[Video] Lelaki Ini Togok Air Kelapa Ketika Berpuasa Dengan Selamba Bikin Ramai Terhibur
Menerusi video tersebut, lelaki itu lupa dirinya sedang berpuasa menyebabkan dia minum air kelapa berkenaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Manusia secara fitrahnya hidup dalam norma dan kebiasaan. Sebab itu, kita mampu melatih diri untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Namun, apabila tiba bulan Ramadan, tubuh kita kadangkala ‘terlupa’ bahawa kita sedang berpuasa, terutamanya ketika melakukan rutin harian seperti biasa.
Hal inilah yang dialami oleh seorang lelaki apabila tanpa sedar, dia membuka dan meneguk air kelapa segar yang baru dikait dari pokok.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Sempat Mandi Wajib Sebelum Masuk Waktu Subuh, Sah Ke Puasa?
Baca Artikel Berkaitan: “Awas Geng Plastik Hitam” – Muslim Makan Secara Terbuka Ketika Ramadan Berdepan Hukuman
Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2025: Penjawat Awam Selangor Boleh Balik 30 Minit Awal Sepanjang Bulan Puasa
Lelaki Tenang Minum Air Kelapa, Terus Kecut Bila Ditegur
Menerusi satu perkongsian di TikTok (@elin_fazlin98), kelihatan seorang lelaki sedang sibuk memotong sebiji kelapa, sementara seorang lagi masih mengait buah kelapa di atas pokok.
Tanpa berfikir panjang, lelaki tersebut dengan selamba menogok air kelapa yang baru dibelahnya. Pemilik video dengan segera menjerkahnya.
“Hei, puasa!”
Terkejut dengan teguran itu, lelaki tersebut terus meludah keluar air yang sudah diteguknya. Reaksinya yang panik selepas tersedar benar-benar mencuit hati ramai.
Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Situasi Ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan gelak dengan insiden spontan tersebut. Ramai yang mengakui mereka juga pernah mengalami situasi hampir sama, terutama di awal Ramadan.
Malah, ada juga yang terhibur mendengar gelak tawa pemilik video yang turut terakam dalam perkongsian tersebut.



Tidak kurang juga yang bergurau mengatakan pemilik video sepatutnya membiarkan lelaki itu menghabiskan sebiji kelapa dahulu sebelum menegurnya.


Ketika Berpuasa, Batal Atau Tidak Jika Termakan Atau Terminum?
Dalam bulan Ramadan, ada kalanya kita secara tidak sengaja makan atau minum kerana terlupa sedang berpuasa. Tapi, adakah ini akan membatalkan puasa? Ini penjelasan Pejabat Mufti.
Menurut pandangan para ulama, jika seseorang makan atau minum dalam keadaan terlupa, puasanya masih sah dan tidak terbatal. Ini kerana perbuatan tersebut berlaku tanpa sengaja dan di luar kawalan.
Rasulullah SAW bersabda:
Jika seseorang lupa ketika sedang berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum.
Riwayat al-Bukhari, 1933 & Muslim, 1155
Jadi jika perkara ini terjadi, jangan risau. Ibadah puasa boleh diteruskan seperti biasa kerana Allah SWT Maha Pemurah dan tidak membebankan hambanya.
Baca Artikel Berkaitan: Bolehkah Pesakit Gastrik Tidak Berpuasa? Ini Penjelasan UAI
Baca Artikel Berkaitan: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda
Baca Artikel Berkaitan: Apakah Hukum Orang Yang Tidak Berpuasa Makan Di Tempat Awam? Ini Jawapan Dr Zulkifli
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.