Now Reading
[Video] Pemandu Axia Terpaksa ‘Survey Buah’ Demi Mengelak Kereta Meluru Dari Kanan

[Video] Pemandu Axia Terpaksa ‘Survey Buah’ Demi Mengelak Kereta Meluru Dari Kanan

Pemandu Mercedes berkenaan membuat lintasan saat akhir dari lorong paling kanan untuk ke kedai di sebelah kiri jalan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap hari jika memandu di jalan raya, pasti ada sahaja tingkah laku segelintir pemandu yang sukar dijangka.

Tidak kira sama ada menaiki kenderaan mewah atau biasa, motor, kereta, mahupun lori. Tindakan mereka yang tak terfikir dek akal menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Itulah yang berlaku kepada pemandu Perodua Axia ini, apabila dia terpaksa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah kedai buah bagi mengelak sebuah Mercedes yang tiba-tiba muncul dari arah kanan.

Baca Artikel Berkaitan: Kagum Kereta Axia Jimat Minyak Hingga Nak Beli, Hantaran Wanita Ini Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Pemandu Tampal Sticker Lesen ‘P’ Penuh Kereta Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum

Mercedes Pancung Tiga Lorong Untuk Ke Kiri

Menerusi rakaman dashcam yang dikongsi di laman TikTok (@diyanssssss), kelihatan sebuah Perodua Axia sedang dalam perjalanannya seperti biasa. Pemandunya kemudian menghidupkan lampu isyarat kiri sebagai tanda untuk berhenti.

Namun, secara tiba-tiba, sebuah Mercedes yang datang dari lorong paling kanan meluru masuk ke kiri pada saat akhir untuk menuju ke kawasan yang sama.

Situasi ini memaksa pemandu Axia tersebut segera merapat ke kiri jalan dan berhenti beberapa langkah sahaja dari kedai buah di hadapannya.

@diyanssssss

When your (merc) brain is not “braining”. Terpaksa la axia merah stop beli buah. #dashcam #jalanklangbanting

♬ original sound – Wahahaha – Wahahaha
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur & Sakan Berseloroh Di Ruangan Komen

Apa yang menggelikan hati ramai adalah kerana tindakannya itu terlihat seolah-olah dia memang ingin berhenti di situ untuk membeli buah.

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi dan gurauan netizen. Ada yang kreatif menulis dialog yang mungkin berlaku setelah kejadian itu berlaku.

“Tembikai satu, kereta putih tu bayar,” gurau seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @diyanssssss

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa geram terhadap tindakan pemandu Mercedes tersebut yang membuat keputusan menukar lorong secara mengejut di saat akhir.

“Kereta mahal selalu jumpa macam ni. Signal tu susah betul nak bagi, buat jalan tu macam dia yang punya,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok @diyanssssss
Sumber: TikTok @diyanssssss
Sumber: TikTok @diyanssssss

Keputusan saat akhir ketika memandu boleh mengundang bahaya. Oleh itu, setiap tindakan di jalan raya perlu dibuat dengan penuh perhatian dan pertimbangan.

Jika tidak biasa dengan sesuatu kawasan dan terpaksa bergantung pada Waze atau Maps, tidak ada salahnya berpatah balik sekiranya terlepas destinasi.

Ketika memandu, bukan sahaja nyawa kita yang menjadi keutamaan, tetapi juga nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Bak kata pepatah, “Pandu cermat, jiwa selamat.”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi 4 Aksesori Kereta Yang Bahaya Jika Digunakan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Opah Racing Is Real” – Opah Pandu ‘Honda Type R’ Curi Tumpuan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Petrol Parkir Di Ruang Pengecasan Tesla Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd