[Video] Gelagat Opah Ini Kongsi Resepi Berbuka Curi Tumpuan Ramai
Difahamkan, opah tersebut sememangnya sering berkongsi video masakan serta mempunyai pengikut setia yang ramai di akaun TikTok miliknya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah menjadi kebiasaan bagi warga yang lebih berumur untuk menghabiskan masa di tempat yang menenangkan.
Ada yang memilih untuk berkebun, ada yang sibuk di dapur, dan tidak kurang juga yang lebih selesa berehat sahaja.
Jika dilihat pada masa kini, ramai juga di antara mereka yang sudah mula berkongsi pengalaman itu di media sosial. Itulah yang dilakukan seorang opah ini yang sering berkongsi resepi masakannya kepada umum.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Opah Racing Is Real” – Opah Pandu ‘Honda Type R’ Curi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nenek Tunggu Cucu Ambil SPM Sambil Mengaji Luar Dewan Buat Ramai Sebak
Opah Mengomel Sambil Berkongsi Resepi Berbuka
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@kakcikyah4), kelihatan seorang opah bersendirian di dapur untuk memasak dan berkongsi resepi juadah berbukanya.
Dengan sudut kamera yang telah ditetapkan dengan sempurna serta susunan bahan yang diasingkan mengikut urutan, jelas opah cukup bersedia untuk merakam dan berkongsi konten masakannya dengan penuh teliti.
Sepanjang video, opah bukan sahaja menunjukkan kemahirannya di dapur, tetapi juga mengomel kecil dengan gaya yang mencuit hati. Setiap langkah yang diambilnya begitu teratur.
Ia memperlihatkan pengalaman serta keselesaan dirinya berada di hadapan kamera biarpun hanya dilakukan berseorangan.
@kakcikyah4 Masak masak Di bulan ramadan
♬ original sound – kakcikyah – kakcikyah
Ramai Terhibur Dengan Gelagat Comel Opah
Ruangan komen dipenuhi dengan gurauan manja daripada netizen yang terhibur melihat kecomelan opah berkenaan.
Tidak kurang juga meluahkan kerinduan mereka kepada keluarga yang jauh di kampung dan juga yang telah tiada.



Beberapa netizen turut meluahkan rasa gembira dengan perkongsian opah kali ini, malah ada yang membandingkannya dengan video sebelum-sebelumnya.
Jelas menunjukkan bahawa opah mempunyai peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan dia di TikTok.


Begitulah perjalanan hidup. Apabila tiba masanya, kita akan cenderung menjauh daripada ketegangan dan kesibukan yang lebih kompleks semasa bekerja.
Semoga kita semua memperoleh nikmat dan keberkatan atas setiap kepenatan, masa, dan tenaga yang telah dikorbankan.
Resepi Simple Berbuka Untuk Orang Single
Kepada anda yang sendirian di rumah dan buntu nak masak apa, sini kami kongsikan menu yang senang dan ringkas tetapi dijamin sedap! Hari-hari makan nasi bujang pun tak seronok kan?
Baca Artikel Berkaitan: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!
Antara resepinya ialah:
1. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Sambal Udang

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 600-800 gram udang
- Satu sudu besar asam jawa yang direndam dengan air
- Garam
- Gula
Bahan untuk dikisar:
- Tiga sudu besar cili kisar
- 1/4 sudu kecil belacan
- 12 biji bawang merah
- Tiga ulas bawang putih
Cara-caranya:
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan kisah sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan biar sehingga sambal merenih.
- Masukkan udang.
- Perasakan dengan garam dan gula.
SIAP!
2. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ayam Buttermilk

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam yang sudah digoreng dengan menggunakan tepung.
- 1/2 tin susu cair
- Tiga ulas bawang putih dihiris halus
- 1/2 biji bawang besar Holland atau bawang besar biasa dipotong dadu
- Empat sudu besar mentega
- Dua tangkai daun kari
- Empat biji cili padi
- Butter
Cara-caranya:
- Panaskan butter dalam kuali sehingga cair.
- Tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair, bawang besar dan ayam yang sudah digoreng.
- Masak sehingga kuah sedikit pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
SIAP!
NOTA KAKI: Boleh juga masukkan tepung jagung yang dicampur dengan air untuk menjadikan kuah lebih pekat.
3. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ikan Siakap Stim Limau

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Satu ekor ikan siakap
- Satu labu bawang besar Holland yang dihiris
- 10 ulas bawang putih yang diketuk
- Satu inci halia yang dihiris
- Empat biji limau nipis (hanya ambil jusnya sahaja)
- Dua biji cili merah dihiris
- Daun bawang yang dihiris
- Garam
- Gula
Cara-caranya:
- Letakkan garam dan gula pada ikan dengan sekata.
- Masukkan semua bahan bersama dengan ikan di dalam bekas kukus kecuali daun bawang.
- Kukuskan ikan sehingga masak lebih kurang 30 minit bergantung kepada saiz ikan.
- Apabila ikan sudah masak, taburkan daun bawang dan hiasan limau.
SIAP!
4. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Ikan Keli Berlado

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tiga hingga empat ekor ikan keli
- Tiga biji cili hijau besar
- Lima biji cili padi
- Tiga hinga empat sudu cili kisar
- Sedikit air
- Bawang putih
- Bawang merah
- Garam
- Gula
- Serai yang diketuk
Cara-caranya:
- Ikan keli dipotong kecil dan dilumur dengan garam dan kunyit.
- Goreng ikan keli dan letak ditepi terlebih dahulu.
- Kisar cili padi, cili hijau, bawang sehingga lumat.
- Tumis bahan yang dikisar beserta cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan serai serta sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan ikan keli dan gaul rata.
SIAP!
5. Resepi Lauk Berbuka Puasa: Kangkung Belacan

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kangkung yang dipotong
- Udang kecil (optional)
- Minyak
- Garam
- Air
Bahan untuk ditumbuk:
- Dua ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Satu tangkai cili merah
Cara-caranya:
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan kangkung dan air dan biarkan setengah masak.
- Masukkan udang dan gaul sehingga rata.
- Perasakan dengan sedikit garam.
SIAP!
NOTA KAKI: Jangan masak lama-lama, nanti sayur layu.
Baca Artikel Berkaitan: Umur 81 Tahun Tak Halang Nenek Jadi Pro ‘Gamer’
Baca Artikel Berkaitan: “Muka Garang Tapi Hati Lembut” – Video Atuk Menangis Ketika Hantar Cucu Daftar Tahfiz Undang Sebak
Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Bawa Ke KLIA” – Atuk & Nenek Bawa Nasi Beriani Buat Si Cucu Cuit Hati Ramai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.