Now Reading
[Video] Aksi Lelaki Ini Langgar 2 Buah Kereta Dengan Selamba Raih Kecaman

[Video] Aksi Lelaki Ini Langgar 2 Buah Kereta Dengan Selamba Raih Kecaman

Menerusi rakaman dashcam berkenaan, pemandu kereta tersebut tidak cuba memberi sebarang permohonan maaf mahupun sekali.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di kawasan bandar yang padat dengan penduduk, kesesakan lalu lintas sudah menjadi perkara biasa, terutamanya pada waktu puncak.

Ketika inilah kesabaran dan kematangan setiap pemandu benar-benar diuji, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kerenah pemandu yang pentingkan diri.

Begitulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki apabila berdepan dengan pemandu ego tinggi yang tidak menghiraukan keselamatan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Kereta Langgar Orang Ramai, 4 Individu Kini Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Lori Tangki Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Kini Diburu Polis

Baca Artikel Berkaitan: Warga Singapura Buat ‘Onar’ Lepas Berang Kereta Dihalang Lalu Lorong Kecemasan

Pemandu Mencelah Hingga Langgar Cermin Kereta Lain, Tapi Buat Tak Tahu

Rakaman tersebut telah dikongsi di laman TikTok (@dashcamapahariini) yang memaparkan sebuah kejadian yang berlaku di lorong susur keluar.

Seperti pemandu lain, semua kenderaan bergerak perlahan dan mengikut giliran untuk masuk ke jalan utama.

Namun, sebuah kereta dilihat cuba memaksa masuk ke ruang yang sangat terhad. Tindakan itu akhirnya menyebabkan kenderaan tersebut melanggar cermin sisi kiri kereta dashcam.

Lebih mengejutkan, pemandu berkenaan langsung tidak berhenti atau meminta maaf. Sebaliknya, dia hanya menurunkan tingkap dan membetulkan cermin sisi kanannya sendiri.

https://www.tiktok.com/@dashcamapahariini/video/7477481670480792850?_t=ZS-8uNo7BIjlsg&_r=1
Tonton video penuh [DI SINI].

Leka Betulkan Cermin, Akhirnya Langgar Van

Akibat terlalu fokus membetulkan cermin, pemandu tersebut tidak menyedari keadaan di hadapannya. Kereta dia kemudiannya melanggar sebuah van yang sedang berhenti di hadapan.

Pemandu van yang terlibat dilihat keluar dari kenderaan untuk memeriksa keadaan. Namun, seperti sebelumnya, lelaki tersebut terus mengendahkan insiden itu tanpa sebarang reaksi atau rasa bersalah.

Netizen Berang Dengan Pemandu Keras Kepala Berkenaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen awalnya meluahkan perasaan marah terhadap tindakan pemandu berkenaan.

Ada juga yang merasakan perkara yang berlaku di akhir video merupakan pengajaran buatnya.

Sumber: TikTok @dashcamapahariini
Sumber: TikTok @dashcamapahariini
Sumber: TikTok @dashcamapahariini

Tidak kurang juga yang mempersoalkan tentang pemandu di Malaysia tidak mahu mengamalkan ‘zipper merge’ ketika melalui susur keluar untuk masuk ke jalan utama.

Sumber: TikTok @dashcamapahariini
Sumber: TikTok @dashcamapahariini

Apa Itu Zipper Merge?

Sumber: The Wenatchee World

Sesuai dengan namanya zipper iaitu zip, sistem ini memperuntukkan pemandu-pemandu untuk bergilir-gilir masuk ke jalan utama seperti jalur garisan yang anda lihat pada zip pakaian anda.

Caranya melakukan zipper merge ialah:

  • Beri lampu isyarat supaya pemandu di lorong utama menyedari anda ingin masuk di depannya.
  • Apabila dia perlahankan kenderaan untuk anda, segera masuk dengan penuh waspada.
  • Sekiranya anda merupakan kenderaan di belakang pemandu-pemandu yang sedang melakukan zipper merge, anda perlu peka dengan keadaan mereka.
  • Ruang untuk anda mencelah masuk bukanlah ruang yang sama dengan kereta di hadapan anda, tetapi akan jadi ruang di belakang kereta yang sedang memberi laluan kepada pemandu di hadapan anda.

Untuk penjelasan lebih mudah, kami sediakan satu perkongsian dari seorang pengguna TikTok (@driving4dummies).

@driving4dummies

Apabila kita nak merge dari 2 lane ke 1 lane dalam keadaan trafik sesak, bergilir-gilirlah untuk merge seperti zipper supaya kedua dua lane bergerak dengan lebih lancar. Jaga jarak diantara kereta! #roadsafety #malaysiandrivers #ethics #roadeducation #malaysianroad

♬ Santai – NonaRia
Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: “Rare Konsep Ni” – Pengantin Naik Van Jenazah Untuk Ke Majlis Persandingan Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd