“Ini Bukan Untuk Budak Je” – Masjid Di Kedah Dengan ‘Indoor Theme Park’ Buat Ramai Teruja
Masjid MADAD yang terletak di Sungai Petani, Kedah itu mempunyai pelbagai fasiliti termasuk taman tema ‘indoor’, rumah kuda dan hotel kapsul buat para musafir.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila tiba bulan Ramadan, umat Islam akan beramai-ramai memenuhi masjid bagi menjalankan ibadah, lebih-lebih lagi untuk menunaikan solat terawih.
Para muslimat juga tidak melepaskan peluang dalam bulan yang mulia ini untuk sama-sama mengejar pahala berjemaah di masjid, serta turut membawa anak-anak bersama.
Oleh yang demikian, masjid dengan kemudahan yang disediakan bagi kanak-kanak sememangnya menjadi tumpuan buat mereka yang bergelar ibu bapa.
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Putra Nilai Tawar Khidmat Asuhan Anak Sepanjang Ramadan, Siap Ada Soopa Doopa!
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih
Masjid MADAD Di Kedah Ada ‘Indoor Theme Park’ Tersendiri
Sebuah masjid di Sungai Petani, Kedah telah menjadi tumpuan ramai apabila menyediakan tarikan yang lain daripada lain buat para pengunjung.
Menerusi satu hantaran di TikTok (@riwayatkitaaa), masjid yang digelar Masjid MADAD yang terletak di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) tampil dengan kelainan apabila mempunyai taman temanya yang tersendiri. Memang nampak syok!
Seperti kebanyakan taman tema ‘indoor’ lain, pusat yang terletak di luar masjid itu digelar sebagai Edukidz dan lengkap dengan gelongsor berlampu, ‘ball pit’ serta skrin interaktif.
Memandangkan fasiliti yang disediakan serba lengkap dan canggih, sudah tentulah ada sedikit bayaran yang dikenakan.
Menerusi satu perkongsian lain di Facebook, harga yang dikenakan tidaklah begitu mahal iaitu hanya RM19.90 bagi kanak-kanak. Harga ini sememangnya sangat murah jika dibandingkan dengan ‘indoor playground’ lain.
Terdapat Juga ‘Indoor Playground’ Percuma Di Dalam Masjid
Bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membawa anak-anak ke Edukidz, jangan risau! Masjid MADAD turut menyediakan taman permainan bagi kanak-kanak di bahagian dalam masjid yang tidak dikenakan sebarang bayaran.
Bukan itu sahaja, masjid tersebut juga mempunyai fasiliti lain seperti rumah kuda, hotel kapsul bagi para musafir yang berkunjung ke sana serta rumah kucing yang dikatakan terbesar di dalam negara.
Rumah ibadah itu sebelum ini menjadi buah mulut kerana seni binanya yang moden dan cantik.
Jadi bolehlah orang ramai berkunjung ke Masjid MADAD bagi merasai sendiri kelainan yang dibawa olehnya.
Lokasi: JFX7+2Q, Kampung Telok, 08000 Sungai Petani, Kedah.
Baca Artikel Berkaitan: “Masjid Di Kedah Memang Semua Best” – Reviu Masjid Baru Ada Hotel Kapsul Undang Perhatian!
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Gemar Lihat Fasiliti Sedemikian Di Masjid
Melihat tarikan yang disediakan Masjid MADAD, orang ramai berkongsi rasa teruja untuk berkunjung ke rumah ibadah tersebut.
Malah ada pengguna media sosial berseloroh bahawa pasti golongan dewasa yang akan memenuhi taman tema tersebut berbanding kanak-kanak. Ada yang siap cakap tok Imam pun pasti tidak ketinggalan!
Orang ramai turut memuji pihak masjid tersebut kerana menyediakan fasiliti sedemikian, sekaligus menjadikan rumah ibadah sebagai satu lokasi untuk komuniti Muslim.
Dalam masa sama, ada juga yang mempersoalkan perkara itu kerana seolah-olah akan menyebabkan kanak-kanak menjadi lalai dan ke masjid bukan untuk beribadah.
Namun beberapa individu berkata agar melihat kemudahan itu dari sudut positif seperti ibu bapa dapat fokus beribadah sementara kanak-kanak bermain sambil belajar di pusat tersebut.
“Ini lebih bagus untuk kanak-kanak bermain berbanding mendengar mereka membuang bising di bahagian belakang ketika terawih,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ada yang berkata fasiliti itu bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak agar hadir ke masjid sebelum mula menjadi sebahagian daripada jemaah di sana.









Masjid Al-Busyra Merbok Juga Mempunyai Pelbagai Fasiliti
Sebelum ini, sebuah masjid yang juga terletak di Kedah telah tular apabila menyediakan kemudahan serba lengkap.
Masjid Al-Busyra Merbok yang dirancang untuk menjadi masjid mesra musafir, masjid transit dan juga masjid R&R yang pertama di negeri Kedah mempunyai pelbagai fasiliti termasuk:
- Tandas bertaraf R&R.
- Vending Machine.
- Tempat cuci kereta (carwash).
- Rumah inap desa.
- Kedai gunting rambut untuk lelaki.
- Spa dan salon untuk muslimah.
- Dobi.
Masjid ini yang terletak di sebuah jalan besar iaitu Jalan Pantai Barat Kedah sememangnya menjadi lokasi yang strategik bagi para musafir menyinggah sementara ketika dalam perjalanan.
Lokasi: PCF5+4G, Kampung Merbok, 08400 Merbok, Kedah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!
Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Video Jemaah ‘Dipaksa’ Ke Masjid Raih 3.5 Juta Tontonan, Bikin Orang Ramai Geli Hati
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



