[Video] Wanita Ini Luah Kecewa Kualiti Makanan Indah Khabar Dari Rupa
Difahamkan, dia mencuba makanan di kedai tersebut selepas melihat beberapa video tentang tempat tersebut menerusi media sosial.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila kita ingin mencuba sesuatu yang baharu, pasti kita akan gunakan rujukan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi berkunjung ke tempat makan yang ‘viral’.
Dalam hal ini, media sosial memainkan peranan penting sebagai sumber utama bagi orang ramai mendapatkan maklumat mengenai sesuatu tempat, lebih-lebih lagi restoran dan kafe.
Namun, tidak semua promosi yang ditampilkan di media sosial menggambarkan realiti sebenar. Ada segelintir pihak yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memastikan ketelusan dalam pengiklanan mereka.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Tak Puas Hati Review Jujur Influencer, Siap Dedah Letak ‘Special Ingredient’ Buat Netizen Tergamam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Kongsi 3 Kedai Makan Paling Best Sepanjang Buat Food Review Tahun 2024
Baca Artikel Berkaitan: Kunafa, Halab & Makanan ‘Viral’ Sekitar KL Anda Wajib Cuba!
Wanita Kecewa Makanan Tidak Seperti Yang Dijanjikan
Menerusi satu perkongsian video di TikTok (@ellis.hijab.2), seorang wanita meluahkan kekecewaannya selepas berkunjung ke sebuah restoran dengan harapan tinggi.
Menurutnya, dia tertarik untuk mencuba tempat tersebut selepas menonton sebuah video promosi yang dimuat naik di media sosial. Namun, apa yang diterimanya jauh berbeza daripada yang diiklankan.
“Sumpah lepas ni dah tak nak percaya dengan review-review ni lagi. Semuanya dusta. Bukan pertama kali tau terkena macam ni, memang kerap sangat.
“Dalam video orang review lauk banyak, bila datang dan cuba lauk tu sikit sahaja. Entah lah, tuan kedai pun tak jujur,” tulisnya dalam video tersebut.
Ramai Berkongsi Nasib Sama Setiap Kali Cuba Makanan ‘Viral’
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman sama dan meluahkan rasa hampa dengan keadaan itu.
Menurut seorang pengguna TikTok, pernah sekali dia cuba ‘review’ sebuah kedai makan bersama-sama rakannya dan kembali semula pada malam hari untuk mecuba semula.
“Kami semua pergi semula ke kedai itu berbaju biasa selepas selesai kerja. Kami pesan makanan yang sama kami pesan pada awal hari, makanan itu sikit dan tak sedap seperti sebelumnya.”

Ada juga yang mempertikaikan tentang ketelusan seseorang peniaga dalam mengiklankan servis dan produk mereka. Lagi-lagi makanan dan tempat yang ‘viral’.


Turut kecewa dengan fenomena ini, ada yang menegaskan untuk tidak pergi ke kedai-kedai makan yang dipromosikan oleh pempengaruh-pempengaruh media sosial.

Wanita Ini Jelas Isu Pihak Kedai Tidak Telus Dalam Mempromosi Produk
Dalam satu perkongsian lainnya, wanita ini turut menjelaskan bahawa dia rasa tertipu dengan keadaan yang berlaku disebabkan video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh media sosial tentang makanan berkenaan.
“Tuan kedai tu yang tak jujur. Video yang saya tonton sebelum saya datang ke kedai tu, nampak apa yang pempengaruh tu makan meriah sangat.
“Daging wagyunya besar besar. Tapi realitinya bila orang biasa seperti saya yang datang, kecil je saiznya. Tak sama lansung,” ujarnya.
Menurutnya, pempengaruh berkenaan tidak boleh disalahkan. Sebaliknya, pihak kedai itu sendiri yang perlu menjadi lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan mana-mana pihak yang ingin mempromosikan produk mereka.
Tindakan Boleh Diambil Jika Promosi Sesuatu Dengan Info Tidak Tepat
Menurut Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau Mengelirukan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), tindakan boleh diambil sekiranya maklumat yang dikeluarkan ke atas satu produk itu palsu dan mengelirukan.
Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pengiklan yang didapati telah menyebabkan pengguna terpedaya kerana didorong oleh iklan yang palsu atau mengelirukan.
Halaman 13 bahagian 8.0
Senarai akta/peraturan berkaitan pengiklanan adalah seperti di Lampiran 2. Senarai ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Bahagian pengiklanan yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, memperuntukkan denda maksimum RM250,000 bagi syarikat atau RM100,000 atau penjara maksimum tiga (3) tahun bagi individu.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia
Baca Artikel Berkaitan: Peminat Makanan Nusantara? Anda Wajib Cuba Restoran Ibu Ruby’s [Review]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



