu itu, memang terburu-buru nak capai kurma atau segelas air dekat dapur. Jangan kata di rumah, malah di restoran juga boleh tahan kalutnya ketika bersahur lebih-lebih lagi di kedai mamak yang dipenuhi ramai orang.

Pekerja Mamak Gigih Hidang Makanan Sebelum 10 Minit Habis Waktu Sahur

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@keychupmaasin) menyaksikan suasana meriah di kedai makan mamak Restoran Nasi Kandar Karim sekitar Taman Perpaduan, Ipoh.

Menerusi video perkongsian, kelihatan beberapa orang pekerja restoran bergegas menyediakan segala juadah di sana.

Ada yang dilihat menambah makanan yang tidak mencukupi pada ruangan display dan terdapat juga staf yang sampaikan berlari bagi menghantar pesanan kepada para pelanggan.

Salah seorang daripada mereka juga dilihat berlari dari dapur ke ruangan makan dengan mengangkat beberapa hidangan secara serentak.

Sumber: TikTok (@keychupmaasin)

Menurut pengendali akaun TikTok, pekerja-pekerja mamak tersebut berada dalam keadaan tergesa-gesa kerana azan Subuh akan berkumandang 10 minit sahaja lagi sekaligus menandakan bakal tamat waktu untuk bersahur.

Bagi memastikan pelanggan Muslim sempat mengalas perut semasa bersahur, pekerja-pekerja mamak itu berusaha sebaik mungkin agar pesanan diterima dan siap pada waktunya.

“Sahur core yang pertama. Terima kasih anne-anne (abang) mamak satu Malaysia,” kata pelanggan itu di ruangan kapsyen.

@keychupmaasin first sahur core. thank you anne anne semalaysia 🫡🥹 #sahur #ramadan2025 ♬ original sound – Coklat udang 2 – Coki Coky

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bapa Mithali Sediakan Sahur Dari A Hingga Z Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Bawa Anak Murid Buka Puasa Di Rumah, Siap Tengok ‘Movie’ & Sahur Bersama [Video]

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Staf Mamak Ketika Waktu Sahur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat telatah pekerja mamak yang berusaha sedaya upaya untuk memastikan pesanan sempat disiapkan.

“Kami sayang pekerja mamak! Kami berjerit dengan serentak,” kata seorang warganet.

Malah ramai juga mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja ini kerana bekerja keras walaupun masih awal pagi.

“Salute dengan diorang. Pukul 2 ke 3 pagi dah dengar belakang rumah segala (bunyi) ketukan kuali dekat kedai mamak,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga pelanggan yang berkongsi telatah pekerja mamak lain yang sanggup bergegas menghantar makanan walaupun terpaksa menahan panas.

“Lagi satu kalau bawa air atau benda berat diorang cakap, ‘Panas, panas, panas’ punya nak cepat bagi makanan siap cepat untuk kita semua,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@keychupmaasin)

Pekerja Mamak Dukung & Layan Telatah Si Kecil Sementara Tunggu Ibu Bapa Siap Makan

Sebenarnya banyak juga jasa-jasa pekerja mamak di negara ini bagi memudahkan urusan para pelanggan mereka.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial menunjukkan seorang pekerja kedai makan mamak sedang mendukung bayi perempuan dipercayai anak kepada salah seorang pelanggan mereka.

Sumber: TikTok @eijaaaazmi

Lebih menghiburkan lagi, pekerja itu dilihat mendukung anak kecil berkenaan ke hulu ke hilir sambil membawa makanan pelanggan di sebelah tangannya.

Bukan itu sahaja, pekerja yang lain juga kelihatan mesra dan sempat menghiburkan kanak-kanak tersebut ketika sedang bekerja. Difahamkan, staf-staf itu mahu ibu bapa si kecil menjamu selera dengan tenang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pekerja Kedai Mamak Jagakan Anak Sementara Pelanggan Makan Raih Perhatian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Sanggup Korek Tong Sampah, Wanita Minta Tolong Staf Restoran Cari Retainer Jadi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Tanda-tanda Ramadan” – Ramai Terhibur Lihat Meme ‘Kucing Jejak Rasul’ Sudah Kembali [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd