[Video] ‘Flight Announcement’ Sebagai Kelindan, Ramai Teruja Dengar Ucapan Lelaki Ini Ibarat Pilot Sebenar
Lelaki dan dunia mereka. Berlakon jadi juruterbang pun dah boleh bahagiakan hati.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebahagiaan seseorang boleh dikecapi dengan pelbagai cara. Ada yang memilih cara yang mudah, ada juga yang lebih gemar mencari hiburan yang lebih kompleks.
Bagi individu yang hidupnya ringkas, keseronokan tak semestinya datang dari perkara yang rumit. Kadangkala, cukup sekadar bergurau dan berhibur bersama rakan-rakan untuk menceriakan hari.
Begitulah yang terjadi kepada tiga lelaki ini, di mana mereka terhibur dengan lakonan spontan masing-masing di dalam sebuah lori.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Tak Sangka Lori Bangun Semula Lepas Terbalik Di Lebuh Raya
Baca Artikel Berkaitan: Padah Parking Di Loading Bay, Pemandu Lori Ini ‘Sidai’ Pemandu Kereta Hampir Sejam
Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Pilot Ini Buka Restoran Tawar Menu ‘Smashed Burgers & Shrimp Rolls Di Bukit Damansara
Lelaki Beri Pengumuman Penerbangan Macam Pilot Sebenar
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@fuadnasirr), kelihatan tiga sahabat ini sedang berseronok di dalam sebuah lori, sambil bergurau dengan gaya seolah-olah mereka berada dalam sebuah kapal terbang.
Gelagat mereka sempat dirakam dan dikongsi di laman TikTok peribadinya.
Rakannya yang duduk di hadapan memberi pengumuman dengan nada dan gaya seperti seorang juruterbang sebenar.
“Ladies and gentlemen, this is your First Officer speaking. This is an international flight from Slim River to Kuala Lumpur.
Tuan-tuan dan puan puan, ‘First Officer’ anda di sini. Ini adalah penerbangan internasional Slim River ke Kuala Lumpur.
“Our flight will be handled by our Captain Hafiz, weather is fairly smooth,” ujar ‘pilot’ berkenaan.
Penerbangan kita hari ini akan dikendalikan oleh Kapten Hafiz dalam cuaca yang dilihat terang dan sempurna.
Sementara itu, pemandu lori yang turut serta dalam ‘drama’ ini melayan sahaja lakonan rakannya.
“Alright, all good. Flap one check,” balasnya kepada ‘First Officer’ seperti benar-benar sedang mengendalikan pesawat.
Baik, semua okay. ‘Flap one check’.
@fuadnasirr @Dzulfaqar Dzolkifley @BoSs JAV 70
♬ Originalton – Aviation✈️
Netizen Teruja Dengan Hiburan Tiga Lelaki Ini
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihat betapa mudahnya tiga sahabat ini mencari hiburan. Dengan hanya sedikit imaginasi, mereka berjaya menceriakan hari masing-masing dan menghiburkan orang lain juga.



Seorang juruterbang yang juga merupakan pempengaruh iaitu Captain JFK turut meninggalkan komen, “Sangat sempurna, terbaiklah semua!”

Selain pujian, ramai netizen juga sempat bergurau mesra tentang situasi tersebut.
“Biasanya 15 minit sahaja, lepas tu lain tidur, tinggal lah Kapten itu seorang diri,” gurau seorang pengguna TikTok, membayangkan bagaimana ‘penerbangan’ mereka mungkin berakhir.

Tak susah pun nak hiburkan hati. Hidup ini terlalu singkat untuk stress dan masalah. Jika ada masa lebihan, keluar dan luangkan sebaiknya. Semoga hidup lebih bermakna dan ceria!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pilot Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Cuaca Buruk Di London Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: Dulu Bawa Tren Kini Bawa Airbus, Perkongsian Tentang ‘Co-pilot’ Ini Buat Ramai Terinspirasi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Anak Buat Kejutan Jadi Pilot Untuk Penerbangan Ibu Ke Tanah Suci Tunai Haji [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.