Now Reading
[Video] “Tercapai Hasrat Para Lelaki Di Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Lelaki Bawa Motor Naik Atas ‘Carrier’

[Video] “Tercapai Hasrat Para Lelaki Di Malaysia” – Ramai Teruja Lihat Lelaki Bawa Motor Naik Atas ‘Carrier’

Menerusi perkongsian video, carrier tersebut sedang berhenti di bahu jalan untuk proses mengalihkan kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap individu ada impian dan hasratnya yang tersendiri. Ada yang realistik, dan ada juga yang tak terfikir dek akal.

Pernah tak setiap kali anda lihat lori ‘carrier’ berhenti di tepi jalan, terdetik dalam diri untuk pergi ke belakangnya dan pandu terus ke atasnya?

Itulah yang terjadi apabila seorang pemuda menunaikan hasrat terpendam majoriti lelaki di Malaysia dengan membawa motornya naik ke atas sebuah lori ‘carrier’ yang berhenti di bahu jalan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Rider Makanan Selamba Minta RM100 Dari Vincent Tan Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lori Tanker Didakwa Bawa Nitrogen Bocor, Jalan Tak Nampak Apa Bikin Debar

Baca Artikel Berkaitan: Padah Parking Di Loading Bay, Pemandu Lori Ini ‘Sidai’ Pemandu Kereta Hampir Sejam

Naik Motosikal Ke Atas Lori ‘Carrier’ Tanpa Berfikir Panjang

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@aliff_mazzln) yang memaparkan aksi seorang lelaki menunggang motosikalnya ke atas lori ‘carrier’ yang berhenti di tepi jalan.

Dalam video berkenaan, kelihatan ‘ramp’ lori tersebut sudah diturunkan, dipercayai sebagai sebahagian daripada proses pemindahan kenderaan.

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu melihat peluang yang ‘terhidang’ di depan mata dan terus menunggang motosikalnya naik ke atas lori tersebut, memenuhi impian yang dipendam sejak kecil menurutnya di kapsyen video.

Aksi itu sempat dirakam dan dimuat naik ke akaun peribadinya, tanpa disangka-sangka, mendapat perhatian ramai.

Perkongsian tersebut telah mencecah 2.6 juta tontonan, setakat artikel ini ditulis dan terus meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

https://www.tiktok.com/@aliff_mazzln/video/7477439121024191762?_r=1&_t=ZS-8uO0qCISTJw
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Teruja, Tapi Ada Yang Menegur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat aksi lelaki tersebut. Ramai yang berkongsi bahawa mereka juga pernah terfikir untuk mencuba perkara sama sejak kecil.

Ada juga yang bergurau dengan membandingkan aksi itu dengan babak dalam kartun dan permainan video, seolah-olah ia adalah satu ‘stunt’ yang dirancang dengan rapi.

Sumber: TikTok @@aliff_mazzln
Sumber: TikTok @@aliff_mazzln
Sumber: TikTok @@aliff_mazzln
Sumber: TikTok @@aliff_mazzln

Namun, di sebalik keterujaan tersebut ada juga yang menegaskan bahawa aksi itu berbahaya dan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang kelakar.

Menurut seorang pengguna TikTok, jika berlaku kecelakaan terhadap lelaki tersebut, pihak keselamatan yang bertanggungjawab ke atas lori itu mungkin akan dipanggil untuk memberi penjelasan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Pengangkutan Darat (APAD).

Sumber: TikTok @@aliff_mazzln

Keseronokan Ada Hadnya, Fikir Sebelum Bertindak

Walaupun aksi ini mungkin kelihatan menghiburkan bagi sesetengah pihak, ia juga boleh mengundang bahaya jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan, kerana setiap keputusan yang diambil bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi juga orang lain.

Persis slogan, “Pandu cermat, jiwa selamat.”

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Individu Bakar Motosikal & Tak Bayar Pinjaman Selama 20 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] TNC UPM Jatuh Ketika Uji ‘Ramp’ OKU Tarik Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Lawan Hukum Alam Ni” – Gelagat Rider Kejar Anjing Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd