“Minda Kelas Ketiga” – Penunggang Motosikal Parkir Sekitar Bus Stop Undang Kecaman
Kejadian kira-kira puluhan motosikal yang parkir di kawasan perhentian bas itu berlokasi sekitar bazar Ramadan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kesesakan trafik sudah menjadi satu perkara biasa di kawasan bandar lebih-lebih lagi pada waktu puncak (peak hours) sebagai contoh dalam perjalanan menuju atau pulang dari tempat kerja.
Kadangkala, ia bukan sahaja disebabkan oleh jumlah kenderaan yang banyak, tetapi juga sikap individu tidak bermoral yang meletakkan kereta atau motosikal di tempat terlarang sehingga menghalang laluan orang lain.
Tambah pula dengan bazar-bazar Ramadan seluruh Malaysia sekarang yang dibuka waktu petang, sudah tentu kesesakan lalu lintas ini akan meningkat daripada sebelumnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman
Banyak Motosikal Parkir Secara Haram Di Kawasan Perhentian Bas
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@warga.wilayah) menyaksikan jalan raya yang sesak sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan kereta, motosikal dan juga Bas Rapid KL.
Menerusi video perkongsian, kelihatan kira-kira puluhan buah motosikal diletakkan di tempat tidak sepatutnya iaitu di kawasan perhentian bas.
Aksi parkir secara haram itu bukan sahaja mengganggu laluan bas untuk bergerak, malah ia juga mengambil ruang satu lorong jalan raya berkenaan sekaligus menyebabkan kesesakan trafik.
Dalam video sama, kelihatan beberapa buah kereta juga tersangkut di lorong tengah kerana motosikal yang begitu banyak di tepi itu.
Menurut pengendali akaun Warga Wilayah, kebanyakan penunggang motosikal meletakkan kenderaan dua roda mereka di sana untuk berkunjung ke bazar Ramadan Wangsa Maju berhampiran.
@warga.wilayah Meriah parking , memang ramai ke Bazar Wangsa Maju semalam..
♬ Ramadan Maher Zain Vocals Only – Imaad Rana
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Kecam Tindakan Penunggang Motosikal Yang Parkir Di Tempat Terlarang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berang dengan sikap penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab kerana menyebabkan kesesakan trafik.
“Masing-masing pentingkan diri sendiri. Menyusahkan orang lain janji dapat pergi bazar,” kata seorang lelaki.
Malah, segelintir individu turut menasihati penganjur bazar Ramadan untuk menyediakan tempat parkir yang secukupnya buat para pengunjung agar perkara sebegini tidak berlaku.
“Lain kali nak buat bazar tepi jalan, tolong la sediakan parking. Jangan macam ni, kesian dekat orang jammed nak balik rumah untuk persiapan berbuka,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berasa simpati dengan nasib penumpang bas yang perlu menunggu lama kerana kenderaan berat yang tidak dapat bergerak itu.
“Gara-gara bazar Ramadan. Kesian orang balik kerja yang naik bas. Bas tak boleh nak bergerak langsung sebab motor paking dekat situ,” kata seorang pengguna TikTok.












Parkir Di Tempat Sepatutnya Boleh Disaman Pihak PBT
Meskipun kawasan parkir di kebanyakan bazar Ramadan adalah terhad, namun ia tidak memberi ‘green light’ kepada anda bagi meletakkan kenderaan di tempat terlarang.
Hal ini kerana ia akan menyusahkan pengguna jalan raya lain, bahkan membawa risiko keselamatan kepada kenderaan masing-masing.

Sumber: Carsome
Memetik Majlis Keselamatan Negara (MKN) , mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Tambahan pula, kenderaan anda itu juga berisiko untuk disita oleh pihak berkuasa.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Parkir Di Tepi Jalan Jadi Punca Kereta Lain ‘Stuck’ Hingga 10 Minit
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Kereta Selamba Parking Tepi Jalan Hingga Halang Laluan Bas, Orang Ramai ‘Angkat’ Kereta Ke Tepi
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.