[Video] “Nyawa Hujung Tanduk” – Anak Kucing Nyaris Digilis, Suami Isteri Bertindak Pantas
Anak kucing berkenaan bernasib baik apabila hanya tersenggol sebelum sempat berlari dan diselamatkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bukan semua kucing bernasib baik untuk ada tempat berlindung yang sempurna dan terjamin. Jadi, ianya merupakan perkara biasa jika terjumpa haiwan ini berkeliaran di merata tempat.
Namun, hati pasti akan terasa risau apabila melihat mereka bermain di tepi jalan, apatah lagi di tengahnya. Lebih-lebih lagi pada waktu sibuk.
Itulah situasi cemas yang dialami oleh sepasang suami isteri ini apabila mereka melihat seekor anak kucing berada di tengah jalan ketika lampu isyarat sedang bertukar kuning.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kucing Didakwa Dicampak Keluar Dari Kereta Bikin Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai
Kucing Tergolek Dilanggar Kereta Yang Mengejar Lampu Hijau
Menerusi perkongsian video di laman TikTok (@itsmeeyraaaaa), kelihatan seekor anak kucing berwarna oren berada betul-betul di tengah jalan.
Oleh kerana lampu isyarat sedang bertukar kuning, pemandu di situ dilihat memandu agak laju untuk mengejar lampu hijau.
Di awal video, anak kucing berkenaan dilanggar oleh sebuah kereta sebelum tergolek dan sempat berlari ke hadapan kereta pemilik video.
Disebabkan saiznya yang kecil, ia hanya tersenggol dengan bahagian bawah kereta yang melanggarnya.
Suami pemilik video segera memberhentikan kereta dengan berhati-hati sebelum keluar mengambil anak kucing itu untuk dibawa pulang.
Ramai Bersyukur Dengan Tindakan Pemilik Video
Melihat ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa syukur dan turut berterima kasih kepada pemilik video kerana menyelamatkan anak kucing tersebut.
Tidak kurang juga yang mendoakan mereka atas keberanian itu.



Seperti biasa, rakyat Malaysia tidak pernah habis dengan gurauan dalam setiap situasi, pasti ada segelintir yang meninggalkan komen jenaka mereka mengenai kejadian itu.


Menurut perkongsian tersebut, anak kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan kini dijaga sepenuhnya oleh pemilik video.
Tambahnya di kapsyen, kucing berkenaan kini sangat aktif bermain bersama-sama keluarga baharunya.
Baca Artikel Berkaitan: Ancom Nylex Sediakan Tempat Tinggal Buat Kucing Jalanan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Berjaya Jumpa Semula Kucing Lepas Lebih 2 Tahun Hilang Bikin Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dah Macam Kerja Offshore! Kucing Tersadai Hampir 2 Bulan Atas Kapal Buat Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.