Now Reading
Cemburu Dengan Malaysia, Lelaki Dari Singapura Datang Ke KL Kerana Rindu Nasi Lemak Di PJ

Cemburu Dengan Malaysia, Lelaki Dari Singapura Datang Ke KL Kerana Rindu Nasi Lemak Di PJ

Menurut lelaki dikenali sebagai Darshen, nasi lemak yang pernah dirasainya sebelum ini di Village Park Restaurant, Petaling Jaya adalah lebih sedap berbanding mana-mana menu itu di Singapura.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sebut sahaja tentang makanan lazat di Malaysia, mesti ramai akan teringatkan nasi lemak. Malah hidangan popular ini juga turut menjadi tumpuan ramai khususnya pelancong asing apabila bercuti ke negara ini.

Sebelum ini, seorang penulis dan kolumnis The Sydney Morning Herald, Ben Groundwater yang berpangkalan di Sydney berkata nasi lemak adalah hidangan terbaik untuk diambil ketika sarapan pagi.

Tambahnya, nasi lemak sedap dihidangkan bersama bahan-bahan lain yang menyelerakan seperti rendang daging lembu, ayam goreng serta kari ayam.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: “Mana Nasi Lemak Saya?” – Peminat Teruja Pelakon Indonesia Nicholas Saputra Ingat Ciapannya Di Laman X

Baca Artikel Berkaitan: Penulis Australia Pilih Nasi Lemak Sebagai Hidangan Untuk Bersarapan

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Beli Nasi Lemak Berharga RM410 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Lelaki Tempah Penerbangan Jam 6 Ke KL Kerana Rindu Nasi Lemak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dari Singapura dikenali sebagai Darshen (@kdarshen) berkongsi pengalamannya bersama si rakan bertolak jam 6 pagi untuk ke Kuala Lumpur.

Kebiasaannya para pelancong akan ke Malaysia untuk bercuti dan melawat tempat-tempat unik atau bersejarah. Malah, ramai juga menggemari pulau-pulau indah di negara ini.

Namun lain pula buat Darshen apabila dia ke Kuala Lumpur semata-mata kerana rindu dengan hidangan nasi lemak yang pernah dirasainya sewaktu melawat ke sini. Jelas lelaki itu, nasi lemak di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di negaranya.

“Kepala bapak kau Malaysia. Sebab sangat tak adil korang ada nasi lemak lagi sedap dari di Singapura,” kata Darshen sambil menahan sebak.

Darshen Nikmati Nasi Lemak Kegemaran Di Village Park Restaurant

Dalam video vlog tersebut, Darshen dilihat terkejut kerana melihat lapangan terbang yang begitu kosong kerana terlalu awal pagi.

Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Darshen dengan rakannya itu kemudian bergegas ke Village Park Restaurant di Damansara Utama, Petaling Jaya bagi mendapatkan nasi lemak yang diidamkan.

“Datang jauh-jauh ke sini, semata-mata untuk nasi lemak. Cuba tengok ni (sambil terpegun lihat nasi lemak yang dihidang),” ujar Darshen di dalam video.

Sumber: TikTok (@kdarshen)

Selepas menjamah nasi lemak yang dinanti-nantikan itu, Darshen bersama rakannya meluangkan masa di tepi kolam dipercayai di W Hotel, Kuala Lumpur sambil menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas depan mata.

Buat anda yang tertanya-tanya, di sini kami kongsikan maklumat tentang Village Park Restaurant.

  • Lokasi: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu operasi: Setiap hari (6.30 am-5.30 pm)
@kdarshen I really love KL Nasi Lemak #flying #vlog #tiktokmalaysia #nasilemak ♬ original sound – Darshen

Ramai Setuju Nasi Lemak Di Malaysia Adalah Lebih Sedap

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju bahawa nasi lemak di Malaysia adalah lebih sedap berbanding di Singapura.

“Makanan diorang lagi sedap la. Tak boleh nak nafikan dan saya bersyukur jadi jiran mereka (Malaysia),” ujar seorang warga Singapura.

Malah segelintir individu turut memberi cadangan untuk pergi ke restoran atau kedai makan nasi lemak lain di negara ini.

“Awak patut pergi Penang. Situ syurga makanan,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga tidak sangka Darshen sanggup terbang ke Malaysia semata-mata untuk menjamah sepinggan nasi lemak.

Sumber: TikTok (@kdarshen)

Port Nasi Lemak Terbaik Sekitar KL & Selangor

Buat mereka yang sedang ‘hunting’ nasi lemak sedap, di sini kami kongsikan restoran dan kedai makan terbaik yang menyajikan hidangan tersebut sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Antaranya:

Foto: Nasi Lemak Wanjo/Nasi Lemak Burung Hantu/Botak Nasi Lemak
  1. Nasi Lemak Wanjo, Kampung Baru
  2. Nasi Lemak Alor Corner, Bukit Bintang
  3. Nasi Lemak Burung Hantu, TTDI
  4. Nasi Lemak Mali’s Corner, Taman Bunga Raya
  5. R.A Nasi Lemak, Kampung Baru
  6. Nasi Lemak Pak Aji, Kampug Baru
  7. Nasi Lemak Tanglin, Kompleks Makan Tanglin
  8. Nasi Lemak Suri Medan Selera 223, Seksyen 51A, Petaling Jaya
  9. Nasi Lemak Saleha, Ampang
  10. Restoran Botak Nasi Lemak, Taman Universiti, Petaling Jaya

Baca Artikel Berkaitan: “Kenyang Sampai Malam” – Restoran Tawar Menu Istimewa Roti Canai Inti Nasi Lemak Undang Pelbagai Reaksi [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd