Now Reading
Masjid Putra Nilai Tawar Khidmat Asuhan Anak Sepanjang Ramadan, Siap Ada Soopa Doopa!

Masjid Putra Nilai Tawar Khidmat Asuhan Anak Sepanjang Ramadan, Siap Ada Soopa Doopa!

Tempat asuhan kanak-kanak di Masjid Putra Nilai itu dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ dan dibuka dari jam 8 malam sehingga 10.30 malam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang bulan Ramadan, sudah tentu para Muslim seluruh dunia bersemangat untuk memperbanyakkan amal ibadah sebagai contoh menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid atau surau.

Namun kadangkala, terdapat beberapa halangan buat golongan ibu bapa untuk solat dengan tenang di masjid iaitu perlu memantau anak-anak. Jika ditinggalkan di rumah, tiada siapa yang boleh menjaga mereka.

Segelintir kanak-kanak mendengar kata dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran masjid. Pun begitu, ada juga sesetengah yang aktif dan suka melakukan hal sendiri sehingga tanpa sedar ia mengganggu jemaah lain.

Seperti sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki dilihat memukul kepala dan melompat ke arah seorang wanita yang sedang menunaikan solat tarawih secara berjemaah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Kanak-kanak Lelaki Pukul Kepala & Lompat Atas Jemaah Ketika Solat Buat Netizen Tergamam

Masjid Putra Nilai Sediakan ‘Nurseri Ramadan’ Buat Anak-Anak Sempena Bulan Puasa

Bagi menyelesaikan masalah ini, beberapa masjid di Malaysia sudah tampil dengan inisiatif berkesan bagi mengawal pergerakan anak-anak.

Terbaharu, Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan dalam satu hantaran di laman Facebook mengumumkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak masjid sepanjang bulan Ramadan penuh barakah ini.

Untuk info, masjid ini merupakan antara masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan anak-anak bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat tarawih. Difahamkan, ruangan khas itu adalah untuk memudahkan para jemaah yang susah untuk meninggalkan anak mereka di rumah.

Sumber: Facebook Masjid Putra Nilai – Rasmi

Menurut pihak pengurusan Masjid Putra Nilai, perkhidmatan dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ itu menyediakan tempat selamat buat si kecil yang berumur 3 hingga 9 tahun.

Nurseri tersebut dibuka jam 8 malam hingga 10.30 sepanjang bulan puasa ini bertempat di Dewan Besar Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai.

Banyak Aktiviti Menarik Disediakan Buat Si Kecil

Lebih menarik lagi, mereka turut tersedia dengan pelbagai jenis aktiviti agar si kecil boleh meluangkan masa tersebut dengan sebaiknya dengan rakan-rakan yang lain.

Antaranya:

  • Permainan Soopa Doopa
  • Tayangan cilik
Sumber: Facebook Masjid Putra Nilai – Rasmi

Kanak-kanak juga boleh bermain permainan video e-sport di kiosk TGS Studio seperti Virtual Reality Astro Bot, X-Box Kinect dan Nintendo Switch Sport. Namun penyertaan bagi aktiviti ini adalah berbayar.

Sumber: Freepik/The Direct

Baca Artikel Berkaitan: Cara Solat Sunat Tarawih Di Rumah & Solat Sunat Witir Paling Ringkas Untuk Panduan Semua

Baca Artikel Berkaitan: Solat Tarawih 8 Jam Sehari & Lengkap Dibaca 30 Juzuk al-Quran

Ibu Bapa Diminta Untuk Pesan Kepada Si Kecil Agar Jaga Adab

Dalam pada itu, masjid berkenaan juga menyeru ibu bapa dan penjaga untuk berpesan kepada anak kecil agar menjaga adab semasa berada di rumah Allah SWT.

Selain itu, anak-anak juga harus dinasihati supaya menjaga akhlak ketika bermain dengan rakan lain sebagai contoh tidak menolak, memukul, dan perkara-perkara lain yang boleh membawa kepada kecederaan.

Masjid Wilayah Persekutuan Juga Mesra Kanak-kanak

Bukan sahaja di Masjid Putra Nilai, malah Masjid Wilayah Persekutuan juga menyediakan tempat asuhan untuk anak-anak yang digelar sebagai Program Asuhan Masjid Wilayah.

Dengan tujuan yang sama, ruangan ini diharapkan dapat membantu golongan ibu bapa untuk menunaikan ibadah solat tarawih dengan tenang.

  • Lokasi: Ruang Legar Tingkat 2, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan
  • Pendaftaran anak: Secara percuma dan hanya perlu walk-in

“Bawa si kecil bersama dan nikmati ibadah dengan lebih khusyuk. Kami sedia menjaga mereka dengan penuh kasih sayang!” kata pengendali akaun Instagram Masjid Wilayah Persekutuan.

Sumber: Instgaram (@masjidwilayahpersekutuan)

Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan-permainan dan tayangan kartun. Bahkan, ada juga sedikit kudapan makanan dan minuman buat kanak-kanak tersebut.

Dalam pada ibu bapa sedang mengerjakan ibadah, golongan kanak-kanak dapat berinteraksi dan membuat kenalan baru sepanjang bulan penuh mulia ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Masjid Wilayah Persekutuan Sedia Khidmat Jaga Anak Ketika Solat Tarawih

Hukum Bawa Kanak-Kanak Ke Masjid

Memetik portal Jabatan Mufti Negeri Selangor, terdapat beberapa pendapat mengenai membawa anak-anak ke masjid.

Jika seorang kanak-kanak telah mumayyiz serta beradab, diharuskan dan sangat digalakkan untuk dibawa ke masjid.

Sebaliknya, jika kanak-kanak tersebut masih belum mumayyiz dan tingkah laku sukar dikawal, lebih baik jika tidak dibawa bersama ke masjid.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan mendesak, harus dibawa ke masjid dengan syarat ibu bapa perlu menjaga mereka.

Sumber: Ruqayya Book Shelf

Sementara itu, riwayat daripada Anas bin Malik RA menunjukkan keharusan wanita solat berjemaah di masjid serta membawa anak-anak mereka bersama mereka. Rasulullah SAW bersabda:

إِنِّي لَأَدْخُلُ الصَّلَاةَ أُرِيدُ إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فأتَجَوَّزُ في صَلَاتي ممَّا أَعْلَمُ مِن شِدَّةِ وجْدِ أُمِّهِ مِن بُكَائِهِ.

Maksudnya: “Sesungguhnya aku masuk ke dalam solat dan aku hendak memanjangkannya. Kemudian aku mendengar suara tangisan kanak-kanak maka aku ringkaskan (solat) karena aku tahu betapa gelisahnya si ibu terhadap tangisan anaknya.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd