[Video] Bapa Mithali Sediakan Sahur Dari A Hingga Z Undang Pelbagai Reaksi
Menurut pemilik video, bapanya bertanggungjawab menyediakan juadah sahur, manakala ibunya pula menguruskan hidangan untuk berbuka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Stereotaip menjadi seorang wanita adalah bekerja di dapur. Lebih-lebih lagi setelah menjadi isteri dan ibu.
Walaupun senario ini diberi pandangan berbeza daripada masyarakat, namun itulah hakikatnya.
Lain pula kisahnya untuk keluarga ini apabila seorang bapa yang ditugaskan untuk menguruskan juadah sahur untuk keluarganya.
Baca Artikel Berkaitan: Doa Tiap Malam & 6 Lagi Nasihat Berguna Ibu Ayah Perlu Kongsi Kepada Anak Sebelum Ramadan Berakhir
Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan
Bapa Siapkan Sahur Dan Bangunkan Semua Orang
Tular perkongsian di laman TikTok (@amalinahilmi) yang memaparkan bapanya sedang bertungkus-lumus menyiapkan sahur untuk keluarganya.
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik video menjelaskan dirinya itu tidak pernah sekalipun perlu melakukan kerja-kerja tersebut setiap kali berada bersama-sama bapanya.
“Dari saya kecil sampai dah ada anak tiga, ayah yang sediakan sahur. Dari kejutkan kami bangun tidur, panaskan lauk dan lain-lain.
“Mak akan jadi orang terakhir bangun tidur sebab dia akan siapkan juadah berbuka pula nanti,” ujarnya.
@amalinahilmi Xramai suami boleh buat mcm ni, tp ni la kelebihan ayah saya! Bukan sahur sj tp kebanyakkan urusan rumahtangga ayah akan bt, ke pasar, bersiang, basuh & lipat baju, sapu luar n dlm rumah even cuci toilet pon. Mak memasak n membantu apa yg perlu. Masing2 ada tugas masing2. Mmg dari kecik smp dah kawen ni sis tgk “pemandangan indah” ni.. أللَّهُمَّ اشْكُرْ لَهُمَا تَرْبِيَتِي، وَأَثِبْهُمَا عَلَى تَكْرِمَتِي، وَاحْفَظْ لَهُمَا مَا حَفِظَاهُ مِنِّي فِي صِغَرِي Ya Allah. Balaslah kebaikan mereka kerana telah mendidikku. Berikan ganjaran kepada mereka kerana telah memuliakanku. Jagalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku pada masa kecilku. #ramadhan #2025
♬ original sound – AmalinaHilmi – AmalinaHilmi
Ramai Kongsi Pendapat Berbeza Di Ruang Komen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan yang berbeza dengan situasi tersebut.
Ada yang bersetuju seorang bapa sepatutnya membantu ibu di dapur, tidak kurang juga memuji lelaki berkenaan dan turut berkongsi pengalaman sama.



Turut mempersoalkan tentang jumlah minoriti lelaki mengamalkan tradisi lama yang hanya membiarkan isteri berseorangan di dapur dengan kerjanya.




Ketepikan tradisi dan stereotaip, tidak menjadi kesalahan pun sekiranya kita bangun dan bantu ahli keluarga kita menyiapkan juadah sahur ataupun berbuka.
Lagipun, saling bantu-membantu boleh mendapat ganjaran pahala yang banyak di bulan yang mulia ini. Apatah lagi di samping ahli keluarga tercinta.
Adakah Betul Memasak Merupakan Tugas Seorang Isteri?
Memetik kesimpulan dalam kisah ini dari Maktabah Al-Bakri, tugas memasak bukanlah kewajipan mutlak isteri, kerana tiada dalil yang secara jelas menetapkannya sebagai tanggungjawab isteri atau suami.
Sebaliknya, ia bergantung kepada adat setempat, kemampuan, dan persefahaman dalam rumah tangga.
Dalam sebuah hadis, Aisyah RA meriwayatkan bahawa Baginda Nabi SAW turut membantu kerja-kerja rumah:
Baginda menjahit pakaian, membaiki kasut, dan melakukan kerja-kerja rumah seperti mana lelaki lain membantu isteri mereka.
Riwayat Ahmad dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad
Sikap saling memahami dan tolong-menolong antara suami isteri dapat mewujudkan rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
Baca Artikel Berkaitan: Angkat Tangan 5 Minit & Berdoa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah SWT
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rindu ‘Air Tangan’ Arwah Isteri, Ayah Sanggup Bawa Bahan Mentah Untuk Minta Anak Masak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Kecil Order 8 Bungkus Ayam Goreng Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Bikin Ramai Geli Hati
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.