Now Reading
[Video] Lori Tanker Didakwa Bawa Nitrogen Bocor, Jalan Tak Nampak Apa Bikin Debar

[Video] Lori Tanker Didakwa Bawa Nitrogen Bocor, Jalan Tak Nampak Apa Bikin Debar

Menerusi video tersebut, sepasukan anggota bomba sudah tiba di lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lori tangki direka dengan penuh ketelitian bagi membawa bahan seperti cecair dan gas. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak.

Jarang kita dengar insiden membabitkan kebocoran lori tangki, namun apabila ia berlaku, situasinya boleh menjadi cukup mencemaskan.

Begitulah yang terjadi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) baru-baru ini apabila sebuah lori tangki dipercayai membawa cecair nitrogen mengalami kebocoran ketika dalam perjalanan ke destinasinya.

Baca Artikel Berkaitan: Padah Parking Di Loading Bay, Pemandu Lori Ini ‘Sidai’ Pemandu Kereta Hampir Sejam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Tak Sangka Lori Bangun Semula Lepas Terbalik Di Lebuh Raya

Asap Tebal Halang Pandangan Pemandu

Menerusi perkongsian video di TikTok (@intanilma88), kelihatan sepasukan anggota bomba berada di lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.

Asap putih tebal yang menyelubungi lebuh raya dipercayai berpunca daripada kebocoran cecair nitrogen dari tangki lori yang berhenti di bahu jalan. Keadaan ini menyebabkan ramai pemandu memperlahankan kenderaan kerana jarak penglihatan yang terhad.

https://www.tiktok.com/@intanilma88/video/7476254577340222738?_r=1&_t=ZS-8uHxSCTp8uW
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Cemas, Tapi Tetap Ada Yang Bergurau

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa cemas melihat situasi tersebut.

Ada yang risau sekiranya gas itu boleh mencetuskan kebakaran atau membahayakan pengguna jalan raya.

Sumber: TikTok @intanilma88
Sumber: TikTok @intanilma88

Mengenali rakyat Malaysia, pasti akan ada yang meninggalkan gurau senda mereka di ruangan komen biarpun situasi tersebut merupakan situasi yang tegang dan serius.

Sumber: TikTok @intanilma88
Sumber: TikTok @intanilma88
Sumber: TikTok @intanilma88

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kilang Penyimpanan Gas Meletup Di Klang, 3 Pekerja Warga Asing Cedera Parah

Baca Artikel Berkaitan:

Baca Artikel Berkaitan: 3 Kilang Terbakar Di Batu Caves, Seorang Pekerja Melecur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd