Now Reading
[Video] Vandalisme ‘Graffiti’ Sorok Di Sebalik Seni, Lelaki Ini Conteng Kedai Orang Bikin Ramai Berang

[Video] Vandalisme ‘Graffiti’ Sorok Di Sebalik Seni, Lelaki Ini Conteng Kedai Orang Bikin Ramai Berang

Pemilik video turut memberi amaran kepada pelaku yang bertindak menconteng graffiti pada bahagian depan kedai mereka tanpa izin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda sering berjalan di sekitar kawasan bandar, pasti anda akan menemui lukisan graffiti di merata tempat, terutamanya di lorong-lorong bangunan yang terbiar.

Bagi penggemar seni, ini adalah cara mereka menzahirkan kreativiti dan ekspresi diri. Namun, terdapat garis tipis antara seni dan vandalisme yang mereka sering terlepas pandang.

Meninggalkan “seni” mereka di harta awam atau milik peribadi bukan sekadar perbuatan tidak bertanggungjawab, tetapi juga satu jenayah.

Begitulah yang berlaku dalam satu perkongsian mengenai sebuah bangunan kedai yang menjadi mangsa contengan graffiti.

Baca Artikel Berkaitan: Puncak Menara 118 Katanya Ada Vandalisme. Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Lokasi ‘Dark Tourism’ Yang Famous Di Lembah Klang & Kisah Di Sebaliknya. Seram!

Baca Artikel Berkaitan: 2 Aktivis Simbah Sup Labu Pada Potret Terkenal Mona Lisa Di Muzium Louvre Paris

Pelukis Graffiti Conteng Bangunan Milik Orang Lain

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman TikTok (@lescopaque.official), video tersebut memaparkan rakaman seorang pelukis graffiti menconteng bahagian hadapan sebuah kedai menggunakan cat semburan.

Akibat perbuatan itu, ahli produksi animasi ternama Malaysia, Les Copaque terpaksa membersihkan dan mengecat semula bahagian depan kedai yang dicemari contengan tersebut.

Menurut mereka, pelukis graffiti ini gagal menggunakan medium yang tepat untuk menyalurkan bakatnya dan seolah-olah tidak mempedulikan hakikat bahawa perbuatannya adalah satu jenayah vandalisme yang tergolong dalam kesalahan merosakkan harta benda awam.

Di akhir video, mereka turut memberikan amaran keras kepada pelaku agar tidak mengulangi perbuatannya.

“Kepada pelaku, awas ya. Anda sedang diperhatikan.”

https://www.tiktok.com/@lescopaque.official/video/7472599440222719240?_r=1&_t=ZS-8uMEdfvzakC
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Berang Dengan Tindakan Individu Berkenaan

Ruangan komen dibanjiri ketidakpuasan hati netizen dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab berkenaan.

Ada juga yang menyatakan bahawa lukisan graffiti ini hanya mencacatkan pandangan dan merosakkan sesebuah bangunan yang sedia ada cantik.

Sumber: TikTok @lescopaque.official
Sumber: TikTok @lescopaque.official
Sumber: TikTok @lescopaque.official
Sumber: TikTok @lescopaque.official
Sumber: TikTok @lescopaque.official

Sukarelawan Muda Bersihkan Artifak Perang Dunia Kedua

Terdahulu, pernah berlaku kes sebegini di Pantai Permatang Damar di mana artifak perang dunia kedua dipenuhi contengan graffiti.

Baca Artikel Berkaitan: Sukarelawan Muda Bersihkan Artifak Perang Dunia Kedua Yang Dirosakkan

Dianggarkan 30 orang belia bersemangat untuk memelihara sejarah dengan membersihkan sebahagian kawasan pantai dan memulihkan ‘pillbox’ yang telah dirosakkan dari jam 8 pagi sehinggi 12 malam.

Sebelum (kiri) dan selepas (kanan).
Sumber: Twitter @Joshuawsz

Walaupun masih ada sedikit kesan daripada semburan cat grafiti tersebut kerana kekurangan semburan penghilang grafiti, mereka berjaya membuang perkataan dan simbol yang tidak baik.

Sebelum (kiri) dan selepas (kanan).

Jenayah vandalisme

Vandalisme dikategorikan sebagai jenayah dari sisi moral. Perbuatan ini termasuklah membuat sebarang perubahan seperti melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Antara tempat yang sering berlaku vandalisme adalah seperti di hentian bas, tandas awam, pondok telefon dan banyak lagi.

Pesalah yang didapati melakukan kesalahan vandalisme boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.

Baca Artikel Berkaitan: Vandalisme: Bersatu Untuk Palestin Penting Namun Tidak Wajar Sakiti Sesama Kita, Kata McDonald’s Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Mentaliti Kelas Ke-3” – Wanita Kecewa Kemudahan Awam Di Shah Alam Rosak Tak Sampai Sebulan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Baru Saja Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Jadi Mangsa Vandalisme


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd