Wanita Kongsi Kisah Hidup Dengan Kucing Ada Separation Anxiety, Nak Perhatian 24 Jam
Difahamkan, keempat-empat ekor kucingnya turut mempunyai masalah ‘Separation Anxiety’ tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing adalah haiwan yang sering dipelihara bukan sahaja kerana kecomelannya, tetapi juga sifatnya yang manja dan penyayang. Namun, tidak semua kucing selesa dibiarkan sendirian, terutamanya yang mengalami ‘Separation Anxiety’.
Bagi kucing seperti ini, berjauhan dengan pemiliknya boleh menyebabkan mereka gelisah, tertekan, dan kadangkala bertindak di luar kebiasaan seperti banyak tidur atau mengalami keguguran bulu.
Syukur, ramai pemilik yang prihatin sanggup mengambil langkah untuk memastikan kucing mereka sentiasa berasa aman.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Tolak Monitor Komputer Hingga Jatuh Buat Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: Video Kucing Ini ‘Redha’ Disolek Budak Perempuan Raih 2 Juta Tontonan!
Wanita Kongsi Cerita Hidup Dengan Kucing Separation Anxiety
Seorang wanita di laman TikTok (@miyabell) berkongsi kisahnya hidup dengan kucing yang mengalami Separation Anxiety. Menurutnya, kucingnya itu tidak boleh berjauhan dengannnya.
“Budak ini ada separation anxiety, tak boleh berpisah sejam pun,” ujarnya.
Tambah wanita berkenaan, rutin dia setiap hari adalah melepak di ruang tamu rumahnya. Namun pada satu hari, dia kurang sihat maka dia memilih untuk berehat di bilik. Hal itu membuatkan kucingnya meragam dan sering membuat bising.
Kucingnya yang juga dikenali sebagai Pucca, mula meracau dan mencakar-cakar pintu biliknya meminta dibawa masuk.
“Lepas saya bagi dia masuk, dia mula mengiau dan buat bising ke arah luar pula. Seolah-olah ingin beritahu kepada adik-beradiknya yang lain bahawasanya dia anak kesayangan, dapat masuk bilik.”
Netizen Kongsi Pengalaman Jaga Kucing Alami Separation Anxiety
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok turut berkongsi pengalaman mereka dalam menjaga kucing yang tidak boleh berjauhan dengan pemiliknya.
Ada yang mengatakan bahawa kucing seperti ini terlalu manja dan bergantung sepenuhnya kepada orang kesayangan mereka.


Jika terpaksa berpisah, mereka boleh menjadi gelisah, hilang selera makan, malah ada yang mengalami kemurungan.

‘Separation Anxiety’ Boleh Dialami Manusia Juga
Walaupun keadaan ini pada haiwan peliharaan dilihat comel, hal ini sebenarnya suatu perkara yang boleh menjadi serius terutamanya untuk kanak-kanak.
Terdahulu, tular satu perkongsian tentang seorang kanak-kanak yang takut melepaskan ibunya dalam acara lumba lari.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Akibat Takut Ditinggalkan, Anak Kecil Ini Kejar Ibu Hingga Raih Tempat Pertama Acara Lumba Lari!
Dalam video itu, tanpa menunggu kanak-kanak itu bersedia, wisel perlumbaan ditiup menandakan pertandingan bermula. Si ibu segera berlari ke hadapan, namun kanak-kanak tersebut tanpa ragu mengejar ibunya hingga ke garisan penamat.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini takut berjauhan dengan ahli keluarga mereka dan cenderung percaya sesuatu yang buruk bakal berlaku. Perkara ini normal dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya jika jarang berjauhan dengan ibu bapa.
Namun begitu, dapatkan pemeriksaan doktor jika anak anda mempunyai simptom berikut:
- Simptom panik (seperti muntah atau sesak nafas) atau serangan panik sebelum ditinggalkan ibu atau bapa
- Mimpi buruk tentang ditinggalkan/ dipisahkan
- Takut untuk tidur seorang diri
- Kerisauan yang melampau berkenaan sesat atau diculik apabila tidak bersama ibu bapa
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Nak ‘Bersalin’ Bikin Ribut Satu Office!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Pekerja Zoo Selamatkan Anak Kucing Dalam Kandang Harimau Raih Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.