Now Reading
[Video] Rider Teruja Lihat Nombor Rumah Di Kawasan Ini ‘Sebesar Alam’

[Video] Rider Teruja Lihat Nombor Rumah Di Kawasan Ini ‘Sebesar Alam’

Menerusi video tersebut, rider berkenaan seronok dapat lihat nombor rumah yang besar walaupun daripada jauh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semua orang tahu kerja penghantar makanan bukan kerja mudah. Dari pagi sampai malam mereka tak henti-henti ulang-alik hantar pesanan. Keadaan jalan yang sibuk, cuaca tak menentu, dan macam-macam kerenah pelanggan menjadi halangan.

Salah satu cabaran adalah kes pelanggan tiba-tiba menghilang, tak angkat telefon, atau sekuriti tak bagi masuk. Semua ini melambatkan kerja penghantar dan menyukarkan mereka untuk teruskan perjalanan ke pesanan seterusnya.

Kesulitan utama adalah mencari rumah pelanggan. Ada kawasan yang memang langsung tak mesra rider. Dengan nombor rumah kecil, susunan rumah mengelirukan, atau lebih teruk, pelanggan tak bagi petunjuk yang jelas.

Baca Artikel Berkaitan: “Patut Jadi Contoh!” – Aksi Rider Foodpanda Tanam Kucing Dilanggar Kereta Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “On Ke?” – Polis Trafik Tahan ‘Rider’ Pakai GoPro Tarik Perhatian Ramai, Video Raih 1 Juta Tontonan

Rider Teruja Lihat Nombor Rumah Besar di Kawasan Elit

Menerusi satu video yang tular di TikTok (@ajimacapin), seorang rider berkongsi pengalaman menariknya ketika menghantar makanan di sebuah kawasan perumahan mewah.

Dalam video itu, dia sempat merakam nombor rumah di situ yang jauh lebih besar dan jelas berbanding kebiasaan.

“Ini baru betul, dari jauh dah boleh nampak,” katanya dengan nada teruja.

Perkongsian ini mencuri perhatian ramai dan kini sudah memperoleh sebanyak 1.4 juta jumlah tontonan, setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ajimacapin/video/7475268173097340178?_r=1&_t=ZS-8uGl2WHllJP
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Teruja & Kongsi Pengalaman Cari Rumah Pelanggan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan saiz nombor rumah tersebut.

Ada yang mengatakan, “Ini kalau abang-abang rider tak nampak juga nombor rumah, tak tahu nak kata apa.”

Sumber: TikTok @ajimacapin
Sumber: TikTok @ajimacapin

Selain itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman pahit mereka sebagai rider. Ada yang pernah menghantar pesanan di waktu malam tetapi rumah lansung tidak kelihatan kerana rumah dibiarkan berada dalam keadaan gelap.

Sumber: TikTok @ajimacapin

Ada juga yang terpaksa bergantung sepenuhnya pada aplikasi. Namun, susunan rumah yang mengelirukan tidak dapat membantu proses kerja mereka.

Sumber: TikTok @ajimacapin

Tips Mudahkan Kerja Rider, Jangan Susahkan Kerja Penghantaran

Sebagai pelanggan, kita boleh membantu memudahkan kerja penghantar makanan. Berikut beberapa cara mudah:

  • Tunggu di luar rumah supaya rider dapat mengenal pasti lokasi anda dengan cepat.
  • Bersedia dengan telefon sekiranya rider cuba menghubungi anda. Jangan buat mereka tertunggu-tunggu.
  • Pastikan kawasan rumah anda terang terutama pada waktu malam, supaya rider mudah mencari alamat.
  • Sediakan maklumat lengkap dalam aplikasi termasuk lokasi tepat dan arahan tambahan jika perlu.

Memudahkan urusan orang lain bermakna kita juga memudahkan urusan sendiri. Sama-sama kita hargai usaha mereka yang bertungkus-lumus memastikan makanan kita sampai tepat pada masanya.

Baca Artikel Berkaitan: Perkhidmatan Grab Sumbang Hampir RM9.9 Bilion Kepada Ekonomi Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Kerjasama Grab & Tourism Malaysia Bawa Citarasa Tempatan Ke Pentas Antarabangsa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd