“Salute!” – Orang Ramai Dipuji Bantu Keluarkan Kanak-kanak Terkunci Dalam Kereta
Difahamkan kanak-kanak lelaki itu terkunci di dalam kereta sewaktu neneknya sedang meletakkan barang dalam kenderaan tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta boleh mengundang bahaya kepada keselamatan. Sebagai contoh si kecil ini berisiko terkena serangan strok haba memandangkan negara ini memang terkenal dengan cuaca panas.
Bukan itu sahaja, mereka juga boleh mengalami dehidrasi iaitu berpeluh-peluh satu badan akibat terlalu panas di dalam kenderaan.
Kehilangan cecair dari badan itu boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dan menjejaskan fungsi organ penting dalam badan seperti hati dan buah pinggang. Lebih parah lagi kejadian seperti itu boleh membawa maut.
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Perempuan 2 Tahun Meninggal Dunia, Tertinggal Dalam Kereta 8 Jam
Baca Artikel Berkaitan: Kes Tertinggal Anak Dalam Kereta: Tadika & Taska Wajib Hubungi Ibu Ayah
Orang Ramai Saling Bantu Untuk Keluarkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@chandravathanan_39) apabila lelaki dikenali sebagai Chandravathanan berkongsi situasi cemas yang berlaku melibatkan orang awam sekitar sebuah pasar raya di Sentul, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk berseorangan dalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang diparkir di tepi jalan.
Difahamkan, nenek kepada anak kecil itu tidak sengaja membiarkan cucunya yang berada dalam kereta. Keadaan bertambah teruk apabila kereta itu terkunci daripada dalam dipercayai sewaktu si nenek sedang memasukkan barang ke dalam kenderaan itu.

Dalam video tersebut, kelihatan ramai orang ramai yang berada di tempat kejadian bekerjasama untuk mengeluarkan si kecil sebelum sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Beberapa individu turut memberikan isyarat tangan kepada si kecil untuk membuka kunci kereta dari dalam. Namun budak lelaki itu tidak faham tentang perkara yang ingin disampaikan dan hanya tersenyum.
Guna Dawai Untuk Buka Kunci Kereta
Kelihatan orang ramai tampil dengan idea menampal pita pelekat pada bahagian cermin kereta lalu menariknya ke bawah. Bagaimanapun, kaedah itu masih tidak berkesan.
Selepas seketika mencuba, seorang lelaki dilihat membuka ruang sedikit pada bahagian pintu dipercayai menggunakan pemacu skru dan memasukkan dawai di dalam bagi membuka kunci.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, kunci itu terbuka dan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan.
“Kita semua (rakyat Malaysia) masih bersatu. Kejadian sebenar berlaku di Sentul hari ini,” kata Chandravathanan di ruangan kapsyen.
@chandravathanan_39 Kita semua masih bersatu… true story happened today at sentul.. #shah #sultan #f #fy #fyp #fypage #fypviralシ ♬ Very Sad – Enchan
Tonton video penuh [DI SINI].
Tindakan Orang Ramai Cuba Bantu Keluarkan Si Kecil Terima Pujian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan masyarakat yang prihatin dan kerjasama bagi menyelamatkan budak lelaki terbabit.
“Inilah sikap rakyat Malaysia yang sebenar, saling bantu membantu,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga menasihati golongan masyarakat untuk lebih berjaga-jaga selepas ini agar kes tertinggal budak kecil dalam kereta tidak berlaku lagi.
Sementara itu, seorang individu turut berkongsi cara lebih mudah untuk membuka kunci kereta sekiranya kes sebegini berlaku lagi pada masa hadapan.
“Gunakan benang wau je. Masuk ikut penjuru, tarik ke bawah dan simpulkan benang tarik masuk ke dalam lock tu. Kemudian tarik ke atas. Saya dah cuba dekat Avanza saya,” kata lelaki tersebut.













Ibu Bapa Cuai Tinggalkan Anak Dalam Kereta Boleh Diambil Tindakan
Sekadar info, berlaku cuai terhadap keselamatan anak-anak adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
Memetik Berita Harian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.
Pihak polis mengeluarkan amaran itu sebagai peringatan khususnya kepada ibu bapa kerana mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu akan dikenakan tindakan tanpa kompromi mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap penjaga mengawasi pergerakan anak-anak ini lebih-lebih lagi jika berada di luar rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Jaga Bapa Sakit Di HRPB, Wanita Maut Tertidur Dalam Kereta Berkunci
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



